Monday, June 7, 2010

HARI PENGADILAN MAHATHIR HAMPIR TIBA

Semasa pemerintahan namanya dijulang melangit. Berbagai gelaran yang molek dikalungkan. Ketika itu semua tindakan adalah bermula dari beliau. Buat ini hasil dari idea beliau buat itu hasil idea dari beliau. Hatta buat 'rumah kecil tempat meneranpun' hasil idea dari beliau. Kini dah tak memerintahpun masih lagi ada pencacai yang mengagungkan beliau tanpa memperdulikan sisi hitamnya.

Tapi hukum alam tetap akan termakan padanya. Satu persatu gagasannya runtuh dan seterusnya mengundang derita pada rakyat marhaen. Di era kemuncaknya kemahuan akan projek empangan Bakun diteruskan walau negara menghadapi kemelut kewangan ketika itu. Ekran Berhad adalah nama yang cukup gah ketika itu kerana dipertanggungjawabkan pada mereka akan empangan Bakun ini. Nama Tey Pek King cukup hebat. Dicabar membangunkan industri perlancungan di Langkawi. Kini membungkam.

Gagalnya konglomerat itu terhadap Bakun mewariskan dosa-dosa kepada Sime Darby, Golden Hope  dan semestinya RAKYAT untuk dipertanggungjawabkan. Namun manusia yang bernama Mahathir ini begitu licik mencuci tangan terhadap dosa-dosanya. Apakah rakyat masih belum sedar akan sisi hitam Mahathir ini? Doa Almarhum Ustaz Fadil Noor dilihat dimakbulkan oleh Allah agar Mahathir terus hidup menyaksikan dosa-dosa yang telah dilakukan.

No comments: