Saturday, December 31, 2011

Sambutan Tahun Baru 2012 antara I-City & Dataran Shah Alam




EKSLUSIF BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN ZIZAN.

TERBAIK !!!

PROGRAM BN SELANGOR DI i-CITY DIKHABARKAN

LENGANG TAKDE ORANG.


SEMUA LARI KE PROGRAM PAKATAN RAKYAT SELANGOR

DI DATARAN SHAH ALAM.





YB KHALID SAMAD

DISAMBUT OLEH PULUHAN RIBU ANAK MUDA

YANG SEDANG MENDENGAR USTAZ AZHAR IDRUS

DAN CELOTEH ZIZAN DI MAJLIS SAMBUTAN TAHUN

BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR.



TAHNIAH !

SAMBUTAN TAHUN BARU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

BERJAYA DAN MERIAH !!!!!!!!


SYUKUR

ALHAMDULILLAH !!!!!

Friday, December 23, 2011

Hasan Ali korbankan AKRAB untuk jemaah PAS.


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

NONESebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau
mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan (kiri) sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

P/S. Gua sokong tindakan lu bro. Lu ambil kira kepentingan jemaah lebih utama berbanding kepentingan peribadi. Kepentingan AKRAB perlu dikorbankan bagi mengutamakan jemaah. Lu pun sedar AKRAB adalah nothing jika orang tak percaya sama lu.

Thursday, December 22, 2011

Mahkamah dapati Khir Toyo bersalah tuduhan rasuah

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.
NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu

p.s. Sharif Jajang kat Sg. Merab mesti senyum baca berita ni.

Tuesday, December 20, 2011

ANTARA PREBET KHALID DENGAN PANGLIMA KHALID

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati. 

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.



Sirah ini untuk kita sama menghayatinya.


Mereka berkata apapun krisis yang melanda ahli PAS sudah matang dan mampu menghadapinya. Aku setuju cuma takut pemimpin yang belum matang...

Monday, December 19, 2011

RM 9. 1 JUTA UNTUK ROBOH DAN BINA BUS STOP DI SELANGOR

Agak pelik juga bila melihat disepanjang jalan Hentian Kajang. 3 buah bus stop yang sedia ada dirobohkan. Pada penilaian aku keadaan bus stop itu masih ok boleh digunakan. Kalau dicat nampak baru. Tapi dirobohkan. Mungkin bus stop tu tak sesuai didirikan kerana dekat sangat dengan traffic light. Sangkaan aku meleset. Lepas diroboh dibina semula ditempat asal. Termasuk sebuah bus stop bertentangan dengan Taman Tenaga yang memang tak pernah digunakan. Bus pun malas nak berhenti kerana hampir sangat dengan Hentian Kajang. Dah kaya sangat ke negara ini?

Rupanya Noh Omar nak beri ‘zakat’ kepada kuncu-kuncunya. Sebanyak RM 9.1 juta diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf bus stop diseluruh Selangor. ( Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/184569)

Yang aku musykil ialah:-
1.       Noh Omar ni Menteri Pertanian, apa kena mengena bus stop dengan pertanian. Sejak bila pulak lembu belajar naik bus ni?
2.       Apa bingai sangat pi roboh bus stop yang masih ok lepas tu buat balik? 

HERO MAMAK DARI KERALA


 Dia boleh berlagak macam hero

Dia boleh menangis macam drama bangsawan


Dia boleh menghina dan melenyapkan semua lawannya

Dia boleh mendakwa apa sahaja yang dia suka.

Kerana dia menguasai sumber media.
Tapi hari ini media menyiarkan sisinya yang baru. Mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada mereka yang telah mendedahkan egonya kononnya tidak tunduk pada IMF.

Memang hero mamak betul.

RAKYAT MALAYSIA DIUMPAN RM 500 TAPI DIROMPAK RM 38 RIBU

Lapuran dari Global Financial Integrity (GFI), sebanyak RM 1.077 billion telah dikeluarkan dari Malaysia sejak 2000 -  2009. (Laporan disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di International Monetary Fund (IMF)

Disebalik gemburan RM500.00 yang diberikan kepada setiap keluarga yang berpendapatan bawah RM 3000.00 sebulan. Semua rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta orang sebenarnya layak untuk mendapat RM 38,500.00 seorang.
Kemana hilangnya RM 38,000.00 lagi jika tidak kepada penyanggak rasuah dan para kroni mereka. Jangan biarkan BN/UMNO terus menipu kita semua. UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA. UNDILAH ABU (ASALKAN BUKAN UMNO).

Sunday, December 18, 2011

ZAMAN PEMIMPIN YANG BANYAK CAKAP TAPI NO ACTION DITOLAK

Jika kita merujuk kepada tajuk politik dan kepimpinan. Seorang ahli politik yang ingin menjadi pemimpin memerlukan gaya pidato yang mampu memukau para pendengar dan pengikutnya.
 

Hitler dan Sukarno dikenali sebagai karisme yang mampu memukau hadirin dengan gaya pidatonya.

Tapi itu dulu. Zaman dimana rakyat lebih banyak mendengar dan akur kepada pemimpin.

Sekarang dah ramai yang mampu bercakap berjam-jam tanpa henti. Daripada seorang yang pendiam kita boleh menghadiri kursus pengucapan umum yang membuatkan kita lebih yakin bila berucap. Lebih sempurna jika individu itu dapat menguasai ayat al-Quran, hadis atau sekurang-kurang falsafah hidup tokoh-tokoh tertentu.

Ada satu macam penyakit bila mereka ini mula memegang mikropon  - hilang ingatan dan tumpuan. Mereka mula bercakap apa sahaja tanpa membaca bahasa tubuh badan dari pendengar. Bolehlah kita katakan mereka ini syok sendiri.

Adakah mereka sedar zaman sekarang rakyat lebih memerhatikan apa tindakan yang telah mereka laksanakan.


Sekadar beberapa contoh pemimpin yang mendapat penghormatkan dari rakyat. Lim Guan Eng dan Ahmad Neejad adalah antara pemimpin yang lebih mengutamakan tindakan yang telah dilakukan berbanding apa yang telah mereka ucapkan.

ABBY ABADI BERTUDUNG SEMASA KULIAH MAGHRIB AZHAR IDRUS DI BANGI




Bekas lakinya Norman masih lagi AJK Umno ke?

Thursday, December 15, 2011

NAJIB PUKUL SHARIZAT SINDIR MAHYUDDIN

SEJAK semalam kecoh apabila penyokong-penyokong Shahrizat Jalil tokey LEMBU NFC (National Family Corruption) menyerang Ketua Umno Cheras kerana baru-baru ini beliau mendesak Shahrizat meletak jawatan. Rujuk sini [Utusan]

Beberapa keping gambar turut disebarkan kepada umum di dunia maya di bawah ini sebahagian gambar-gambar yang dimaksudkan.



Samseng-samseng penyokong Shahrizat dikatakan tidak berpuas hati bila tuan mereka disuruh meletak jawatan. Mana boleh beb, kalau Shahrizat letak jawatan, samseng-samseng ni nak makan apa?



Inilah wajah-wajah samseng Umno yang mempertahankan pemimpin korup. Projek Lembu Negara dengan wang rakyat RM250 juta diberikan kepada keluarga menteri yang tiada pengalaman menternak lembu.

Sudah terang lagi bersuluh begini pun masih ada orang yang nak pertahankan. Bila ada pemimpin Umno yang mendesak Shahrizat letak jawatan, pemimpin itu pula diserang oleh samseng.

Sementara itu sosek-sosek dikalangan wanita umno kian menjadi-jadi. Jika dulu tumpuan mereka lebih kepada mempertikaikan Rosmah bini PM. Kini mereka lebih tertumpu untuk mendesak Sharizat untuk meletakkan jawatan. Adakah skandal 'cowgate' ini akan menyebabkan BN tersungkur seperti mana Nixon tersungkur oleh skandal watergate?



Tuesday, December 13, 2011

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM 500 .pdf

Download borang bantuan RM500.00

ZAHID ATM: KERA DIHUTAN DISUSUKAN SOJAR SENDIRI TAK CUKUP MAKAN


Wa akui wa bukan kaki bola. Walaupun pernah beberapa kali menyarung jersi pasukan dan beberapa kali menjaringkan gol termasuk gol ke gawang sendiri dan juga kerapkali ditangkap kerana ‘curi ayam’. Nama pun perlawanan dan febret wa ialah kalah tetapi sesekali refree bagi rasuah untuk menang (ingat bukan wa bagi tapi refree bagi).

Tapi wa musykil sikit pasal team bolasepak ATM 2012. Gempak oii. Ada  Aidil dan Zaquan, penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus. Semua x pemain N.9. Tak masuk lagi Hairuddin Omar dan   pemain Awang Hitam entah apa namanya. Jurulatih pun top – B. Sathinathan

Pendek kata memang mantop team ATM ini tahun depan.

Wa musykil kerana antara masalah utama yang dihadapi oleh setiap team bolasepak ialah gaji dan kebajikan pemain. Safee pindah ke Indonesia kerana ditawarkan gaji RM 30 ribu sebulan beb. Team kat Malaysia tak mampu bagi. Yang lain kita letaklah range 10 ribu hingga 20 ribu. Lu pikirlah sendiri jumlah gaji pemain, jurulatih, pengurus dan pengurusan. Wa congak mau dekat RM0.5 juta sebulan. Wow…

Kat mana ATM nak cekau duit ni beb. Kalau team lain mereka  ada hasil dari cukai dan  keuntungan. Dari mana Pak Zahid dapat duit itu pandai dia lah. Hadiah? Jualan tiket? Penajaan? Lu ‘list’kanlah. Biasanya yang jadi pengurus ni ada kaitan dengan orang politik kerana mereka pandai cari duit. Gua bukan pengurus sukan jauh sekali sebagai orang politik.

Wa suka sojar-sojar kita main bola. Nampak cergas dan tangkas. Sebagai pejuang maupun sebagai pemain. Tapi daripada bayar ratusan ribu kepada ‘orang luar’ kan lebih baik beri insentif yang lebih dikalangan sojar-sojar yang berbakat. Wa pernah lawan bola dengan sojar ni. Mereka ada skil tersendiri terutama sekali bila bermain sewaktu hujan. Keting mereka Ya Rabbi. Cuma wa rasa mereka ni kureng displin dan semangat kesukanan. Cuba perbaikilah. Itu hanya pandangan wa sahaja.

So… Majulah sukan untuk Negara. Jangan mensukankan Negara untuk maju.

Monday, December 12, 2011

Intipati 10 agenda Negara Berkebajikan

1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih

-memperkukuh sistem federalisme
-memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa
-sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih
-memulihkan agensi-agensi awam
-mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam

2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu
-memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial
-menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai

3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
-menyusun kembali keutamaan pembangunan
-penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan
-membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham
-menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan

4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
-memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
-mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional
-menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
-memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf
-memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid
-meminimumkan karenah birokrasi
-meningkatkan harga hartanah rakyat
-membanyakkan jumlah perumahan kos rendah dan mampu milik
-mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar

7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
-memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia
-mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa
-
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
-mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat
-mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam
-menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
-menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.
-meminda akta berkaitan dengan gaji minimum
-meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia

10. Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

Saturday, December 3, 2011

TIADA LAGI LIPUTAN PAU MULAI TAHUN DEPAN

Perhimpunan Agung Umno 2011 ini adalah yang terakhir dapat dikuti secara langsung dan juga liputan berleluasa. Naik sebu telinga dan juling biji mata melihat pembohongan, mengampu sampai meremang bulu tengkok dan terselit kata-kata nista yang sewajarnya tidak lulus untuk penyiaran.
NONE
Apa reaksi rakyat?

Setiap kali channel tv menunjukkan muka perwakilan berbahas maka channel akan berubah. Last sekali terpaksa ‘layan’ berita mandarin NTV7. Ciss kat situpun ada muka-muka lahabau. Jawapnya tutup tv ajelah
.
Kata member kamcing,”Bagilah can pada lahabu-lahabu tu. Ini mungkin ini kali terakhir persidangan mereka tu keluar tv.”

Secara rela paksa kita terima ajelah dulu. Mungkin ada bagusnya disiarkan liputan perhimpunan itu. Rakyat dapat menilai sendiri betapa kualiti perbahasan begitu menurun. Tidak ada isu-isu perbahasan kehadapan baik bab pembangunan, agama hatta bab kebajikan pun tidak disentuh secara serius.