Pancingan yang dilakukan bagi menguji sejauh mana isu-isu boleh dieksploitasikan memburukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dilihat berkecelaruan dan tidak memihak kepada kerajaan BN. Bermula dengan selitan memaparkan pelbagai masalah di negeri PR seperti kemiskinan, kemudahan infrastruktur yang uzur dan sebagainya. Ini diikuti oleh pengeluaran permit untuk akhbar PR seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket yang diperketatkan dalam waktu yang sama akhbar perdana berleluasa bercerita itu ini tanpa sekatan.. Terbaru cuba digoyangnya mahligai PR dengan mengilap kembali isu perpaduan PAS-Umno.
Selari dengan itu Umno Selangor ingin mencuba medium yang selalu digunakan oleh PR - melalui ceramah. Barangkali sudah tidak mempercayai akan keampuhan media perdana yang dikuasai oleh mereka menjalankan peranan. Sebanyak 19 ceramah telah diatur ke seluruh Selangor oleh DS Noh Omar dengan mengangkat semua wakil rakyat Umno di Selangor menabur cerita.
Kalau diperhatikan semua tingkah laku ini seolah menjurus kepada satu peristiwa besar – pilihanraya umum ke-13. Mereka yang selalunya tidak ambil pusing pasal politik pun dapat membaca kilasnya lalu bertanya, “Dah nak pilihanraya ke?’
Ditambah cerita nakal mengenai pemergian KM Sarawak ke London . Kononnya ingin mendapatkan khidmat Paul – Sotong tukang tilik bagi meramal tarikh yang boleh diterjemahkan kepada kemenanagan.. Ditegur yang lain mengatakan Paul ada di Jerman tapi ditambah.
”Sekarang urusniaga tak perlu ’direct’ kena pakai broker. Macam DS Najib guna broker untuk mendapat liputan media di Amerika.”
Apa pun kini dilihat nafsu DS Najib untuk mengadakan PRU ke 13 pada tahun ini semakin lesu, Mungkin mula menerima pendapat rakannya Dato CSL(Chua Soi Lek) yang mengatakan bahawa MCA akan ’bungkus’ jika diadakan pilihanraya pada tahun ini. Tambah lagi bila ada ura-ura dikalangan pemimpin PR yang ingin mengadakan pilihanraya yang berasingan dengan mencukupkan pemerintahan selama 5 tahun (2008-2013).. Terkulatlah DS Noh Omar yang bercita-cita ingin menumbangkan kerajaan PR di Selangor. Awas dendamnya semakin membara,
No comments:
Post a Comment