Sunday, May 16, 2010

TSUNAMI KECIL DI SARAWAK

SMS dari Sarawak yang diterima pada jam 8 malam mengatakan PR melalui DAP mendahului BN dalam kiraaan undi. Kami belum yakin dengan keputusan itu. PRK Hulu Selangor pun sedemikian. Pukul 7 PKR masih mendahului BN dengan 1000 undi. Biasanya SPR akan menggunakan unsur-unsur yang dramatik untuk memenangkan BN. Mungkin memberikan masa untuk menteri-menteri membuat persiapan menyambut kemenangan. Apatah lagi maklumat awal dan semua petunujk yang ada mengatakan peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu begitu baik sekali. Berdasarkan politik materialistik begitulah.

Rakyat ditawarkan bermacam kebendaan dan pembangunan yang selama ini tidak pernah mereka kecapi walaupun masih setia mengundi.

Jam 9.15 SMS diterima DAP 17120 BN 13656. Ada 7 peti undi dan undi pos yang masih belum dikira. Menconggak berapa undi yang mampu memihak kepada BN kami telah yakin DAP akan memenangi PRK Sibu ini walaupun dengan undi yang kecil.

Petunujk seterusnya ialah media perdana seolah tidak memperdulikan keputusan PRK. Maklumat sterusnya kami terima TPM, Mahyuddin mula meninggalkan tempat pengiraan. Barangkali balik ke hotel penginapan atau terus balik ke Semenanjung.


Jam 9.53 SMS dari Sarawak dengan ikon gembira mengumumkan "Dah Menang". Majoriti dengar berita besok pagi.

Secara rasminya majoriti tidak penting. Walau memnang dengan 1 undi tetap dikira menang. Tetap dikira telah merampas kerusi BN dari Sarawak secara bermaruah. Bukan melalui acara lompat parti.

Apa yang ada dalam pemikiran kami berubah. Kalau dulu mengatakan kawasan yang kurang pembangunan majoriti pengundi akan menyokong BN kerana rakyat merasakan hanya BN sahaja mampu memberikan pembangunan walaupun perlu menunggu bertahun-tahun. Teori dan persepsi itu sudah berubah. Barangkali penantian ada batas waktunya. Kematangan politik kaum Cina sebenarnya telah mengajar BN bahawa rakyat mahukan perubahan..

No comments: