Natijah dari pencalunan PRK P94 Hulu Selangor ialah perpecahan dalam Barisan Nasional. Parti-parti besar dalam komponen BN sebenarnya sedang meretak. Jika MIC mencalunkan P.Kamalnathan sebagai calun rasmi muncul pula V.S. Nathan bekas naib pengerusi MIC Hulu Selangor menawarkan diri bertanding. Tidak termasuk Anuradh yang mendakwa anak kepada pengasas MIC Hulu Selangor yang tidak sempat mendaftarkan pencalunan kerana terlambat.
Sebelum ini calun yang disebut bakal bertanding ialah Timbalan Presiden MIC Dato’ Palanivel. Menyedari orang UMNO tidak suka pada Palanivel maka dicalunkan P. Kamalanatahn yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Putera MIC Selayang tetapi dilantik sebagai Pengerusi Penerangan MIC Pusat kerana dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden MIC, Dato’ Seri Samy Vellu. Dato’ Seri Presiden ini rupanya masa mudanya dulu merupakan seorang pelakun drama Tamil mempunyai hubungan baik dengan ibu Kamalnathan yang juga seorang pelakun drama.
Turut mencalunkan diri bertanding ialah calun dari UMNO iaitu Exco Pemuda UMNO Shah Alam, Johan Mohd Diah. Ternyata UMNO sendiri masih memprotes pencalunan MIC di Hulu Selangor. UMNO Shah Alam yang terlibat dalam kontrovesi ’isu kepala lembu’ akan terus menggunakan ketuanan melayu untuk berkempen.
Kita jangan lupa calun PKR, Dato’ Zaid Ibrahim adalah bekas majlis Tertinggi UMNO. Kerana ingin memperjuangkan keadilan rakyat terutama sekali dalam kes Mansuhkan ISA beliau sanggup meletak jawatan sebagai menteri.
Apa yang berlaku sebenarnya membayangkan perpecahan dalam BN. Antara calun yang inginkan perubahan dalam BN dengan calun yang masih setia membabi buta terhadap BN. Ternyata pemimpin BN masih tidak menghormati’ aspirasi rakyat semasa PRU 12 yang jelas inginkan perubahan.
Dato’ Zaid yang mempunyai sisi yang negatif ketika didalam UMNO cuba memperbaiki dirinya Namun perubahan itu tidak disenangi oleh rakan-rakannya di UMNO yang seolah masih mahukan beliau seperti dahulu. Apakah itu yang rakyat Hulu Selangor mahukan?
No comments:
Post a Comment