Thursday, October 28, 2010

UMNO DEPAN TARUK BELAKANG TALA

Kalau sesiapa pernah ikut kursus BTN satu situasi semangat kemelayuan diapi-apikan. Kononnya orang melayu sudah tidak punya apa sebagai tuan punya tanah, yang ada cuma kuasa politik. Semua orang tahu BTN ini adalah pekerja UMNO yang dibayar gaji oleh kerajaan.

Begitu juga UMNO bila berhadapan dengan orang melayu maka dikhabarkan bahawa orang cina dari DAP sedang cuba menguasai politik dan akan merampas hak-hak orang melayu. Sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan orang cina dianggap sebagai pengkhianat melayu. Bila ditanya bekerjsama dengan MCA atau Gerakan mereka kata itu lain. Kat mana yang lain tak tahu le. Mungkin orang MCA atau Gerakan 'bersunat'?

Yang pasti lainnya ialah bila berhadapan dengan orang cina maka dikhabarkan bahawa PAS jika memerintah negara akan melaksanakan hudud. Kerajaan ala-Taliban akan ditegakkan dan segala kebebasan yang dinikmati oleh orang cina akan disentap.

Tak tahulah bila berhadapan dengan Allah nanti nak khabar apa?

No comments: