Friday, October 1, 2010

KABARE? WARAS

Bila orang jawa bertemu dialog pembuka bicara ialah kabare (apa khabar). Maka jawapan yang pasti ialah waras (khabar baik).

Waras dalam maksud yang sebenar ialah berfikiran waras tidak terganggu.

Dalam hal ini Ku Li masih waras belum menyatakan persetujuan untuk  samada untuk mengetuai jentera BN ataupun menjadi wakil BN (UMNO) dalam PRK Galas. Sebagai seorang veteran politik satu perkara yang paling penting ialah pendiriannya. Inilah harga diri yang tinggi dalam kerjaya sebagai ahli politik. Kerana kita sedia maklum ramai ahli politik bersikap hipokrit.

Dan mungkin kerana pendirian maka ahli parlimen DAP Perak, YB M. Kulasegaran  ingin meletak jawatan diperingkat negeri (Timbalan Pengerusi DAP).

Antara kepentingan parti dan pendirian individu akan meletakkan mereka disatu persimpangan, Jalan manakah yang bakal dipilih?

Thursday, September 30, 2010

EHSAN WARGA EMAS P.PINANG, PERKASA TERLIBAT?

Mengulas mengenai tohmahan satu pihak yang mendakwa bahawa pemberian wang ehsan RM 100 kepada semua warga emas P.PinangYAB Ketua Menteri , Lim Guan Eng berkata,“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,”

Media perdana cuba memanupulasi isu ini dengan berita 40 orang warga emas memulangkan semula wang tersebut. Dalam hal ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berpendapat ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

Kes seperti ini berlaku pada Jawatankuasa Surau Al-Huda yang telah digantung oleh JAIS. Sekumpulah ahli PERKASA cuba mengaut keuntungan politik dengan menawar bantuan yang sama. Tidak mustahil pihak UMNO akan menggunakan cara yang sama cuba mempengaruhi warga emas yang terlibat kerana selama ini pun itulah kerja mereka. Menjadi  musang berbulu ayam.

(Satu pesanan diterima memaklumkan bahawa YB Teo Nie Ching akan dipanggil untuk memberi keterangan di IPD kajang pada 2 oktober(Sabtu) jam 10 pagi esok. Diharapkan semua dapat bersama-sama menyatakan sokongan kepada beliau dan juga sokongan dalam menjelaskan Islam yang sebenar kepada JAIS.)

Friday, September 24, 2010

SELERA MAKAN BERTAMBAH BILA BINI PUAKA TAK KACAU

Sekumpulan 4 orang mahasiswa Universiti Malaya yang menghadapi tuduhan membakar carpet yang bakal dilalui oleh ‘Big Momma” dan menconteng dinding dengan perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) UM pada 24 Jun tahun lalu.sebelum kedatangan isteri perdana menteri itu dibebaskan dari tuduhan tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kira-kira 60 orang penyokong mereka terdiri dari mahasiswa 4 dari 4 buah universiti di Lembah Kelang menyambut kemengan mereka dengan melaungkan slogan ‘Bangkit Mahasiswa’ dan “Student Power’.

Kemengan ini sudah dijangka kerana pertuduhan terhadap mereka dengan saksi-saksi dari pihak keselamatan UM adalah tidak jelas. Namun ramai menjangkakan akan ada ‘tangan-tangan’ yang cuba mempengaruhi keputusan penghakiman. Apakah akan ada tindakan ‘tak dapat tanduk telinga dipulas’?Memandangakan kemenagan ini sedikit sebanyak akan menaikkan semangat dikalangan perjuangan mahasiswa ke arah lebih berkeyakinan untuk menentang dasar-dasar kerajaan yang membelakangkan kepentingan rakyat.

Wednesday, September 22, 2010

MUNAJAT 40.40.40 PILIH BANGI SEBAGAI PELANCARAN

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat memilih Bangi sebagai tempat pelancaran bagi Lembah Kelang pada 14 November ini. Majlis akan disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata misi menghantar 40 orang guru pondok ke Mekah selama 40 hari dan 40 waktu bermunajat memohon pertolongan dari Allah agar hak rayat Kelantan terhadap hasil minyak dikembalikan. Misi itu memerlukan perbelanjaan RM 400 ribu bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut. Misi itu akan bermula selepas musim haji sebaik sahaja urusan visa diselesaikan.

Sejak dilancarkan pada 11 September dulu tabung itu telah berjaya mengumpulkan lebih dari RM 20 ribu.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat  bersama di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Mengulas mengenai rancangan tersebut, ADNS(Ahli Dewan Negeri Selangor) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak penganjur merasa amat berbesar hati dengan pemilihan Bangi sebagai tempat pelancaran. Sehubungan dengan itu beliau akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama terdiri dari warga Bangi bagi membantu majlis tersebut.

“Majlis tersebut akan diadakan pada 14 November ini bertempat di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Ini adalah kali kedua kita bekerjasama menganjurkan program sedemikian,” katanya.

Beliau mengharapkan majlis itu dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.

(Tang munajat ini jangan buat main. Doa mereka yang teraniaya direct tanpa hijab. Adakah selepas ini Najib akan mengarahkan 40 ulama muda UMNO melakukan pekara yang sama?)

Tuesday, September 21, 2010

KERANA GLC RAMAI BERUBAN DAN BOTAK

Kerana bersaing dengan GLC ramai korporat Malaysia samada rambut penuh beruban ataupun botak?

nazir-razaktony fernandes

 

 

 

 

 

 

 

 

Tatapi bukankah botak dan beruban tu melambangkan kemewahan seperti mereka ini.

taib mahmud Tan-Sri-Rozali_photo

Patut belajar dari dia ini?

rosmah nyanyi

BERAYA DENGAN BENDERA PAS DI MELAKA

Dalam perjalanan balik kampung beraya di Melaka saya suka melihat satu pemandangan yang ‘sejuk mata memandang” – jajaran bendera PAS yang berkibaran. Cuma pada tahun ini(1431) di Semabok yang terkenal sebagai antara kubu kuat PAS pemadangan itu kurang menyerlah berbanding tahun lepas. Menyusuri jalan terus ke Muar betul-betul pada satu simpang sebelum memasuki Medan Ikan Bakar Umbai disitu mata ditumpukan. Sebuah rumah kecil dipersimpangan memasuki sebuah perkampungan, Kampung Bukit Kecil, Pernu, Melaka. Pemandangan yang menyebabkan kita berasa di alam lain. Meremang  bulu tengkok  saya melihat bendera PAS berkibar berjajaran mengelilingi rumah tersebut. Sambil hati tertanya ada program ceramah ke di pagi raya nanti?

bk 2 bk 1

Hajat singgah menziarahi ditunaikan. Kebetulan ada beberapa jemaah sedang khusyuk bergotong royong membersih dan menghias rumah tersebut yang sebenarnya adalah markas PAS bagi cawangan Bukit Kecil- PAS Kota Melaka. Salam dihulurkan memperkenalkan diri dari Bangi Bandar Ilmu. Kata mereka inilah sahaja yang mampu mereka buat untuk menzahirkan rasa cinta pada perjuangan PAS. Setiap tahun menjelang raya markas PAS itu akan dibersihkan dan diperindahkan. Bendera kusam PAS malah ada yang carik diganti dengan baru untuk terus berkibar untuk tahun berikutnya.

Sebagaimana kagetnya saya melihat bendera PAS mereka juga kaget mendengar nama Bangi. Mereka berkata Bangi beruntung kerana Allah telah meberi kemenangan pada perjuangan PAS.

“PAS di Bangi telah berjaya dengan majoriti yang tinggi. Kami disini walaupun dikalahkan dengan majoriti dibawah 2500 sentiasa berharapa agar kami dapat bersama Bangi mencipta kemenangan buat PAS dalam PRU ke13 nanti. Untuk itu ini adalah antara usaha kecil kami. Namapun Bukit Kecil jadi kecillah juga usaha kami ini.” selorohnya sambil tersenyum. Satu yang tipikal untuk orang Melaka bahasa yang munkin agak kasar namun kemesraan mudah dijalin.

Sambungnya lagi,”Kau kat Bangi mungkin lebih hebat. Bagaimana keadaan disana?”

Satu pertanyaan yang membuat saya terkedu untuk menjawabnya. Dengan senyum kelat saya cuma mampu menjawab,”Alhamdulillah.”

Buat sahabat di Bukit Kecil saya hanya mampu memanjangkan salam perjuangan mereka yang gigih kepada sahabat yang lain yang membaca artikel ini. Dan juga menyebarkannya kepada yang lain.

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi:-

SDR. ZAKARIA MD. SEH (016-2712359) – Ketua Cawangan  atau SDR. RAMLI KHAMIS (017-6526348) – Bendahari

(Mereka amat memerlukan bantuan kepakaran dalam bidang IT dan sedkit bantuan kewangan)

Terima kasih kepada mereka yang sudi memanjangkan artikel ini.

Monday, September 20, 2010

KUASA MEMBERI TAULIAH PADA JAIS KENAPA TIDAK DIPERTURUNKAN?

  Jika sebelum ini MAIS dan JAIS bertindak pantas (tanpa siasatan) mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang kerana membenarkan YB Teo Nie Ching berucap dalam surau tersebut sewaktu majlis penyampaian cek bantuan. Kita didedahkan oleh perbuatan yang sama oleh ‘Ustaz Kamalnathan” yang menyerahkan cek bantuan di Masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor. Kita juga didedahkan akan kehadiran Pengerusi MAIS dalam program yang melibatkan ahli politik bukan Islam memakai baju berlogo politik sewaktu berkempen di Masjid Felda Soeharto(RUJUK LINK). Tetapi kita seperti biasa tidak mendengar sebarang tindakan terhadap peristiwa tersebut. Jelas ada polisi ‘double standard’ yang berlaku dalam pentadbiran MAIS

Kita juga terpaksa menerima beberapa tindakan yang tidak profesional ‘mereka-mereka’ ini dalam pemberian tauliah samada untuk menyampaikan khutbah Jumaat atau tazkirah di surau dan masjid dalam Selangor. Sewaktu pemerintahan BN hanya mereka yang diberi tauliah sahaja dibenarkan membaca khutbah dan tazkirah. Kuasa memberi tauliah ini terletak pada pentadbiran Jais yang diketuai oleh pangarahnya Mohd Khusrin Munawi. Sehingga itu berbagai syarat dikenakan bagi mendapatkan tauliah ini. Syarat utama ialah tidak boleh bercakap mengenai politik dalam khutbah atau tazkirah. Perlanggaran syarat ini(oleh pihak UMNO) telah banyak kali didedahkan tetapi sehingga ini tiada satupun tindakan yang diambil samada oleh JAIS ataupun MAIS.

Nazir atau pengerusi masjid teragak-agak untuk membenarkan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat samada untuk memberi khutbah atau memberi tazkirah disurau atau masjid mereka kerana takut disalah tafsirkan sebagai berpolitik dalam masjid atau surau. Apakah setiap ayat yang ingin disampaikan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat ini ini disifatkan politik? Adakah seruan untuk meningkatkan dakwah dengan mengimarahkan masjid dan surau juga dianggap berpolitik?

Dalam waktu yang sama kita juga didedahkan ramai pemimpin UMNO bukan sahaja bebas menggunakan surau atau masjid untuk berbagai program bahkan lebih teruk lambang parti samada pada baner, bendera atau beg digunakan. Ini tidak termasuk dalam ucapan aluan yang mengangkat nama ketua cawangan atau bahagian yang hadir.

Apakah keadaan ini perlu dibiarkan berterusan semata-mata tidak mahu berkonflik dengan pihak istana? Sedangkan disatu pihak lain mereka seolah menjadikan jawatan yang dilantik dan kuasa yang mereka ada seolah mendapat restu sepenuhnya dari pihak istana? Jangan biarkan ‘duri dalam daging’ ini menganggu gugat pentadbiran Pakatan Rakyat. JAIS dan MAIS perlu dibersihkan dan dilihat sebagai satu institusi yang benar-benar bebas.