Thursday, February 26, 2009

PELURU PEMUDA UMNO

(dari malaysiakini)

Karpal Singh menerima penagan kerana men'celaka'an pemuda UMNO. Beliau telah dikepung oleh kira-kira 30 orang yang dikenal pasti sebagai pemuda UMNO ketika ingin masuk ke pintu utama bangunan parlimen. Dewan semalam gawat apabila Karpal Singh mendakwa menerima ugutan berserta dua butir peluru hidup.

Tindakan mengepung dan mengasari seorang ahli parlimen amat dikesali apatah lagi berlaku kepada orang kurang upaya.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetapi saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Kejadian ini difahamkan pertama kali berlaku di parlimen, tempat perundangan digubal. Ini mencerminkan sikap pemuda UMNO yang sebenar.

Monday, February 23, 2009

PPSMI: ADILKAH UNTUK PELAJAR LUAR BANDAR?


Menguasai pelajaran dan menguasai bahasa Inggeris yang menjadi pengantar kepada pelajaran adalah dua usaha yang berbeza. Jika ianya ingin dilakukan serentak maka berlakulah ketidakadilan dalam pendidikan terutama kepada pelajar luarbandar. Apa yang perlu ditegaskan disini ialah bantahan kepada PPSMI bukan bermakna kita meminggirkan bahasa Inggeris. Islam meletakkan kewajipan menuntut ilmu ditempat yang tinggi. Yang menjadi persoalan ialah dasar PPSMI telah dibuat tanpa mengambilkira pandangan tokoh-tokoh pendidikan. Ada pihak tertentu yang mendapat keuntungan dengan membekalkan peralatan sokongan kepada PPSMI.

Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 mendapat tentangan hebat terutama pada kalangan tokoh-tokoh pendidikan di Bangi. Pernah diadakan satu forum membincangkan perkara tersebut pada tahun 2004 di Bangi. Antara tokoh yang terkenal membantah PPSMI ialah Prof. Shahrir Mohd. Zain. Berpuloh tahun beliau berkhidmat di UKM sebagai profesor matematik dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar. Antara yang diingat ialah perkataan "epsilon" ditukar kepada "terendak". Setelah enam tahun kini suara bantahannya dapat disatukan dengan suara rakyat. Tarikh 7 Mac dinantikan.