Wednesday, February 23, 2011

UPU CHIN CHIN MELAKA


Berkunjung ke Melaka sesuatu yang tipikal mengenai rumah-rumah di sana ialah rumah limas dengan halaman mereka penuh kehijauan rumput  dan biasanya ditanam berjajaran pokok bunga kertas. Anda bernasib baik jika ada antara rumah-rumah itu yang masih bertangga batu berjubin warna-warni sebagai lambang mengalu-alukan kehadiran tetamu.

Ziarah ke UPU Chin Chin baru-baru ini sukar menjumpai begitu. Lorong-lorong kecil ke rumah penduduk kampong bertar. Ada juga yang mengambil kesempatan sempena PRK Merlimau  untuk mentarkan halaman rumah mereka. Bau tengik tar masih dapat dihidu menunjukkan bahawa kerja-kerja yang dillaksanakan baharu sahaja dalam tempoh terdekat. Bertuahlah penduduk Kampung Chin Chin tidak seperti kampong disebelahnya, Kg. Terentang yang tidak menyertai PRK. Kami difahamkan bahawa rumah yang bertar halaman sepenuhnya adalah kepunyaan orang-orang umno biasanya ketua kampong atau AJK cawangan.

Semestinya turut terlebih gembira ialah para kontraktornya (biasanya kroni umno untuk memudahkan urusan supaya lebih afdal). Kemurahan rezeki yang diterima bakal dikongsi bersama jentera umno yang gah berkempen awal memasang ribuan bendera dacing dikiri kanan jalan. Puluhan bilik gerakan yang mereka bina menampakan ciri kemewahan yang dimiliki. Khemah-khemah sementara dipasang dengan diatur puluhan kerusi. Bergayutan bendera dacing digantung sehingga tidak nampak orang di dalam khemah barangkali sengaja dilakukan demikian menyembunyikan kekosongan jentera yang hadir. Dengan kemewahan sedemikian barangkali dapat kita anggarkan berapa jumlah bayaran perlu dituntut oleh sang kontraktor yang sibuk siang malam menyiapkan infrastruktur ‘wayang’ itu. Perlu diingat dari kocek mana duit itu mengalir keluar.

Kocek rakyat Melaka amnya yang telah terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan.
Mengapa perlu begitu? Mengapa perlu dirasuah oleh pemimpin yang terbukti perasuah?
Terima hak anda namun tamatkan penguasaan mereka yang merasuah anda. Keputusan yang bakal anda buat akan menentukan kesinambungan budaya rasuah yang telah terkesan pada anda dan rakyat Melaka yang lain.

No comments: