Tuesday, January 31, 2012

HASAN ALI DI BANGI DENGAN ‘THIRD FORCE’ YANG SONSANG.

Benarkah wujudnya kuasa ketiga dalam politik Malaysia?

Ramai yang hadir pada ceramah ‘roadshow’ Dato’ Hasan Ali (DHA) di Bangi tercari-cari apa yang diwar-warkan sebagai ‘third force’ dalam politik Malaysia agak kecewa kerana apa yang DHA canangkan lebih mengkritik sebab-sebab beliau dipecat dari PAS.

Pada mereka jika benar-benar kuasa ketiga itu dibentuk kenapa DHA hanya menyerang satu pihak sahaja iaitu Pakatan Rakyat. Barangkali memang benar rungutan hadirin yang sudi mendengar ceramahnya bahawa DHA lah yang sebenarnya  telah lari dari perjuangannya. Jika dulu sosok tubuh itulah yang mengkritik segala penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan keruntuhan moral yang diransangkan oleh pentadbiran UMNO/BN. Kini dia turut merestui segala kemudaratan yang telah UMNO/BN lakukan.

Rakyat yang sedia membenci UMNO/BN akan bertambah kebencian mereka bila mengetahui bahawa UMNO/BN adalah pihak dibelakang tabir penubuhan kuasa ketiga ini dan beberapa NGO yang dijadikan sebagai kuda tunggangan mereka. Istilah tidak memihak kepada mana-mana parti adalah tindakan cuba mengaburi mata rakyat kerana jelas dari apa yang mereka usahakan itu,  mereka sebenarnya adalah bidak-bidak UMNO/BN yang dicaturkan perjuangan mereka.

Thursday, January 19, 2012

UMNO RISAU PENGARUH MEREKA TERHADAP JAIS DAN MAIS TERHAKIS OLEH ROMBAKAN EXCO SELANGOR.

Buku bertemu ruas. Barangkali itu adalah bidalan kata yang sesuai mengambarkan kontrovesi pemecatan Dato’ Hassan Ali dari jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.  Jawatan itu kini disandang secara terus oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Maka riuhlah puak-puak Umno menjaja bahawa PAS telah dikesampingkan termasuk dari bekas exco itu sendiri yang kini gemar menggunakan media lawan yang dulu dikutuk dan dicemuh kerana kredibiliti mereka dalam penyiaran.

Hakikatnya umum sedia mengetahui bahawa walaupun Pakatan Rakyat telah menguasai Selangor secara demokrasi. Namun Umno meneruskan penguasaan mereka secara gelap dengan mempengaruhi pegawai-pegawai yang dulunya dilantik secara merit politik oleh mereka. Keterlibatan kuasa Umno dalam JAIS dan MAIS dan sering cuba mengaitkan kuasa Sultan mencampuri urusan pentadbiran negeri begitu ketara dalam beberapa kes.

Keterbukaan dan kelunakan exco sebelum ini diambil kesempatan oleh Umno mencetuskan beberapa isu. Latar belakang bekas exco yang tidak menerima tarbiah PAS dari awal merumitkan lagi aspirasi yang hendak didokong oleh perjuangan parti itu. Dari satu sisi yang lain kepimpinan PAS begitu berhati-hati agar  krisis yang pernah berlaku dengan pihak MAIK serta  istana di Kelantan dan boikot dari pihak kakitangan kerajaan di Terengganu dihindarkan sebaik mungkin.

Pertukaran portfolio yang dilakukan ini  jika diperhatikan adalah langkah pembetulan dan pembersihan yang cuba dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Pimpinan PAS pula seharusnya menggunakan ruang dan peluang ini untuk mengukuhkan pentarbiahan terutama sekali dikalangan belia yang menjadi nadi pembangunan dan berusaha meraih semaksima mungkin sokongan politik daripada mereka.

Wednesday, January 18, 2012

Hobi bekas menteri ni ratus ribu. Hobi kita dok main angry bird aje.

Bekas Menteri Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan dari UMNO, Azalina Othman hari ini mengaku bahawa beliau telah menerima RM300,000 dari Ahli Perniagaan Johor, Yahya Abdul Jalil.


Bagaimanapun beliau menafikan RM300,000 itu adalah rasuah.

Menurut Pegawai Medianya Zulkifli Mat Rawi, cek bernilai RM300,000 yang diterima dari Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Gerbang Perdana itu adalah hasi jualan sebuah kereta klasik milik Azalina.

Tambah Zulkifli lagi “Dua tahun lalu ketika Azalina masih merupakan seorang Menteri Kabinet, beliau telah membeli sebuah kereta klasik iaitu Mercedes Benz 280SL (1969), Itu adalah hobinya.
 

Kemudian apabila beliau menyedari bahawa untuk menyelenggara kenderaan sedemikian ianya memerlukan belanja yang tinggi dia telah menghentikan hobinya itu lalu mengiklankan kereta tersebut untuk dijual kepada pembeli yang berpotensi.
 

Bulan March tahun lalu, Yahya telah menghubungi Azalina dan kereta tersebut telah dijual kepada Yahya”.

Zulkifli bercakap bagi pihak Azalina yang merupakan Ahli Parlimen P157 Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Pelancongan dari March 2008 hingga April 2009 dan Menteri Belia dan Sukan pula dari March 2004 hingga March 2008.


Hobi kita dok main angry bird aje. Mana boleh celen.

Tuesday, January 17, 2012

LANTIKLAH SIFULAN KERANA DIA LEBIH LAYAK DARI AKU

Satu adab jika diperhatikan kekal melekat pada PAS dari dulu sehingga sekarang ialah "lantiklah orang lain kerana mereka lebih layak dari aku"



Kontradit dalam umno yang sanggup melobi untuk sesuatu jawatan.

Adakah adab dan budaya ini kan kekal?

Thursday, January 12, 2012

KONTRAKTOR SAMPAH RUGI RM 200 RIBU SEBULAN

Telah bertahun mereka ini mendapat duit yang banyak hasil dari sampah. Mereka ini digelar OKU. Orang Kuat Umno dan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mereka masih berpeluang mencari makan dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Dah 4 tahun diberi peluang cukuple tu Johan. Tak cukup lagi ke Fathil.?

Kalau masa BN dulu jangan haraplah OKP (Orang Kuat Pembangkang) dapat kumpul duit banyak-banyak macam kau orang berdua sedang nikmati sekarang. nak dapat kontrak kena sain jadi ahli umno dulu baru dapat kontrak. Cukup bulan atau bila diperlukan sediakan cek kosong. Tapi jangan lupa sain pulak.

CUKUPLAH. Melayu lain pun nak caru duit juga. Takkan melayu umno sahaja dapat duit.



Janganlah sabotaj melayu lain cari makan.

Tuesday, January 10, 2012

PM Najib kata PRU 13 kena buat awal elak Umno berpecah. Pasaltu beri benda ni..


Dalam tidor-tidor Pak Lah tu Najib pun tidor juga. Sekurang-kurangnya rakyat tak perlu menyerah diri kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pada zaman Pak Lah. Bayar cukai jalan di mana-mana pejabat pos  dapat RM 500/=.

Kajian tidak rasmi menunjukkan ramai orang cina tak hantar borang BR1M ni. Tak kurang juga ramai yg kecewa terutama bila bini gaji RM 2000/= sedangkan dia baru bergaji RM 1500/=. Walau tanggungan anak 8 orang tetap tak layak.

Yang berniaga pasar malam full time takut di 'fool' kan oleh kerajaan. Nanti dapat RM 500/= kena bayar kat kerajaan RM 5000/=.

Kepada 75% rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rekod dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Selamat Mencuba nasib anda.

Sunday, January 8, 2012

SETELAH ANWAR DIBEBASKAN RAKYAT MEMBICARAKAN HASSAN ALI


BEBAS.
Ada yang datang seawal 5 pagi kerana menjangkakan hari ini akan berpanjangan. Namun tidak sampai satu jam hakim memutuskan Anwar dibebaskan dari tuduhan. Alasan bukti tidak mencukupi.

Seharusnya awal-awal lagi kes ini telah ditolak kerana terlalu banyak prejudis dan double-standard yang dilakukan.

Kita bersyukur kerana kehakiman telah memilih laluan yang seharusnya dirintis lebih awal. Sekurang-kurang kini rakyat masih meletakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman negara.

Kini rakyat teralih untuk membicarkan Hassan Ali yang gemar membuat press conference(pc). Apakah pc itu nanti masih memuncungkan mulutnya seperti setiap kali pc dibuat?