Benarkah wujudnya kuasa ketiga dalam politik Malaysia?
Ramai yang hadir pada ceramah ‘roadshow’ Dato’ Hasan Ali (DHA) di Bangi tercari-cari apa yang diwar-warkan sebagai ‘third force’ dalam politik Malaysia agak kecewa kerana apa yang DHA canangkan lebih mengkritik sebab-sebab beliau dipecat dari PAS.
Pada mereka jika benar-benar kuasa ketiga itu dibentuk kenapa DHA hanya menyerang satu pihak sahaja iaitu Pakatan Rakyat. Barangkali memang benar rungutan hadirin yang sudi mendengar ceramahnya bahawa DHA lah yang sebenarnya telah lari dari perjuangannya. Jika dulu sosok tubuh itulah yang mengkritik segala penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan keruntuhan moral yang diransangkan oleh pentadbiran UMNO/BN. Kini dia turut merestui segala kemudaratan yang telah UMNO/BN lakukan.
Rakyat yang sedia membenci UMNO/BN akan bertambah kebencian mereka bila mengetahui bahawa UMNO/BN adalah pihak dibelakang tabir penubuhan kuasa ketiga ini dan beberapa NGO yang dijadikan sebagai kuda tunggangan mereka. Istilah tidak memihak kepada mana-mana parti adalah tindakan cuba mengaburi mata rakyat kerana jelas dari apa yang mereka usahakan itu, mereka sebenarnya adalah bidak-bidak UMNO/BN yang dicaturkan perjuangan mereka.
No comments:
Post a Comment