Monday, February 24, 2014

Agenda Bangi Sihat : Program Gotong-royong Basmi Aedes Diakhiri Dengan Majlis Hi Tea Di Kajang Utama

Kajang Utama : 23 Februari 2014.
“Banyakkan minum air kosong.  Jaga kesihatan diri dan keluarga.  Jaga (alam) sekitaran kita. Terutama sekali pada musim panas sekarang ini. ”
Antara ucapan awal YB. Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi ketika merasmikan Program Minum Petang di Balai Raya Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kajang Utama. Turut hadir ialah YB Dr. Ong Kian Meng, Ahli Parlimen Serdang dan Tn. Hj. Ibrahim Martibi, Pengerusi KRT Kajang Utama.

Figure 1: YB Dr. Ong Kian Meng, Ahli Parlimen Serdang sedang berucap.
Menyambung ucapan beliau, “Kita menganjurkan program senamrobik secara percuma pada setiap hujung minggu di enam lokaliti khusus untuk kaum wanita. Kita dalam pelaksanaan akhir untuk menganjurkan senaman ‘Tai-Chi’ khusus untuk golongan tua. Selain dari program gotong-royong terutama dalam usaha membasmi aedes yang lebih kerap diadakan sekarang. Ini adalah sebahagian dari pelaksanaan agenda Bangi Sihat. “

Figure 2: Sumbangan PERKAWANIS disampaikan oleh Ustazah Che Maryam, isteri ADUN Bangi.
Dalam program yang sama seramai 32 orang  menerima wang tunai sumbangan dari PERKAWANIS (Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor) yang dipengerusikan oleh YBhg. Puan Sri Salbiah Tunut, isteri MB Selangor. Mereka terdiri dari kaum Cina yang menetap di Jalan Reko, Jalan Bukit, Kajang Bukit Mewah dan Kajang Utama. Sumbangan disampaikan oleh Ustazah Che Maryam (isteri  ADUN Bangi).

Figure 3 Hadirin yang menetap di Jalan Reko, Jalan Bukit, Kajang Bukit Mewah dan Kajang Utama yang hadir.
Sebelum dari itu pada paginya telah diadakan Program Gotong-royong Basmi Aedes. Prgoram dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Setempat (PKMS) Kajang Utama dengan kerjasama KRT Kajang Utama, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Jabatan Penjara Malaysia (Sg. Jelok). Program dihadiri lebih dari 150 orang bermula dari jam 8 pagi dan tamat jam 11 pagi.


Tuesday, February 11, 2014

MASIH RAMAI WARGA EMAS KAUM TIONGHUA BELUM MENDAFTAR SMUE

putra Mahkota, KAJANG – Masih ramai warga emas terutama kaum­ Tionghua  belum mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas. Pekara ini didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi , Ustaz Shafie Ngah dalam ucapan alu-aluannya sempena Program Jamuan Tahun Baru Cina 2014 di Padang Awam Putra Kajang. Mereka yang mendaftar di bawah skim ini layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500.

Figure 1:Pemberian baucer RM100 kepada warga emas yang dijemput khas bersama keluarga mereka

“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga emas kerjaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan skim ini tanpa mengira kaum, fahaman politik, jantina dan sosial. Saya menyeru orang ramai terutama warga emas yang hadir pada hari ini untuk mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Bangi yang dekat sahaja di sini atau di mana-mana Pusat khidmat Masyarakat Setempat yang berhampiran.”
“Berilah peluang kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda,”mengakhiri ucapan beliau.
Terdahulu dari itu Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Meng dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa beliau yakin dan optimis dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor mampu membawa anjakan Pakatan Rakyat ke arah menguasai Putrajaya.
“Pengundi di Kajang akan lebih beruntung sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili mereka dalam plihanraya kecil nanti. Oleh itu saya menyeru mereka yang hadir hari ini memberitahu jiran kita, pengundi di Sungai Chua untuk turut menyokong Pakatan Rakyat (mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim).”

Figure 2: Antara yang hadir dalam Program Jamuan Tahun Baru Cina 2014 Siri 1,Putra Kajang.

En. Abu Bakar Alias, pengarah program menjelaskan,”Sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini Pejabat ADUN Bangi dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Serdang mengadakan 3 program jamuan di tempat yang berasingan. Putera Kajang, Bukit Mewah dan Pekan Bangi. Sebanyak 500 baucer bernilai RM100 diagihkan kepada warga emas dan orang susah semasa program itu”
Di samping jamuan dan sumbangan baucer dilakukan, kemeriahan lebih terasa dengan pemberian ‘ang pow’ kepada kanak-kanak yang hadir.

Figure 3: Pemberian 'ang pow' kepada kanak-kanak sebagai acara kemuncak