Saturday, April 30, 2011

TRIO DATO’ T MULA DAPAT ‘NIKMAT’ DARI SUMPAH MEREKA.

Mereka telah diperingatkan akan kesan sumpah namun tidak diendahkan. Mungkin mereka melihat Saiful yang ok sahaja bila bersumpah. Mungkin jua mereka tidak takut akan pembalasanNya.

Menggunakan UKM di Bangi sebagai platform mengumpan orang melayu atas kapasiti memperbaiki ekonomi. Sebaliknya Rahim Tamby Chik lebih tertumpu membangkitkan fitnah terhadap DSAI.

Beliau mendakwa mereka diugut dan diancam keselamatan.  Ancaman itu berbunyi :-
ANGKATAN MUDA KEADILAN
DESAK 
ESKAY PATUT DITANGKAP!

HENTIKAN FITNAH POLITIK
SUMPAH POLITIK ESKAY
BUKAN KEBENARAN

RAKYAT BANGKIT LAWAN FITNAH

SUMPAH ESKAY
PERMAINKAN SYARIAH
ISLAM!

Ini sebenarnya flyer yang diedarkan pada semua orang. Namun munkin kerana ‘nikmat’ yang mereka dapat dari bersumpah fitnah itu dianggap sebagai ancaman dan ugutan.


Memang gabem pun engkau Rahim.

Friday, April 29, 2011

PENJARA SG JELOK BAKAL DIKOSONGKAN

Seandainya sumpah laknat boleh diguna pakai barangkali ramai banduan di Sg Jelok Kajang berbondong-bondong berjumpa dengan pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk melakukannya.

Barangkali inilah kefahaman sesetengah pihak yang cuba memperalatkan Islam.

Bakal dicanangkan bahawa Malaysia bebas dari penjenayah. Industri penjara yang kini sarat bakal suram.

Inilah Malaysia tanah airku.

Sunday, April 24, 2011

SEMUA ANAK ALI INI KENAPA?

Semalam(24.4.2011) penduduk Seksyen 8 Bandar Baru Bangi bermajlis menentukan arah kiblat surau yang bakal dibina-Surau Al-Makmum. Antara yang hadir ialah Dato’ Dr. Hasan Ali sebagai Exco Selangor dan YB Dr. Shafie selaku ADUN Bangi. Tetapi apa yang aku nak ulas disini ialah kehadiran pemberita TV3. Aku bukan anti TV3 secara total kerana seringkali aku tonton rancangan mereka  terutama cerita Jackie Chan dan entah kenapa siaran tv mereka lebih jelas berbanding tv lain.

Apa yang menarik ialah melihat cara pemberita itu cuba memanipulasi berita tentang Kampong Baru. Mereka cuba mengajak Dato’ Dr. Hasan Ali diatas kapasitinya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor memberikan pandangan yang berbeza dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Teman sebelahku mengeleng kepala melahirkan ekpresi kurang menyenangkan. Lantas menarik tanganku ketempat lain untuk berbicara. Dia seorang pensyarah di sebuah IPTA memang ku ketahui seorang penyokong PAS yang tegar.

“Semalam statement Mustapha Ali kena pusing, aku takut hari ni mereka akan pusing statement Hasan Ali pulak. Kedua anak Ali ini memang selalu menjadi mangsa kepada manipulasi pihak media”, getusnya menyuarakan ketidak puas hatinya terhadap cara Dr. Hasan Ali melayan pertanyaan media TV3.

Kalau teman aku tadi sedar seorang lagi anak Ali (Azmin Ali) telahpun mengeluarkan satu kenyataan membidas kenyataan Mustapha Ali maka aku percaya geleng kepalanya  makin kuat bersama keluhan yang panjang.

Akupun hairan kenapa dari satu sudut pemimpin seperti mereka sering mengecam media-media pencacai BN namun bila copong microphone disua pada mereka lain pula jadinya. Tidakkah mereka mengetahui bahawa niat sebenar media perdana ­ bukannya mencari kebenaran kepada sesuatu isu tetapi lebih kepada untuk mensensasikan sesuatu isu?

Aku melihat dalam konteks ini artis-artis terutama artis veteran lebih bijak menangani mainan pemberita. Mereka akan memberikan satu jawapan – “No comment”.

 Untuk itu disarankan mereka-mereka yang berkenaan SILA BELAJAR DARI ARTIS.

Tuesday, April 19, 2011

BILL GATES, SAIFUL APEK DAN NAJIB.

"Wa punya bapak bikin ini funfare bikin orang suka-suka. Tapi lu orang bikin suka-suka kat ini funfare macam bapak lu orang yang punya."

Bill Gates bagi buka akaun email percuma. Najib 'Gate" bayar RM 50 juta pada kroninya supaya semua rakyat Malaysia yang layak mengundi dapat buka akaun email.

Yang sebenarnya BN target pada orang muda yang cemuih tengok tv media perdana. Mereka lebih suka melayari internet. Jadi lepas ini semua propaganda BN akan sampai juga kepada anak-anak muda ini.

Monday, April 18, 2011

MESIN FOTOSTAT DAN PAS

Mengapa dulu (2000) ramai orang Melayu terutama kakitangan kerajaan sokong PAS? Kerana mesin fotostat.

Dulu mereka baca bahan dalam internet lepas tu buat salinan dan edarkan pada orang ramai.

Sekarang baca sendiri syok sendiri.

Monday, April 11, 2011

SIBU WAVE


‘Sibu Wave’ atau ‘Gelombang Sibu’ hampir melanda keseluruhan Sarawak dalam PRU kali ini. Justeru takutkan gelombang itu membadai dan meranapkan kerajaan BN di Sarawak  maka perlunya Najib sebagai PM bertungkus lumus turun padang menemui pengundi di Sarawak. Sesuatu yang jarang dilakukan selama ini. Beberapa persoalan timbul dengan tindakannya itu.

Adakah Mahyuddin sebagai TPM dan Taib sebagai mantan KM Sarawak dan juga barisan menteri-menteri BN yang lain dilihat gagal mengekang asakan serta kempen pihak lawan?

Atau adakah rakyat Sarawak mula menunjukkan tanda-tanda untuk melakukan perubahan?

Apa yang jelas jika sebelum di dalam setiap PRK BN menabur jutaan RM sebagai umpan untuk terus kekal sebagai penguasa. Rakyat semakin sedar bahawa apa yang dihidang semasa kempen piliharaya akan tinggal sebagai janji untuk dibawa pada musim pilihanraya akan datang. Perlaksaan terhadap janji-janji tersebut biasanya dibuat acuh tidak acuh berdasarkan kepentingan peribadi pemimpin atau penguasa yang dilantik. Penduduk Sibu lantas menghukum BN dalam PRK Sibu dulu. Segala ‘gula-gula’ pilihanraya diterima seadanya namun mereka tetap memilih DAP sebagai satu tanda jelek terhadap apa sahaja janji-janji dari BN.

Menyedari ‘trend’ ini maka Najib cuba bermain tarik tali dengan pengundi. “You help me I’ll help you” istilah jelas yang disampaikan semasa kunjungannya di Sri Aman.

"Hari ini saya ada tiga 'surat cinta' (permohonan). Saya akan timbangkannya selepas 16 April, boleh? Saya hendak tengok kawasan ini lebat dengan undi.

Selama 50 tahun undi yang diterima sentiasa lebat namun apa yang rakyat dapat daripada itu. Sarawak masih kekal sebagai antara negeri yang termiskin di Malaysia. Hasil minyak, balak dan tanah yang luas untuk diusahakan gagal memperbaiki kehidupan rakyat.

Apakah janji dan pilihanraya dan seterusnya janji dan pilihanraya terus memperbodohkan rakyat?