Monday, July 26, 2010

LEBAI REMPIT

35117_140800045947987_100000539772057_301225_2974519_n Semasa himpunan muslimat PAS di Kelantan ada perwakilan menyarankan golongan ustad muda mencontohi kepimpinan Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna. Semasa eranya memakai kot adalah dianggap sekular. Pakaian pendakwah adalah berjubah dan berserban dianggap satu kemestian. Langkah yang diambil oleh Hasan Al-Banna berlainan sekali. Beliau lebih senang dilihat memakai kot dan tarbus berjanggut menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitar. Beliau juga seringkali dilihat berdakwah dikelab-kelab malam yang menjadi trend golongan-golongan yang mula dirasuki pengaruh barat.

Pengerusi Zentrum, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah juga pernah memberi komen sama tentang perlunya ustad muda ini menyesuaikan diri agar dapat diterima oleh golongan muda-mudi yang hilang panduan. Menyedari bahawa lebih dari 60% pengundi pada PRU ke 13 nanti adalah terdiri dari golongan mereka yang berumur 20-40 tahun maka pemuda BN telah melakukan satu kajian yang sama terhadap golongan ini. kajian mendapati majoriti dari mereka tidak memihak kepada mana-mana parti dan sukar diramal kecenderungan mereka. Walau bagaimana pun semasa PRU ke 12 golongan ini dilihat cenderung memberikan undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat terutama dari PKR. Majoriti golongan ini menyantuni gaya kepimpinan Anwar Ibrahim. Mereka yang berada di IPT mula yang mempunyai kefahaman agama yang lebih mendalam lebih cenderung memilih PAS sebagai pilihan mereka. Agak aneh diperhatikan bila pendoktrinisasi melalui PLKN gagal menarik minat mereka ini kearah kerajaan BN.

38323_140800789281246_100000539772057_301273_7637356_n Kempen ‘ Orang muda geng kita’ lebih menampakkan impak dikawasan pantai timur(Kelantan dan Terengganu) namun agak berkurangan di kawasan pantai barat terutama di Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sedangkan kalau diperhatikan dikawasan Lembah Kelang adalah kawasan tumpuan golongan ini. Di Selangor jawatankuasa PeBT(Penggerak Belia Tempatan) yang ditubuhkan oleh kerajaan PR Selangor kurang menyerlah dengan hanya beberapa PeBT sahaja yang aktif.

Tindakan proaktif perlu dilakukan merekrut lebih ramai tenaga muda dan menyuntik kesedaran dikalangan mereka akan tanggung jawab yang bakal mereka pikul sebagai pewaris pemerintahan kerajaan akan datang.

No comments: