Seperti biasa UMNO/BN cakap tak serupa bikin bila menjanjikan projek perumahan PPR pertama di Kelantan bernilai RM 180 juta. Ini mengulangi janji-janji mereka menaiktaraf jambatan yang menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama semasa PRK Manek Urai dulu. Alasan yang dikemukakan oleh pengurus besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Mohd Arshad Ismail kos projek tersebut meningkatkan dari RM8 juta kepada RM17 juta. Alasan yang tipikal untuk setiap projek pembangunan di bawah kerajaan UMNO/BN, peningkatan kos berganda.
Perumahan PPR 1500 unit menelan belanja RM 180 juta disifatkan terlalu tinggi iaitu RM 120,000 bagi seunit rumah berbanding harga semasa RM RM50,000 atau RM60,000 di Kelantan(pandangan dari YB Datuk Husam Musa). Tidak mustahil jika projek ini jika dilaksanakan(sekiranya UMNO/BN benar-benar ikhlas) maka kosnya bukan RM 180 juta lagi. Mungkin berganda dua atau tiga kali.
Dalam waktu yang sama kerajaan UMNO/BN mungkin tidak menyedari bahawa sepanjang 10 tahun yang lepas kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS telah membina lebih 1,500 lot rumah di Tanah Putih. Kini Tanah Putih sudah bertukar dari hutan belantara menjadi penempatan tersusun. Isunya sekarang rakyat perlu memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri dan bukan lot di atas angin.
Nota:
Isu khalwat yang dicanangkan akan digunakan UMNO/BN pada PRK Galas mula memakan diri. Amaran saman dari Dr Zul telah menyebabkan laman web umno itu ditutup. Carian melalui google mendapati laman web itu ditutup sementara untuk penyelengaraan. Menurut Dr Zul webmaster laman itu telah memohon maaf namun beliau akan meneruskan saman tersebut jika mereka masih berterusan menfitnah. Kalau kita perhatikan inilah cirri-ciri seorang pemimpin Islam yang perlu dinobatkan. Sentiasa memaafkan pihak musuh dengan penuh keikhlasan.
No comments:
Post a Comment