Melihat video Apa Selepas 9 Julai ramai yang bersetuju bahawa Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR dilihat terlalu mempertahankan institusi yang diwakilinya. Tidak ada sebarang nada merendah diri terhadap apa jua kekurangan atau kelemahan pada SPR. Dia seolah meminta dikasihani dengan selalu menjawab bahawa SPR tidak mempunyai kuasa untuk memenuhi segala tuntutan Bersih 2.0 walaupun bersetuju bahawa sebahagian dari tuntutan itu adalah wajar.
Satu soalan cepumas dari moderator sendiri, Wan Ji yang bertanya adakah SPR bersetuju bahawa segala permasalahan berkaitan dengan mengadakan piliharaya yang bersih adalah sebenarnya berpunca dari kerajaan yang memerintah? Datuk Wan Ahmad sebagaimana yang diduga cuba mengelak untuk menjawab persoalan tersebut. Jawapannya selalu berkisar pada keterbatasan kuasa SPR. Barangkali bosan dengan jawapan yang begitu klise Datuk Ambiga bertanya jika SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perjalanan pilihanraya pihak manakah pula yang sepatutnya memainkan peranan memantau piliharaya? Datuk Ambiga berpendapat SPR sebenarnya mempunyai kuasa tetapi tidak menjalankan peranan mereka. Jika benar-benar SPR beriltizam mengadakan satu piliharaya yang bersih serta adil Bersih 2.0 serta rakyat semua akan menyokong SPR. Malang sekali itu tidak berlaku.
(p/s: Jika SPR tidak ada kuasa menjalankan piliharaya yang adil serta bersih barangkali kita mungkin boleh mengharapkan pasukan polis untuk berunding. Tapi belum pun butir bicara bermula pihak polis akan mengeluarkan arahan.
KAMU SEMUA DIBERI MASA 5 MINIT UNTUK BERSURAI. JIKA TIDAK KAMI AKAN GUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA KAMU SEMUA BERSURAI. KLING…KLING…KLING LOCENG FRU PUN BERBUNYI. TAK SEMPAT NAK TENGOK JAM DAH 5 MINIT KE?
Atau barangkali satu jabatan di sebelah pejabat Perdana menteri. Orang cakap Jabatan FLOM. Dengar cerita jabatan ini cukup berpengaruh. Terutama sekali bab-bab membeli-belah tanpa tawar menawar dan tiada cukai pulak tu. Setakat RM 24 juta tu bila-bila masa boleh lulus.
Itulah Malaysia tanah air ku. Ayat yang selalu Abang Mat (Mohammad Sabu) cakap. Malang sekali orang kampong dan orang Felda cukup berkenan dengan situasi ini.
No comments:
Post a Comment