Program YB Masuk Kampung terus mendatangkan kegusaran kepada Noh Omar selaku penaung STEPS. Melalui KP Umno Selangornya yang bemukim di Serdang mengarahkan anak-anak buahnya yang bernaung bawah STEPS ‘cuba’ menganggu kelancaran program-program YB ADUN Bangi. Kawasan tumpuan adalah kawasan kampong yang pernah menjadi kubu kuat umno dulu.
Di Sg Ramal Dalam ‘gangguan’ telah dimulakan. Kini di Sg. Tangkas mereka bertindak lebih agresif. Baner program yang digantung telah dicuri sehari sebelum program dijalankan. Siasatan sedang dijalankan melalui beberapa aduan penduduk yang melihat beberapa orang remaja belasan tahun yang dilihat berlegar berhampiran tempat-tempat baner itu digantung. Mungkin KP umno Selangor lebih mengetahui kejadian ini kerana beliau dilihat mengetuai beberapa orang remaja menaiki motor mengelilingi kampong.
Tindakan pengecut dan tidak matang berpolitik itu membayangkan cetusan minda dari mereka-mereka yang cuba memperalatkan dan menghasut golongan remaja bertindak mengikut kerangka mereka. Seperti biasa elemen ‘duit’ digunakan termasuk duit minyak dan sehelai baju-T.
Yang pakai baju putih tu boss yang baju hitam kuli |
Namun taktik yang digunakan tidak mendapat sokongan padu dari kalangan remaja ini yang telah mula mempunyai kesedaran bertindak. Ini dapat dijelaskan oleh penyertaan ramai remaja dari Kg. Sg. Tangkas pada pertandingan futsal belia yang dianjurkan. Dari mereka diperolehi maklumat bahawa wadah ‘Belia 4B’ yang dianggotai mereka selama ini sudah lapuk dengan pemimpin mereka saling bercakaran, terlalu berpolitik dan mementingkan diri sendiri.
Mungkin KP umno Selangor akan marah jika lihat gambar ini. |
No comments:
Post a Comment