Sunday, November 21, 2010

ANTARA BAPAK FELDA DAN ANAK FELDA SIAPA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB?

Secara relatifnya ANAK- Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan lebih dahulu ditubuhkan bagi menjiwai pelbagai masalah yang dialami oleh peneroka sejak dulu. Peranan yang dimainkan organisasi yang dipimpin oleh Presidennya ialah Mazlan Aliman yang juga  merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat amat berkesan sekali sehingga menimbulkan kesedaran dikalangan ramai peneroka terutama dari generasi kedua dan ketiga peneroka. ANAK mempunyai ahli seramai 2,000 orang ternyata satu ancaman kepada kerajaan BN yang selama ini menggunakan peneroka sebagai 'fixed deposit' mereka.

Pada PRK Hulu Selangor ternyata kubu kuat UMNO ini masih gagal ditembusi dan ternyata memberi kemenangan kepada calon BN. Namun kejayaan beberapa kumpulan peneroka Felda di Kelantan dalam tuntutan kes mereka di makhamah memberi tamparan hebat pada kepada Felda khususnya kerajaan BN. Momentum ini jika dapat diteruskan pada kawasan Felda yang lain semestinya mengkucar-kacirkan kesetiaan peneroka Felda terhadap BN dan seterusnya kedudukan politik dikawasan Felda akan menjadi sebaliknya.

Bagi mengimbangi keadaan ini maka BAPAK- Biro Aduan Peneroka Kebangsaan ditubuhkan. Namun usaha ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak benar-benar serius. Umum mengetahui malah mengalami situasi dimana banyak aduan-aduan yang dibuat selama ini tidak langsung ditanggani secara pro-aktif. Maka penubuhan BAPAK dilihat sebagai kosmetik politik. Mengaburi mata rakyat seolah kerajaan BN sekarang cukup prihatin terhadap permasalahan rakyat.

Seharusnya jika kerajaan BN benar-benar ikhlas segala aduan dan isu-isu yang berkaitan dengan Felda diangkat untuk segera diselesaikan dan bukan hanya usaha mengumpulkan aduan-aduan.

Ternyata BAPAK baru sahaja sedar bahawa dirinya adalah dari kalangan mereka yang telah melupakan tanggungjawab mereka. Satu perbuatan yang sinonim dengan ramai pemimpin BN yang telah lama berkuasa.

No comments: