Setiap kali dihujani persoalan mengenai harga rumahnya jawapan Mat Botox ini tetap sama. Rumahnya seperti yang selalu didakwa hasil pinjaman dari institusi kewangan dan dinilai oleh Rahim & Co (orang kuat UMNO) harganya tetap bukan RM 24 juta. Di atas kertas begitulah . Apa sahaja mampu dilakukan semasa 8 tahun beliau menerajui Selangor negeri termaju di Malaysia. Bukan sahaja RM 24 juta malah kalau dikatakannya harga rumah itu RM 2.4 juta pun kita tak boleh berkata apa kerana semuanya disokong oleh rangkaian kertas-kertas dari panel penasihatnya. Mat Botok ini dakwa rumahnya hanya RM 3.5 juta sedangkan mengikut penilaian harga tanahnya sahaja bernilai RM 3.8 juta ( kawasan elit di SS 7 Shah Alam).
Barangkali rakyat marhaen seperti kita sahaja yang sentiasa melopong mulut memikirkan bagaimana juak-juak UMNO ini mampu memiliki harta semewah itu. Sedangkan antara kita yang bekerja siang malam, suami isteri bagi melangsaikan hutang perumahan sekitar RM 100 ribu ke RM 1 juta sentiasa berasa pening kepala memikirkannya.
Fenomena kemewahan pemimpin UMNO ini sememangnya menjadi tarikan utama kepada mereka yang kononnya pembela nasib melayu. Minat ini dikongsi oleh ramai yang bercita-cita ingin memiliki kemewahan yang melimpah ruah. Perjuangan membela nasib orang melayu hanya dijadikan sebagai asbah. Apa yang lebih utama ialah KUASA. Di Bangi bagaimana seorang yang hanya mempunyai kelulusan STP mampu mempunyai aset bernilai jutaan ringgit hanya semata-mata dia orang UMNO(mestilah pemimpin) seringkali dipersoalkan. Perkataan “CONTRACT & CONTACT” adalah kata kunci yang selalu digunakan. Kertas yang digunakan hanya sebagai satu formaliti sahaja. Apa-apa hal sila rujuk. Tak puas hati sila dakwa.
Namun semua ini bakal berubah. Dan itulah yang kita harapkan. Menyahkan atau menghapuskan sama sekali ‘kontrak dan hubungan’ mereka ini dengan Putrajaya.Sehingga itu kita akan dengar jawapan yang berlainan dari soalan yang sama.
No comments:
Post a Comment