Cita-cita untuk menduduki kerusi MB Kedah terpaksa dipendam semula. UMNO Kedah yang begitu ghairah sehingga meleleh air lioq menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan budaya ‘lompat katak’ mungkin terpaksa menelan air lioq semula .
4 ADUN PKR dan 1 DAP masih tetap bersama Pakatan Rakyat Kedah dibawah pimpinan DS Azizan yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah. Pujian harus diberikan kepada DS Azizan yang pandai membaca riak di ayaq.
Kalau diperhatikan semua ‘acara lompatan’ ini adalah kerana WANG. ADUN-ADUN yang diperuntukkan sejumlah wang dari kerajaan negeri berdepan dengan pelbagai tuntutan dari rakyat dan parti. Sekiranya komitmen ini dilonggarkan sedikit sebanyak orang akan mengaitkan dengan prestasi ADUN. Umpamanya sekiranya permohonan mereka untuk meminta bantuan ditolak atau lambat diterima maka diperkatakan bahawa ADUN itu tidak berfungsi.
Dalam hal ini pujian harus diberikan kepada ahli-ahli PAS yang begitu memahami dan sentiasa sabar memohon. Tidak keterlaluan untuk memperkatakan orang PAS jarang sekali memohon bantuan kewangan berbanding parti lain terutama dari UMNO dan MIC. Anak nak sekolah tak cukup duit minta wakil rakyat. Sewa rumah dah berapa bulan tak bayar minta wakil rakyat. Kena saman minta wakil rakyat bayarkan atau batalkan. Sampaikan ada yang hutang ASTRO tak bayar minta wakil rakyat bayarkan.
Ini membayangkan bahawa masih lagi ada segelintir rakyat yang tidak dapat membezakan antara kepentingan peribadi dan kepentingan umum. Sekiranya fenomena sedemikian masih wujud dan menebal maka akan suburlah budaya ‘gula-gula’ semasa kempen sesuatu pilihanraya. Dalam hal ini pujian juga wajar dikalungkan kepada kaum Cina. Mereka lebih mengutamakan kepentingan kaum mereka berbanding kepentingan peribadi. Mungkin kaum ini lebih terdedah kepada budaya berdikari dan malu untuk menerima subsidi peribadi.
Terbaca dalam satu blog (maaf tak ingat). Jika pihak lawan memberikan ‘gula-gula’ maka kita perlu larut (cair)kan dengan budi. Semestinya Pusat Khidmat Masyarakat ADUN perlu memainkan peranan mereka disini. Menyelami dan meraikan kesusahan rakyat tidak semestinya menggunakan wang. Bukan semua rakyat yang meleleh air lioq menunggu wang macam mat fit. Mereka harus didisplinkan dan difahamkan apakah peranan sebenar wakil rakyat.
No comments:
Post a Comment