Saturday, July 24, 2010

SELEPAS INI UMNO NAK GUNA APA PULA

air selUmno kian terdesak untuk menggunakan apa sahaja bagi merealisasikan cita-cita mereka bertahta semula di Selangor, lubuk emas mereka sejak dulu. Diperingkat surau atau masjid ahli-ahli mereka secara terancang cuba menguasai jawatankuasanya. Walau pun mereka akui tidak mampu untuk sentiasa mengimarahkan surau dan masjid. Sampai kesatu peringkat mereka berkempen melalui rísalah yang diedarkan dan melalui individu tertentu untuk menjatuhkan jawatankuasa masjid atau surau sedia ada.

Gerak kerja melalui sekretariat ulama muda adalah sebahagian daripadanya. Selepas ini kita akan melihat seolah Umno akan lebih alim dari orang PAS. Akan lebih berilmu dari orang PAS. Janggut mereka akan lebih panjang dan dahi mereka akan lebih hitam dari orang PAS. Perubahan ini kalau dilihat pada sudut positif kita akan bersyukur menarik nafas panjang lega kerana akhirnya mereka telah insaf untuk bersama-sama berjuang. Namun kita jangan mudah terpedaya dengan metafora ini.

Selagi dasar mereka tidak berubah . Sekular dan perkauman. Apa yang berlaku adalah cita-cita hakiki mereka untuk berkuasa semula di Selangor.

Seperti yang diduga Umno akan menggunakan institusi Raja sebagai salah satu senjata mereka untuk ’mengusik’ kerajaan PR dalam isu air dan pasir. Kerajaan PR Selangor telah cuba untuk berunding dengan kerajaan pusat mengenai isu air. Yang tertekan disini ialah kroni-kroni disebalik perjanjian pembekalan air dari Pahang. Mereka yang telah membuat pinjaman dan pelaburan yang besar dengan andaian kantung poket mereka akan terisi hasil jualan air kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan. Perjanjian yang berat sebelah dan merugikan rakyat tergantung apabila BN gagal menguasai Selangor. Apa yang membimbangkan mereka sekarang ialah kadar faedah dari pinjaman yang dilakukan terus menggunung. Tidak mustahil jika ini berterusan kita akan melihat beberapa syarikat yang gah suatu masa dulu bakal mengalami krisis kewangan dan tertiarap jatuh.

Bagi Umno berapa ramai rakyat yang terjejas mengenai tindakan mereka tidak penting. Apa sahaja yang perlu dilakukan akan dilakukan  untuk menguasai Selangor. Kantung kroni-kroni yang menyempit harus dikembungkan semula bagi kelansungan politik Umno yang kian menghampiri senja.

No comments: