Selama 30 tahun berkuasa diberitakan Hosni Mubarak mengumpul duit US 70 mil. Mula berkuasa semenjak 1981 bila Presiden Anwar Sadat terbunuh dalam satu serangan. Aneh sekali Hosni yang berada sebelah Anwar Sadat ketika itu tidak cedera.
Kesan kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudian menular ke Mesir satu persatu pemimpin Arab bakal jatuh membungkam. Walaupun majoriti penduduk negara-negara Arab adalah beragama Islam namun perjuangan atau pegangan mereka lebih terarah pada nasionalisme. Islam hanya dijadikan sebagai alat bagi melunakkan rakyat mereka yang dahagakan keadilan dan kemakmuran sebagai mana yang dijanjikan oleh Allah swt kepada mereka yang benar-benar mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian.
Kehidupan para pemimpin Arab pada sisi yang jarang ditonjolkan kepada umum adakalanya lebih teruk dari golongan mafia. Seakan pada siang hari mereka adalah pembela kepada rakyat dan pada malamnya mereka juga adalah perompak duit rakyat. Hasilnya negara yang kaya dengan berbagai sumber ekonomi tidak mampu memberi kemakmuran kepada rakyat mereka. Jauh sekali memberi gambaran yang positif terhadap negara Islam. Masyarakat dunia turut tunduk dan berpendapat jika inilah kerajaan Islam yang diagung-agungkan maka apa bezanya dengan kerajaan yang lain.
Fitrah mereka yang diberikan walau pun sedikit nur Islam tidak akan tunduk kepada kemungkaran. Maka jiwa-jiwa kerdil ini akan bangkit, bersatu menuntut apa yang setiap manusia inginkan. Cuma mereka-mereka ini sering tertipu oleh suara-suara pemimpin mereka. Fahaman Islam yang memulakan sesuatu revolusi rakyat biasanya akan diambil alih oleh fahaman nasionalisme secara licik.
Mesir khasnya dan negara-negara umumnya memerlukan pimpinan yang benar-benar tunduk kepada ajaran Islam yang sebenar. Mencontohi pimpinan Rasulullah saw dan sahabatnya yang telah membawa Islam menguasai dunia. Mampukah Ikhwanul Muslim melakukannya di Mesir?
Dan yang lebih penting apakah pimpinan nasionalisme Malaysia akan tumbang selepas ini? Perangai mereka lebih kurang sama dengan pemimpin Arab yang bakal tumbang itu.
No comments:
Post a Comment