Thursday, January 19, 2012

UMNO RISAU PENGARUH MEREKA TERHADAP JAIS DAN MAIS TERHAKIS OLEH ROMBAKAN EXCO SELANGOR.

Buku bertemu ruas. Barangkali itu adalah bidalan kata yang sesuai mengambarkan kontrovesi pemecatan Dato’ Hassan Ali dari jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.  Jawatan itu kini disandang secara terus oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Maka riuhlah puak-puak Umno menjaja bahawa PAS telah dikesampingkan termasuk dari bekas exco itu sendiri yang kini gemar menggunakan media lawan yang dulu dikutuk dan dicemuh kerana kredibiliti mereka dalam penyiaran.

Hakikatnya umum sedia mengetahui bahawa walaupun Pakatan Rakyat telah menguasai Selangor secara demokrasi. Namun Umno meneruskan penguasaan mereka secara gelap dengan mempengaruhi pegawai-pegawai yang dulunya dilantik secara merit politik oleh mereka. Keterlibatan kuasa Umno dalam JAIS dan MAIS dan sering cuba mengaitkan kuasa Sultan mencampuri urusan pentadbiran negeri begitu ketara dalam beberapa kes.

Keterbukaan dan kelunakan exco sebelum ini diambil kesempatan oleh Umno mencetuskan beberapa isu. Latar belakang bekas exco yang tidak menerima tarbiah PAS dari awal merumitkan lagi aspirasi yang hendak didokong oleh perjuangan parti itu. Dari satu sisi yang lain kepimpinan PAS begitu berhati-hati agar  krisis yang pernah berlaku dengan pihak MAIK serta  istana di Kelantan dan boikot dari pihak kakitangan kerajaan di Terengganu dihindarkan sebaik mungkin.

Pertukaran portfolio yang dilakukan ini  jika diperhatikan adalah langkah pembetulan dan pembersihan yang cuba dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Pimpinan PAS pula seharusnya menggunakan ruang dan peluang ini untuk mengukuhkan pentarbiahan terutama sekali dikalangan belia yang menjadi nadi pembangunan dan berusaha meraih semaksima mungkin sokongan politik daripada mereka.

No comments: