Wednesday, September 22, 2010

MUNAJAT 40.40.40 PILIH BANGI SEBAGAI PELANCARAN

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat memilih Bangi sebagai tempat pelancaran bagi Lembah Kelang pada 14 November ini. Majlis akan disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata misi menghantar 40 orang guru pondok ke Mekah selama 40 hari dan 40 waktu bermunajat memohon pertolongan dari Allah agar hak rayat Kelantan terhadap hasil minyak dikembalikan. Misi itu memerlukan perbelanjaan RM 400 ribu bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut. Misi itu akan bermula selepas musim haji sebaik sahaja urusan visa diselesaikan.

Sejak dilancarkan pada 11 September dulu tabung itu telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM 20 ribu.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat  bersama di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Mengulas mengenai rancangan tersebut, ADNS(Ahli Dewan Negeri Selangor) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak penganjur merasa amat berbesar hati dengan pemilihan Bangi sebagai tempat pelancaran. Sehubungan dengan itu beliau akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama terdiri dari warga Bangi bagi membantu majlis tersebut.

“Majlis tersebut akan diadakan pada 14 November ini bertempat di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Ini adalah kali kedua kita bekerjasama menganjurkan program sedemikian,” katanya.

Beliau mengharapkan majlis itu dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.

(Tang munajat ini jangan buat main. Doa mereka yang teraniaya direct tanpa hijab. Adakah selepas ini Najib akan mengarahkan 40 ulama muda UMNO melakukan pekara yang sama?)

No comments: