Sunday, July 29, 2012

Janji TAK DItepati...

Kalau dah MP dari BN sendiri kata BN tak menepati janji mengapa rakyat perlu mempercayai kempen Janji Ditepati .

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.


Beliau  berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.


Sumber

Thursday, July 26, 2012

Monday, July 23, 2012

MAKHAMAH PUTUSKAN BERSIH TAK HARAM...

Provokasi media perdana masih lagi melabelkan himpunan Bersih 1,2 dan 3 adalah haram. Sedangkan Makhamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Bersih adalah entiti NGO yang sah. Beberapa persoalan yang perlu ditimbulkan ialah

1. Adakah mereka yang pernah melabelkan Bersih itu haram perlu meminta maaf.
2. Wajarkah Bersih sebagai entiti yang sah mengambil tindakan kepada pihak yang telah mencetuskan provokasi semasa himpunan dulu.
3. Wajarkah Bersih mengambil tindakan menghalang media perdana menyiarkan sebarang bentuk penyiaran yang memberikan imej yang negatif kepada Bersih.

Sunday, July 22, 2012

Kerana "Janji Ditepati" Penulis blog UMNO saman majikannya kerana tak bayar elaun

Sinar harian melapurkan bahawa Ahmad Faisal Mohd Yunos, penulis blog yang dipercayai ada kaitan dengan Ketua Menteri Melaka membuat aduan polis bahawa majikannya telah engkar janji. Beliau dijanjikan elaun bulanan sebanyak RM 3000 tapi majikannya cuma bayar RM 1000 aje.


Berita disini


Berkait dengan majikannya disini


Padahnya mempercayai slogan "Janji Ditepati"

Tuesday, July 10, 2012

PEMBANGKANG MAKAN GAJI BUTA

Ramai ADUN sebenarnya menjangkakan bahawa sidang dewan ke-11 dulu adalah yang terakhir sebelum PRU13. PM Najib dengan fatwa Rosmah mengheret mereka untuk kembali ke sidang dewan ke-12 yang bermula semalam (10/7/12). Ramai dari kalangan mereka mungkin lebih menumpukan agenda untuk menghadapi PRU13 berbanding hadir ke sidang DUN mengakibatkan dewan lenggang.

Apakah mereka ini yang dipilih oleh rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat sudah lupa tanggungjawab mereka? Gambar dibawah menunjukkan barisan pembangkang yang hampir kosong.