Sunday, April 29, 2012

Najib dah minta maaf. Media perdana n polis bila lagi?

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
radzi razak najib 290412Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atasinsiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.




Jika benar Najib ada berbuat demikian maka dimanakah Hishamuddin nak letak muka apabila memperkatakan bahawa PDRM telah bertindak dengan penuh profesional?


Barangkali skrip yang dilemparkan pada Najib tidak diterima oleh Hishamuddin. Bidasan awal Menteri Dalam Negeri itu ternyata merestui keganasan yang dilakukan oleh PDRM. Bila menyedari banyak pihak terutama media luar negara mengecam tindakan itu maka Najib mengambil tindakan sebaliknya kerana memikirkan implikasi politik yang semakin membebankan kerajaan pimpinannya.










Saturday, April 21, 2012

PERBANDINGAN PROGRES PELAKSANAAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DAN MANIFESTO BN DI MALAYSIA

Modal Umno/BN menjelang PRU13 ialah dakwaan mengatakan PR tidak melaksanakan janji-janji mereka. Disertakan rajah membentangkan perlaksanan (Manifesto) di Selangor. Bagaimana pula janji-janji BN semasa PRU12 dulu?

Friday, April 20, 2012

MEMAHAMI BAHASA ANAK MUDA

Bahasa tangan dari anak muda yang menyertai 'Occupy Dataran'

Agak-agaknya boleh ke dipraktikkan semasa mesyuarat?

Jom kita berlatih menggunakannya.

Monday, April 9, 2012

JOM BERANAK DI SELANGOR

KLANG, 8 APRIL : Banyak program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, dasar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengutamakan kebajikan rakyat itu diberi tanpa mengira usia mahupun bangsa.
Program yang baru diperkenalkan iaitu Jom Shopping ‘Bonus Selangorku’ umpamanya, membawa kegembiraan kepada ahli-ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di negeri ini.
Inisiatif tambahan itu diberikan kepada ahli TAWAS berupa baucer membeli-belah bernilai RM100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak-anak TAWAS.
Ditemui SelangorKini pada Majlis Pelancaran program itu bagi kumpulan pertama di Econsave Kg Jawa, baru-baru ini, tiada kata-kata lain yang diucapkan penduduk, melainkan terima kasih kepada kerajaan PR dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.
Seorang penerima, R.Sakulthala, 42, mengakui amat terharu dengan keprihatinan kerajaan kerana bantuan RM100 kepada anaknya itu dianggap amat besar.
Katanya, beliau berpuas hati seratus peratus dengan bantuan itu yang sedikit sebanyak membantu membeli barangan keperluan anaknya bagi meringankan beban suaminya.
“Saya amat bersyukur kerana kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat di negeri ini tanpa mengira keturunan mereka.
“Wang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli makanan dan baju baru sebagai hadiah kepada anak saya yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya minggu depan,” katanya.
Penerima lain, Mohd Saifuddin Azlan, 35, program baru itu merupakan program yang baik kepada penduduk negeri Selangor.
Katanya, walaupun jumlah itu tidak seberapa banyak tetapi sedikit sebanyak membantu keluarga membeli keperluan anak masing-masing.
“Sebagai rakyat negeri ini, saya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas inisiatif ini dan saya gembira dengan ‘hadiah’ untuk anak saya daripada Menteri Besar ini.
“Saya juga berharap kerajaan negeri dapat memerintah negeri ini dengan baik dan banyak lagi manfaat dapat diberikan kepada rakyat,” katanya.
Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan daripada Geran Selangorku untuk program terbabit.
Bagi fasa pertama, sejumlah RM1.6 juta diberikan kepada ahli-ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008 yang diberikan mengikut bulan kelahiran.
Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka semula pendaftaran bagi bayi yang lahir pada tahun 2008 supaya boleh mendaftar seterusnya mendapat manfaat itu dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun bermula kini.
Sehingga Mac 2012, sebanyak RM3.47 juta dikreditkan ke dalam akaun ahli TAWAS dan sehingga April 2012, pendaftaran yang dicatatkan sebanyak 76,528 ahli.

Friday, April 6, 2012

SIAPA DALANG CURI PASIR BATU 14 CHERAS?

SHAH ALAM,5 APRIL: ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei mendakwa masalah pencurian pasir di Selangor didalangi tauke dari sebuah parti komponen gagasan Umno-BN.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persepsi yang dihebahkan sebuah akhbar milikan parti komponen Umno-BN bahawa Kerajaan Selangor cuba menutup masalah kecurian pasir.
.
“Kita ada bukti dan surat menyurat yang menunjukkan dan mengesahkan bahawa dalang-dalang daripada parti …  Mereka inilah yang menggalakkan kecurian pasir.
“Ini adalah hakikat yang tidak boleh ditolak,” tegasnya ketika dihubungi.
Pada hari Selasa, Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Jabatan Parit dan Saliran, polis dan beberapa agensi lain menyerbu sebuah operasi perlombongan pasir haram di Batu 14, Cheras.
Alat dan jentera berat operasi itu dirampas dan pondok-pondok yang didirikan di lokasi tersebut diroboh.
Akan tetapi, akhbar Bahasa Inggeris The Star melaporkan yang beberapa ADUN Umno-BN mengkritik operasi tersebut kerana penguatkuasa tidak menangkap seorang pun pencuri pasir yang berada di situ.
Shuhaimi hari ini menyangkal dakwaan yang Kerajaan Selangor cuba melindungi pencuri pasir.
“Kecurian pasir ini adalah jenayah, dan jangan cuba kaitkan bahawa kerajaan negeri melindungi apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tertentu yang cuba menggambarkan wujudnya perlindungan dan kerajaan negeri cuba menutup kes kecurian pasir itu,” katanya.

Wednesday, April 4, 2012

RIZAB MELAYU TG KARANG TERGADAI DIMANA UMNO TG KARANG

SHAH ALAM, 4 APR: Hutan Rizab Banjar Selatan yang terletak di Mukim Api-Api, Tanjung Karang musnah begitu sahaja apabila kerajaan negeri terdahulu menyerahkan tanah seluas 86 ekar itu kepada Api-api Aquaculture Sdn Bhd.
Hutan paya bakau bernombor PT 3797 yang merupakan kawasan pemampan semulajadi hakisan pantai itu telah diteroka bagi membolehkan aktiviti ternakan udang harimau dijalankan di kawasan terbabit.
Menurut Naib Yang Dipertua Pas Tanjung Katang, Misran Serman hari ini, projek ternakan udang harimau tersebut telah menyebabkan nelayan tempatan kehilangan pendapatan sampingan.
“Apabila pantai hutan paya bakau diteroka ia telah menyebabkan hidupan marin seperti mentarang dan kerang pupus di sini.
“Sepanjang pantai Selangor ini mempunyai benih kerang bermutu tinggi dan juga mentarang yang tiada di pantai-pantai negeri lain.
“Tetapi apabila pantai hutan paya bakau diteroka dijadikan tempat ternak udang ia menyebabkan kerang dan mentarang pupus di sini dan menjejaskan pendapatan nelayan pantai di sini,” kata beliau.
Misran turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan warta yang telah dibuat oleh Jabatan Perhutanan.
“Kerajaan Negeri dahulu memang tak hormat agensi-agensi kerajaan dan ini terbukti dengan tindakan yang tidak menghiraukan kawasan tersebut yang telah diwartakan sebagai Hutan Rizab Banjar Selatan oleh Jabtan Perhutanan.
Sementara itu dalam isu yang sama, hasil carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kepentingan Api-api Aquaculture Sdn Bhd dimonopoli oleh tiga pemegang syer bukan bumiputra.
“Saya dah buat carian di SSM, tiga pemegang syer syarikat Api-api  Aquaculture bukan bumiputera.
“Saya nak tanya Umno, betulkan mereka ini jaga kepentingan Melayu? Betulkah mereka ini tak gadai tanah Melayu?
“Saya tanya Umno sebab pada masa itu, mereka yang mentadbir dan berkuasa di negeri Selangor ini.
“Umno kena ambil perhatian serius apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor dalam Sidang DUN baru-baru ini berhubung usaha memelihara tanah rizab melayu,” katanya lagi.
Manakala hanya satu dari lima lembaga pengarahnya adalah bumiputra iaitu Abdul Wahab Bin Abdullah dan selebihnya berbangsa Cina.
Sehingga kini TVS masih belum memperolehi butiran lanjut berhubung ahli-ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.
Bagaimanapun menurut beberapa penduduk kampung yang namanya enggan didedahkan berkata tanah tersebut diperolehi melalui saluran politik ketika Umno menguasai kerajaan negeri.
Sebelum ini, tanah bernombor lot PT 115 yang terletak di Pekan Tanjung Karang milik kerajaan negeri telah dianugerahkan kepada Umno Bahagian Tanjung Karang.
Bagaimanapun, selepas itu Umno Tanjung Karang didakwa telah menjual tanah seluas 4370 meter persegi itu kepada Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd.
Tindakan tersebut sekaligus membolehkan parti itu memperolehi keuntungan ‘atas angin’ yang dipercayai mencecah jutaan ringgit.
Kes ini sedang dalam pertimbangan dan pengumpulan bukti oleh PR untuk diketengahkan sedikit masa lagi.

Sunday, April 1, 2012

NOH MAT JENIN

TANJONG KARANG,1 APRIL :Seramai 34 peserta penanaman Nenas berkelompok di Taman Agroteknologi (TKPM) di Bestari Jaya kecewa dengan sikap Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar yang didakwa lepas tangan ekoran kegagalan projek itu seraya menggesa beliau turun padang melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku dan berdialog secara terbuka.
Bertempat di Dewan JKKK Kampung Gulang-Gulang di sini,seramai lebih 10 peserta yang mewakili kumpulan itu menyatakan perasaan kesal dengan sikap Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga menteri bertanggungjawab.
Menurut penduduk, mereka kesal dengan tindakan Noh yang terlalu memihak kepada  pihak syarikat Grand Entity Holdings Sdn Bhd (GEHSB) yang didakwa mempunyai hubungan politik dengan beliau tetapi meminggirkan penanam nenas.
Dalam sidang media semalam, para peserta memprotes dengan Noh dengan pelbagai slogan yang berbunyi ” Kami Peserta Dianiaya,Noh Sila Jawab” , “Hamzah Penipu,Mana Duit Kami RM400,000″ dan “Noh Omar Sokong Pandi” sambil membawa sebiji Nenas sebagai simbolik mendesak Noh Omar agar serius menyelesaikan masalah itu.
Sementara itu menurut Surirumah, Salbiah Senan,50, yang ditemui berkata yang tidak mempunyai pendapatan  merasa kecewa dengan kejadian ini kerana dahulu beliau dijanji dengan pulangan yang lumayan menyertai projek ini.

Menurut jurucakap peserta penanaman Nenas, Mohd Fadzli Sharif, peserta terpaksa berhadapan dengan tuntutan mahkamah daripada pihak Agro Bank  di mana para peserta merasakan diri mereka dianiaya apabila janji untuk pulangan hasil projek ini dimungkiri.
” Masalah utama yang timbul sekarang ialah kegagalan GEHSB untuk membayar ansuran bulanan kepada Agro Bank. Akaun pinjaman telah tertunggak lebih setahun dan tuntutan saman berjumlah purata RM17,000 untuk seorang peserta.
“Pihak kami telah beberapa kali menemui pihak pengurusan GEHSB iaitu Hamzah Apandi untuk menyelesaikan masalah-masalah ini namun tiada apa-apa tindakan dan beliau dihubungi malah talian telefon juga tidak aktif,” katanya.
Fadzli menjelaskan, pihak Agro Bank sepatutnya menuntut bayaran bagi melunaskan pinjaman kepada pihak GEHSB kerana termaktub dalam akujanji bahawa syarikat itu yang akan membuat bayaran balik.
Beliau juga berkata,perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika hal sedemikian tidak menemui jalan penyelesaian seraya menuntut siasatan dilaksanakan pihak berkuasa jika wujud unsur salah laku.
“Pihak Agro Bank telah menyalurkan pinjaman atau dana sebanyak RM100,000 lagi dipercayai untuk memulihkan projek ini. Pihak kami hairan bagaimana Agro Bank begitu mudah menyalurkan pinjaman walaupun mengetahui keadaan GEJSB yang tenat dan tidak berdaya maju.
” Pihak Agro Bank juga perlu menarik balik segala tuntutan saman terhadap peserta kerana wang RM12,000 telah dikreditkan terus kepada akaun GEHSB dan akujanji daripada GEHSB untuk membayar balik pinjaman peserta perlu dikuatkuasakan,”katanya.
Tambah Fadzli lagi,pihak GEHSB telah berjumpa dengan Noh Omar dan membuat sidang akhbar menyatakan dakwaan kononnya pihak PKPS telah mengambil alih 50 ekar tanah untuk diusahakan tanaman nanas tetapi projek itu gagal.
“Kami menuntut agar segala bantuan,insentif dan apa jua kemudahan daripada LPNM diberikan kepada peserta.Pihak GEHSB perlu membayar hasil jualan Nanas untuk tahun 2010 dan 2011 mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.
“Pihak GEHSB perlu mematuhi terma-terma dalam perjanjian yang ditandatangani dengan peserta. Bukan niat kami untuk mempolitikkan perkara ini tetapi kami mahu hak kami sebagai peserta yang telah melabur lebih RM400,000 dalam projek penanaman Nanas ini,” katanya.
” Apabila kami mendapat surat saman, dan sudah jatuh hukum maka kita merasa sedih, minta pihak syarikat tersebut membayar hutang itu kepada pihak Agro Bank.
” Kami termakan dengan janji-janji yang akan diberi faedah-faedah dalam projek ini, jadi kami semua teraniaya,” kata.