Friday, July 29, 2011

NAJIB TIDAK SUKA MAIN PULASI

“Saya tak rela dipilih secara manipulasi. Kita rela jadi pemimpin yang benar-benar dipilih rakyat bukannya secara manipulasi.


Itu kata DS Najib semasa himpunan Belia 1 Malaysia di Pendang, Kedah (28.07.11)

Hakikatnya, pada 14 Feb 2011 PAS Pahang melapurkan bahawa dalam tempoh 9 bulan Pahang menerima 29,000 pengundi baru.

“Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.

Paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan


Nota: Semasa PRU 10/2004 DS Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan dengan hanya bermajoriti 241 sahaja. Suasana di kem Najib begitu kritikal bila pihak lawan mendahuluinya. Disaat-saat akhir beberapa peti undi ‘misteri’ dibawa masuk.

PRU 11 DS Najib memenangi Parlimen Pekan dengan majority 26,464.

Maka benarlah cakap-cakap DS Najib ia tidak rela menang secara manipulasi kerana ia menang secara MAIN PULASI.

No comments: