Hanya setelah 20 nyawa melayang semasa Misi Kemanusiaan Gaza terjadi barulah Mesir membuka pintu Rafah untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Israel mengepung Gaza dan mengharapkan penduduknya tunduk kepada mereka. Namun semangat kental penduduk Semenanjung Gaza yang rela mati dibumi sendiri dari menjadi pak turut kepada Zionis wajar disanjung tinggi. Disebalik kepungan oleh Zionis itu mereka melakukan berbagai cara untuk membawa bekalan bahan mentah seperti minyak dan bahan binaan dan yang paling popular ialah melalui terowong yang digali. Agak aneh juga melihat fenomena ini. Biasanya orang akan mengali terowong untuk melarikan diri dari kepungan. Di Gaza mereka membina terowong untuk keluar mencari bahan mentah dan kemudian masuk semula untuk bersama penduduk yang lain menghadapi kepungan Zionis. Semoga Hosni Mubarak mendapat pengajaran dari apa yang telah berlaku.
Begitu juga dalam konteks di Malaysia. Persengkokolan dengan APCO wajar ditamatkan segera. Jangan kita menunggu saat dimana kita akhirnya menjadi barua Zionis baru mahu bertindak. Jangan tunggu sehingga Malaysia sudah muflis baru mahu mengharamkan judi.
No comments:
Post a Comment