18 Jan 2014: Jalan Reko, Kajang.
Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi satu program
menziarahi penduduk terutamanya kaum Cina telah diatur. YB Ustaz Shafie Ngah,
ADUN Bangi bersama beberapa orang sukarelawan dari Pusat Khidmat ADUN Bangi telah
turun padang ke Taman Seroja, Taman Jelita dan Taman Sungai Mas, Jalan Reko
Kajang. Turut serta bersama dalam program ini ialah sepuloh orang sukarelawan dari
Unit Amal Serdang dan dua orang pemimpin tempatan yang dikenali sebagai Madam
Khoo dan Pak Hamid.
Figure 1Beberapa orang pekerja kedai dobi mengambil
peluang bergambar bersama YB Ustaz Shafie Ngah
Sebanyak lima puloh buah rumah telah berjaya diziarahi.
Sambil mengucapkan ucapan “Xong Si Fa Chai” mereka juga mengedarkan limau
mandarin, kalendar dan akhbar Selangorkini versi bahasa Cina. Kesempatan turut diambil
untuk mendaftar beberapa orang warga emas yang layak bagi tujuan pemberian
baucer percuma seratus ringgit untuk Program Jom Shopping Tahun Baru Cina.
Figure 2:Mengedarkan buah limau mandarin disamping
mengucapkan "Xong Si Fa Chai"
Beberapa orang penduduk yang telah mengenali YB. Ustaz
Shafie Ngah kerana beliau pernah menjadi Ahli Majlis MPKj di kawasan itu sebelum
ini menyuarakan beberapa pandangan dan aduan bagi memperbaiki mutu perkhidmatan
pihak berkuasa tempatan (PBT).
Figure 3: Kunjungan ke Tokong Nan Hai Guan Yin Shen Xian
menemukan beberapa orang penduduk yang dulu mengenali YB sebagai Ahli Majlis
MPKj.
Setelah hamper tiga jam menziarahi penduduk di kawasan Jalan
Reko, YB Ustaz Shafie Ngah terpaksa bergegas ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bagi
merasmikan Program ‘Wonder Math’ siri ke-20 yang sedang berlansung.