Monday, July 25, 2011

KENAPA BIOMETRIK?

 Bioemetrik?
Ciri-ciri pengesahan menngunakan faktor biologi contoh cap jari, iris mata dan suara.

Kelebihan
1. Unik dan sesuatu yang kekal pada semua individu.
2. Mesra pengguna. Mudah cara pakai
3. Tiada masalah hilang atau lupa.

Kelemahan & masalah
1. Ketepatan sistem adalah bergantung kepada pengesahan pendaftaran
2. Sistem boleh dimanipulasikan jika lebih daripada satu orang mempunyai akses kepada pembaca atau mana-mana sumber
3. Akses data membolehkan maklumat peribadi boleh dimaipulasi untuk tujuan lain.
4. Sesetengah boleh disalin atau dicuri
5. Tidak boleh menetapkan semula atau dibatalkan
6. Membuat kunci kriptografi yang tidak selamat
7. Boleh  merentasi pelbagai sistem / organisasi pihak ketiga.

Bagaimana biometrik boleh dimanipulasi?
Menurut kajian oleh N.M. Ratha, J.H. Connell and R.M. Bolle: “An Analysis of Minutiae Matching Strength” terdapat 9 cara bagaimana penggunaan biometrik ini boleh dimanipulasi.

 Adakah kerajaan benar-benar serius melaksanakannya?
1.      Kesan dari tuntutan Bersih 1(2007) maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awalnya bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal pada PRU12(Mac 2008). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdul Raman Suliman dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 5 September 2007 berkata, keputusan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada PRU ke-12 (8 Mac 2008) bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. Malang sekali 4 hari sebelum PRU ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, negara dikejutkan dengan sidang akhbar bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.


Penggunaan dakwat kekal terhalang dengan berbagai alasan yang penuh kontrovesi sehingga ke hari ini. Pada 17 Mei 2008, Tan Sri Ab. Rashid mendedahkan ketika merasmikan satu seminar di UIAM bahawa keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal di kuku jari pengundi itu dibuat atas ARAHAN KABINET.


2.     Pengerusi SPR yang baru, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam satu kenyataan bertarikh 17 Januari 2009 (ketika meninjau proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah, Pasir Panjang) mendakwa SPR tidak menolak kemungkinan menggunakan dakwat kekal dalam PRU akan datang selepas penggunaannya dibatalkan semasa PRU ke-12.
"Lagi cepat lagi baik. Jika cepat, kita akan mulakan dengan pilihan raya kecil jika ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13," ujarnya.
3.      Namun kejutan berlaku dan pengunaan dakwat kekal ini dilihat tidak akan menjadi kenyataan bila dalam satu sidang media di Kangar, 23 Julai lalu DS Najib berkata kerajaan telah bersetuju SPR menggunakan kaedah biometrik bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Pengumuman seperti ini seharusnya dibuat oleh  pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri  sebagai sebuah suruhanjaya yang bersifat benar-benar bebas untuk dijadikan sebagai dasar dan  bukan melalui Perdana Menteri yang mempunyai kuasa sementara. Ini membuktikan bahawa keputusan penggunaan biometric ini adalah satu kenyataan politik


Daftar Pengundi Induk (DPI)
DPI yang belum dibersihkan dilihat faktor utama menghalang kaedah biometric digunakan sebagai proses awal mengundi.  Sehingga 2010 suku ke-4  DPI yang dibekalkan oleh SPR masih lagi belum dibersihkan dan bersifat penuh kontrovesi.
1.       Telah dibuktikan bahawa  masih lagi wujud ribuan senarai pengundi yang berusia lebih dari 110 tahun.
2.       Terdapat juga senarai pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan baru yang berbeza serta mendaftar mengundi ditempat yang berbeza-beza.
3.       Aduan dan laporan yang dibuat mengenai pihak-pihak tertentu membahagikan kad pengenalan bagi tujuan mendaftar sebagai pengundi kepada pendatang asing masih belum ditangani sepenuhnya.
4.       Mulai tahun 2004 SPR menetapkan bahawa senarai penggundi adalah berdasarkan pada alamat mengikut kad pengenalan mereka. Masih lagi wujud alamat  sesebuah rumah yang mempunyai puluhan pengundi (80 pengundi pada sebuah rumah)
5.       Ada orang awam (terutama isteri serta keluarga anggota polis dan tentera) didaftarkan sebagai pengundi pos. Juga dakwaan masih lagi ada anggota samada tentera atau polis memiliki kedua kad pengenalan awam dan tentera.
6.       Terdapat juga individu yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dan terkejut bila didapati nama mereka telah didaftarkan dan ada pihak lain yang telah mengundi bagi pihak mereka.


Kesimpulan
Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan. Jika dilaksanakan Malaysia mungkin menjadi negara yang pertama didunia menggunakan sesuatu yang belum pasti keberkesanannya. India sebuah negara yang mempunyai ramai pakar IT masih lagi menggunakan dakwat kekal semasa mengundi dipilihanraya mereka.

No comments: