“Kekuatan sebenar PAS sebenarnya datangnya dari kawasan(akar umbi)”, YB Ustad Nasharudin Mat Isa menegaskan ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Serdang .
“Untuk itu kita perlu sedaya upaya menambah kekuatan dan tenaga melalui penambahan ahli dan cawangan. ” sambungnya lagi.
Mesyuarat bertemakan ‘’Bersama Mengukuh Kemenangan” turut dihadiri oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PKR. Turut dijemput istimewa ialah rakan-rakan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Menyentuh tentang PRK Hulu Selangor beliau sebagai Pengarah Jentera PAS Hulu Selangor telah menempatkan lebih dari 2000 orang tenaga PAS di 60 penempatan disekitar Hulu Selangor. PAS akan membantu semaksima mungkin. Begitu juga di Sibu. Pakatan Rakyat sebulat suara akan mencalunkan calun dari DAP.
Sebelum itu dalam ucapan alu-aluan YDP PAS Serdang, YB Dr. Shafie Abu Bakar lebih menekan tentang penilaian prestasi PAS mendepani rakyat.
“Setelah separuh perjalanan, kita wajar mengadakan penyelidikan . Menilai prestasi kita di DUN Bangi secara khusus dan Serdang secara menyeluruh. Kita lebih berminat untuk mendapat maklumat tentang kelemahan dari kejayaan, begitu juga kita lebih mengalu-alukan cadangan positif dari puji-pujian.”
Dengan ucapan dari kedua-dua pemimpin itu perbincangan perwakilan dilihat banyak tertumpu pada Lajnah Tarbiah dengan perbagai pendekatan yang dicadangkan untuk memperbaiki kelemahan. Keperluan mengadakan usrah dan penambahan keahlian disamping memulihkan cawangan yang lemah serta memperkasakan cawagan yang kuat menjadi topik perbincangan utama. Perwakilan membahaskan 13 usul yang berlanjutan sehingga mesyuarat tamat jam lima petang.
Mesyuarat kali ini melihatkan kematangan perwakilan bila lebih menumpukan intipati perbincangan. Tiada lagi rujukan terhadap kesalahan ejaan atau menanyakan soalan yang sudah diketahui jawapannya.
No comments:
Post a Comment