
Semasa DS Najib turun padang ke Hulu Langat beliau mengumumkan bahawa pengguna Lebuhraya Cheras-Kajang akan menikmati potongan 50%. Pengguna lebuhraya hanya membayar tol untuk laluan dari Kajang ke Cheras dan laluan sebaliknya adalah percuma. Ramai pengguna terutama penduduk Hulu Langat gembira dengan pengumuman itu. Walaupun tidak dimansuhkan sepenuhnya bayaran sehala dapat mengurangkan beban kewangan membayar tol yang perlu ditempuhi setiap hari.

Tindakan terdesak DS Najib mengejar populariti tetapi dalam waktu yang sama telah menipu jutaan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya seolah-olah telah memperbodohkan rakyat.
No comments:
Post a Comment