Orang Bangi turut tidak berkecuali membincangkan scenario pilitik terkini. Antara yang selalu ‘diminitkan’ semasa makan atau minum ialah kucar-kacir dalam PKR kerana cuba mengamalkan amalan ‘satu ahli satu undi’ buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia. Cara ini sebenarnya dipraktikan semasa pemilihan Presiden Amerika. Cara ini didakwa dapat membendung gawatnya membeli atau dalam istilah yang lebih mesra didengar ‘RASUAH’ pemilihan. Satu penyakit yang telah lama membarah dalam parti-parti politik BN diterajui oleh UMNO.
Di Kelantan khabarnya ongkos yang perlu dileburkan untuk menjadi calon wakil rakyat UMNO bertanding dalam PRU adalah jauh lebih murah berbanding menjadi calon ketua bahagian ditempat masing-masing. Kenapa begitu?
“Pelik sungguh orang Kelantan ni,” sampok seorang teman yang baru sahaja menjadi ‘ahli kabinet’ warong makan.
Ramai yang tidak menyedari peruntukkan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri harus melalui laluan ‘poket UMNO’. Dalam kata lain segala peruntukan yang sepatutnya turun melalui wakil rakyat DUN atau wakil Parlimen tetapi dinafikan hak mereka. Sebaliknya ketua bahagian mempunyai kuasa yang besar untuk menggunakan peruntukan itu. Dalam konteks Bangi-parlimennya Serdang. Ahli parlimen Serdang (YB Teo Nie Ching – masih single)yang seharusnya mendapat peruntukan RM 1.5 juta setahun untuk membiayai pelbagai program dikawasannya dinafikan haknya. Sebaliknya 2 orang mangkuk ini yang dapat – Datuk Ho Lee Lee dan Datuk Fathil. Tetapi khabarnya Datuk Fathil lebih berkuasa ke atas peruntukkan RM 1.5 juta itu. Duit gantung banner dan duit yang dihebohkan melalui akhbar kata dah serah pada semua surau dan masjid di Bangi rasanya dari duit inilah. Kata RM 1.5 juta, surau atau masjid kau orang dapat ke masa puasa lepas?
Begitulah kuatnya pengaruh ketua bahagian maka tidak mustahil ramai yang sanggup melabur puluhan malah jutaan RM. Cuma dalam pemilihan PKR ini ceritanya ramai yang bercita-cita menjadi calon wakil rakyat bagi PKR. Barangkali lepas mereka tengok macam mana mudahnya‘kuda kayu’ macam ADUN Pelabuhan Kelang boleh menang semasa PRK 12. Banyak perkara yang orang ramai tidak faham dan yang pentingnya, aku sendiri tidak faham kenapa itu berlaku.
Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada PKR kerana berani memulakan satu proses demokrasi yang mana parti-parti lain yang lebih senior pun belum mampu melaksanakannya. Termasuklah UMNO, PAS, DAP dan Makkal Sakti.
Kekecohan berlaku semasa proses pemilihan PKR ini?
Biasalah tu. Bak kata Mawi,”Ribut dalam cangkir sahaja”. Media pro- kerajaan terutama TV3 memang tunggu berita kecoh-kecoh macam ini. Pantang dengar ada proses pemilihan MPP PKR, terus team media mereka focus lensa mereka . Dapat bonus kalau masa liputan itu ada beberapa kerat yang selalu mereka mendakwa ahli PKR buat demo. Boleh sponsor 14 buah bus pulak tu. Mana mereka ini dapat duit. Koman-koman pun RM 15 ribu diperlukan untuk sewa bus, duit makan dan tak kan takde duit upah?
Walaupun hampir setiap hari TV3 dan RTM menyiarkan kekecohan yang berlaku. Namun mereka tetap kecewa kerana tiada insiden baling kerusi seperti mesyuarat UMNO Negeri Sembilan dan tiada insiden berebut ‘microfon’ dan kerusi seperti di mesyuarat UMNO Kedah. DS Samy Vellu kalau dapat lihat adengan itu mesti menjuihkan mulutnya. Masih tiada lagi parti yang dapat menandingi partinya dalam hal ini.
- yang ni kat Kedah.
KECOH… Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja’afar . – fotoBERNAMA
No comments:
Post a Comment