Tuesday, December 13, 2011

ZAHID ATM: KERA DIHUTAN DISUSUKAN SOJAR SENDIRI TAK CUKUP MAKAN


Wa akui wa bukan kaki bola. Walaupun pernah beberapa kali menyarung jersi pasukan dan beberapa kali menjaringkan gol termasuk gol ke gawang sendiri dan juga kerapkali ditangkap kerana ‘curi ayam’. Nama pun perlawanan dan febret wa ialah kalah tetapi sesekali refree bagi rasuah untuk menang (ingat bukan wa bagi tapi refree bagi).

Tapi wa musykil sikit pasal team bolasepak ATM 2012. Gempak oii. Ada  Aidil dan Zaquan, penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus. Semua x pemain N.9. Tak masuk lagi Hairuddin Omar dan   pemain Awang Hitam entah apa namanya. Jurulatih pun top – B. Sathinathan

Pendek kata memang mantop team ATM ini tahun depan.

Wa musykil kerana antara masalah utama yang dihadapi oleh setiap team bolasepak ialah gaji dan kebajikan pemain. Safee pindah ke Indonesia kerana ditawarkan gaji RM 30 ribu sebulan beb. Team kat Malaysia tak mampu bagi. Yang lain kita letaklah range 10 ribu hingga 20 ribu. Lu pikirlah sendiri jumlah gaji pemain, jurulatih, pengurus dan pengurusan. Wa congak mau dekat RM0.5 juta sebulan. Wow…

Kat mana ATM nak cekau duit ni beb. Kalau team lain mereka  ada hasil dari cukai dan  keuntungan. Dari mana Pak Zahid dapat duit itu pandai dia lah. Hadiah? Jualan tiket? Penajaan? Lu ‘list’kanlah. Biasanya yang jadi pengurus ni ada kaitan dengan orang politik kerana mereka pandai cari duit. Gua bukan pengurus sukan jauh sekali sebagai orang politik.

Wa suka sojar-sojar kita main bola. Nampak cergas dan tangkas. Sebagai pejuang maupun sebagai pemain. Tapi daripada bayar ratusan ribu kepada ‘orang luar’ kan lebih baik beri insentif yang lebih dikalangan sojar-sojar yang berbakat. Wa pernah lawan bola dengan sojar ni. Mereka ada skil tersendiri terutama sekali bila bermain sewaktu hujan. Keting mereka Ya Rabbi. Cuma wa rasa mereka ni kureng displin dan semangat kesukanan. Cuba perbaikilah. Itu hanya pandangan wa sahaja.

So… Majulah sukan untuk Negara. Jangan mensukankan Negara untuk maju.

No comments: