Pengguna tol Cheras-Kajang terpaksa menunggu sehingga tahun 2045 untuk menikmati laluan lancar tanpa tol. Konsesi yang sepatutnya berakhir pada tahun 2030 dilanjutkan 15 tahun lagi . Menteri Kerjaraya YB Datuk Saziman Mansor setelah diasak akhirnya mendedahkan pekara sedemikian di parlimen.
Semasa DS Najib turun padang ke Hulu Langat beliau mengumumkan bahawa pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang akan menikmati potongan 50%. Pengguna lebuhraya hanya membayar tol untuk laluan dari Kajang ke Cheras dan laluan sebaliknya adalah percuma. Ramai pengguna terutama penduduk Hulu Langat gembira dengan pengumuman itu. Walaupun tidak dimansuhkan sepenuhnya bayaran sehala dapat mengurangkan beban kewangan membayar tol yang perlu ditempuhi setiap hari.
Tindakan terdesak DS Najib mengejar populariti tetapi dalam waktu yang sama telah menipu jutaan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya seolah-olah telah memperbodohkan rakyat.
Tuesday, March 27, 2012
Monday, March 26, 2012
Thursday, March 22, 2012
Penyelewengan Umno/BN Perlu Di Nilai Rakyat
SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.
Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.
“Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.
“Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.
“Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu,” katanya.
Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.
“Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.
Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.
Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.
AMARAN : JANGAN PILIH LEMBU MENJADI WAKIL RAKYAT ANDA.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah, “ itulah luahan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.
AMARAN : JANGAN PILIH LEMBU MENJADI WAKIL RAKYAT ANDA.
Monday, March 19, 2012
PMku yang Flip-Flop
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah negara yang telah lama merdeka mempunyai seorang Perdana Menteri yang mempunyai dasar pemerintahan yang sentiasa berubah. Dari Tuanku Abd. Rahman yang dkenali sebagai seorang yang tegas dan bersikap ‘gentlemen’ terhadap musuh-musuh politiknya sehingga kepada zaman Pak Lah yang dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai seorang PM yang paling bertolenransi. Kesemua mereka walaupun mempunyai kelemahan yang tersendiri tapi masih mengekalkan ketegasan dan komited terhadap dasar pemerintahan yang telah digubal.
Namun berbezaan secara ketara pada Perdana Menteri yang ke enam Malaysia ini yang sentiasa mengubah ketetapan yang telah dibuat. Seolah memperlihatkan bahawa setiap dasar yang dibuat hanya mengambil kira kepentingan sesetengah pihak dan bila menjelang pilihanraya kepentingan puak-puak yang terbabit perlu dikendurkan bagi meraih kembali sokongan rakyat. Sebagai sifatnya yang sedia terserlah tidak mustahil jika sokongan rakyat telah diraih maka kembalilah ia menjunjung kepentingan puak-puak yang berkehendak.
Dari isu PPSMI ke isu ISA sehingga kepada yang terbaru isu SBPA dan tidak mustahil usaha-usaha menggadaikan tanah Felda ke pasaran saham akan dikendurkan bagi memperlihatkan kepada rakyat betapa beliau adalah seorang PM yang begitu memperdulikan rakyat.
Semua sedia maklum mereka yang terbeban dengan dasar yang ‘flip-flop’ ini adalah jentera pentadbiran kerajaan. Begitu banyak masa dan kewangan yang terbazir untuk mengimplemetasikan dasar-dasar itu. Tidak termasuk kebinggungan dikalangan mereka untuk melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan.
Geram dan meluat dengan karenah kerajaan tidak terubat dengan pemberian wang RM500 dari BR1M kerana kebanyakkan dari mereka adalah tidak layak. Disamping melayan karenah ‘bos-bos’ mereka yang obsess mengejar kedudukan DG sehingga sanggup memperkudakan kakitangan bawahan.
Adakah fenomena millineum (PRU-10) bakal menjadi tsunami baru membungkam BN menjelang PRU-13 hanya kerana mempunyai seorang PM ‘Flip-Flop’? Jutaan kakitangan awam mempunyai jawapan mereka.
Thursday, March 15, 2012
BERI RM500 AMBIL BALIK MELALUI CUKAI
Awas!!! Duit kita sedang dicuri secara senyap. Cukai pengguna pra-bayar h/phone dan cukai GST telah dikenakan pada kita samada di bawah pengetahuan kerajaan atau tidak. Persoalannya jika kerajaan tidak merestui adakah pihak-pihak yang berkenaan berani mengenakan cukai terhadap rakyat.
'Kemurahan hati' kerajaan Umno/BN memberi RM500 terjawab dengan cukai-cukai 'senyap' yang dikenakan kepada rakyat.
Semak disini dan disini
'Kemurahan hati' kerajaan Umno/BN memberi RM500 terjawab dengan cukai-cukai 'senyap' yang dikenakan kepada rakyat.
Semak disini dan disini
Tuesday, March 6, 2012
PERJUANGAN UNTUK RAKYAT ATAU PERJUANGAN UNTUK PARTI
Satu persoalan lama ditimbulkan kembali sejak kebelakangan ini.
Dalam memenuhi agenda perjuangan akar umbi yang mahukan parti memerintah negara dengan perjuangan idealis rakyat yang menyerlah sejak dulu. Tapi dalam konteks sebagai parti yang memerintah beberapa tuntuan akar umbi mula terserlah dan wajar dijiwai.
Tanah, lesen, peluang berniaga yang melimpah ruah memerlukan penilaian siapa yang lebih berhak keatasnya. Memberi peluang kepada akar umbi yang telah berjuang sejak dahulu lagi beerti perlu mengorbankan hak sesetengah pihak yang selama ini bersenang lenang dengan rezeki yang diperolehi. Apatah lagi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang menuntut agar agihan kekayaan diberikan secara adil kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.
Maka berduyunlah rakyat yang mengakui mereka adalah rakyat Selangor. Berduyunlah yang mengakui bahawa merekalah pejuang tegar yang telah mengharungi segala mehnah cabaran.
Semuanya akan terarah kepada kuasa yang diperolehi dan penilaian yang bijak sang pemerintah. Perjuangan untuk rakyat atau perjuangan untuk parti.
Dalam memenuhi agenda perjuangan akar umbi yang mahukan parti memerintah negara dengan perjuangan idealis rakyat yang menyerlah sejak dulu. Tapi dalam konteks sebagai parti yang memerintah beberapa tuntuan akar umbi mula terserlah dan wajar dijiwai.
Tanah, lesen, peluang berniaga yang melimpah ruah memerlukan penilaian siapa yang lebih berhak keatasnya. Memberi peluang kepada akar umbi yang telah berjuang sejak dahulu lagi beerti perlu mengorbankan hak sesetengah pihak yang selama ini bersenang lenang dengan rezeki yang diperolehi. Apatah lagi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang menuntut agar agihan kekayaan diberikan secara adil kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.
Maka berduyunlah rakyat yang mengakui mereka adalah rakyat Selangor. Berduyunlah yang mengakui bahawa merekalah pejuang tegar yang telah mengharungi segala mehnah cabaran.
Semuanya akan terarah kepada kuasa yang diperolehi dan penilaian yang bijak sang pemerintah. Perjuangan untuk rakyat atau perjuangan untuk parti.
Subscribe to:
Posts (Atom)