Ekoran perintah MAIS yang memecat Jawatankuasa Surau Al-Huda yang dipengerusikan oleh Ust. Azemi Ahmad maka surau yang sentiasa diimarahkan oleh sembahyang berjemaah, tazkirah, qiamulail dan beberapa program lain kini sepi pada malam-malam akhir ramadhan.
Tinjuan mendapati hanya waktu solat isyak sahaja ada imam yang terpaksa didatangkan dari Masjid Jame’ Kajang untuk menjadi imam solat isyak berjemaah sehingga solat terawih. Manakala pada waktu –waktu lain seperti maghrib dan subuh Surau Al-Huda seakan sepi tanpa jemaah. Jawatankuasa yang selama ini mengimarahkan surau tersebut tidak lagi berfungsi.
Tindakan MAIS menampal arahan bahawa pentadbiran Surau Al-Huda akan diuruskan oleh pegawai JAIS dan dikawalselia oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat(PAID) sehingga suatu Jawatankuasa Surau Al-Huda yang baru dilantik oleh MAIS menimbulkan tanda-tanya dikalangan mereka yang biasa berjemaah disitu. Program-program yang telah dirancang terutama pada akhir ramadhan tergantung untuk dilaksanakan.
Bagi mendapat keredhaanNya dan tidak mahu berkonflik dengan pihak JAIS ramai jemaah memutuskan untuk bersembahyang di masjid atau surau yang berdekatan. Timbul persoalan adakah tindakan oleh MAIS itu wajar? Tindakan yang diambil agak keterlaluan sehingga masyarakat mula mempersoalakan apakah motif sebenar hukuman yang dikenakan itu.
Barangkali mereka di MAIS wajar merenungi sebuah hadith Rasulullah SAW :
مَامِنْ قَوْمٍ يَجْتَمِعُوْنَ فِى بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ يَقْرَؤُوْنَ وَيَتَعَلَّمُوْنَ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَيَتَدَارَسُوْنَ بَيْنَهُمْ إِلاَّ حَفَّتْ بِهِمُ الْمَلآئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرُّحْمَةُ وَذَكَرَهُمُ الله فِيْمَنْ عِنْدَهُ
”Mana sahaja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah-rumah Allah AWJ (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada disisiNya”. (H.R. Ahmad)
Sehingga itu Surau Al-Huda masih menyepi sesepi malam lailatul qadar.
No comments:
Post a Comment