Sunday, December 18, 2011

ZAMAN PEMIMPIN YANG BANYAK CAKAP TAPI NO ACTION DITOLAK

Jika kita merujuk kepada tajuk politik dan kepimpinan. Seorang ahli politik yang ingin menjadi pemimpin memerlukan gaya pidato yang mampu memukau para pendengar dan pengikutnya.
 

Hitler dan Sukarno dikenali sebagai karisme yang mampu memukau hadirin dengan gaya pidatonya.

Tapi itu dulu. Zaman dimana rakyat lebih banyak mendengar dan akur kepada pemimpin.

Sekarang dah ramai yang mampu bercakap berjam-jam tanpa henti. Daripada seorang yang pendiam kita boleh menghadiri kursus pengucapan umum yang membuatkan kita lebih yakin bila berucap. Lebih sempurna jika individu itu dapat menguasai ayat al-Quran, hadis atau sekurang-kurang falsafah hidup tokoh-tokoh tertentu.

Ada satu macam penyakit bila mereka ini mula memegang mikropon  - hilang ingatan dan tumpuan. Mereka mula bercakap apa sahaja tanpa membaca bahasa tubuh badan dari pendengar. Bolehlah kita katakan mereka ini syok sendiri.

Adakah mereka sedar zaman sekarang rakyat lebih memerhatikan apa tindakan yang telah mereka laksanakan.


Sekadar beberapa contoh pemimpin yang mendapat penghormatkan dari rakyat. Lim Guan Eng dan Ahmad Neejad adalah antara pemimpin yang lebih mengutamakan tindakan yang telah dilakukan berbanding apa yang telah mereka ucapkan.

No comments: