Tuesday, December 20, 2011

ANTARA PREBET KHALID DENGAN PANGLIMA KHALID

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.



Sirah ini untuk kita sama menghayatinya.


Mereka berkata apapun krisis yang melanda ahli PAS sudah matang dan mampu menghadapinya. Aku setuju cuma takut pemimpin yang belum matang...

2 comments:

Telok Bakong said...

ular dalam semak tu x jadi pemimpin mula lah menyalak ada phd tapi x faham akhlak berjemaah..polisi jemaah pun dipersoalkan dalam press confrence

farouqlion said...

kira amat kurang berhemah juga jika pimpinan yg dipilih tidak mahu akur dgn keputusan syura..
kalu di peringkat kawasan syura yg tertinggi ialah mesyuarat agung kawasan dan diikuti oleh ajk kawasan dan seterusnya ajk cawangan. Tapi kalu ada masih mahu bersendirian dan masih tidak aqur dgn syura yg berkenaan.. rumit juga dibuatnya.