Tuesday, June 29, 2010

40 ULAMAK UMNO DICABAR

40 ulamak UMNO ulasannya berterusan. Ada kata mereka diperdaya. Ada kata diperdayakan oleh orang yang memperdaya.. Ada kata apakan daya nak buat apa. Cuma satu sahaja yang belum terdaya. UMNO lakukan iaitu untuk MENYENARAIKAN 40 ulama itu.

Jadi kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk mencabar UMNO menyenaraikan semua nama 40 ulamak yang masuk' tong tait ' UMNO itu. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO ini gagal dibersihkan dari dalam. Ramai yang telah kecundang Anwar Ibrahim, Nakhaie Ahmad, Mashitah Ibrahim, Firdaus, Abdullah Mohd Zain, Hamid Othman, Yusof Nor. Puad Zakarsih dan mereka yang berbaris panjang terkenal dengan tarbiah agama mereka. Hakikatnya UMNO sebenarnya hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka.. Tiada nawaitu untuk berubah.Rakyat diperdaya (daya lagi) dengan kenyataan bahawa UMNO telah menubuhkan Bank Islam, Universiti Islam, Masjid dan berbagai kosmetik Islam yang lain.

Kenyataan 40 ulamak masuk UMNO akan memberikan 'mileage' politik terutama kepada mereka yang hanya mengetahui sesuatu perkembangan semasa melalui TV dan akhbar. Inilah politik Shahidan Kasim dari dulu. Perlis kekal dalam BN kerana politik hipokrit dengan rakyat dipasung pemikiran dan penglihatan mereka untuk hanya melihat sisi putih pemimpin BN. Selagi masalah ini tidak dirungkai Perlis dan Malaysia amnya akan terus kekal dibawah pemerintahan BN.

No comments: