Sunday, July 3, 2011

PENERANGAN TATAKELOLA BERSIH 2.0

Pihak-pihak tertentu sedang mengalihkah perhatian rakyat dari tujuan sebenar perhimpunan Bersih 2.0 diadakan. Beberapa pendekatan digunakan untuk itu.
1.      -  Dikaitkan dengan huru-hara
2.       - Dikaitkan dengan kesesakan lalu-lintas KL
3.       - Dikaitkan dengan komunis
4.       - Dikaitkan dengan usaha tidak demokratik ke Putrajaya
5.      -  Dikaitkan dengan rasis serta peranan Ambiga

Seharusnya cacaian ini tidak perlu dihitungkan. Fokus Bersih 2.0 adalah
1.       1. Membersihkan Daftar Pengundi Induk (DPI)
2.      2.  Menreformasikan undi pos (undi awal spt didakwa SPR)
3.      3.  Menggunakan dakwat kekal bagi menggelakkan pengundian 2 kali
4.      4.  Tempoh berkempen minima 21 hari.
5.      5.  Akses media perdana yang bebas dan adil
6.       6. Kukuhkan institusi awam dari diperkudakan oleh parti politik
7.      7.  Hentikan rasuah dan politik kotor


Fokus kita adalah penerangan kepada rakyat kenapa Bersih 2.0 perlu diadakan. 7 tuntutan ini perlu diperjelaskan sejelas-jelasnya kepada rakyat.

Thursday, June 30, 2011

APA KATA OBAMA TENTANG BERSIH 2?


Apa yang terjadi selepas rampasan dan tangkapan?


Selepas menjalankan operasi menangkap mereka yang memakai dan menjual  T-Shirt kuning Bersih 2. Anggota polis sibuk menanyakan saiz apa sambil mengagihkan dikalangan mereka T-Shirt kuning yang baru mereka rampas. Tidak jelas samada mereka akan membuat provokasi semasa Bersih 2 atau mereka turut menyokong Bersih 2.


Thursday, June 23, 2011

Tuesday, June 21, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2- 7 @ 8?

Walau pun undian secara ‘on-line’ oleh The Star menunjukkan bahawa 99 % menyokong Himpunan Bersih 2 namun ramai yang masih belum jelas tuntutannya.Ada berbagai versi tuntutan Bersih 2. Ada yang mengatakan Bersih 2 adalah kesinambungan Bersih 2007 dengan penambahan dua tuntutan jadi jumlahnya adalah 6.

Ada yang mengatakan 7 tuntutan seperti dibawah ini:-
1) Pendaftaran pengundi secara automatik (21 tahun)
2) Sistem undi pos untuk para pengundi luar negara sahaja.
3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan;
 4) Capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti;
 5) Tempoh kempen minimum 21 hari;
 6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya;
 7) Menghapuskan rasuah pilihan raya

Ada yang kata 8 seperti dibawah ini:-
1. Bersihkan  senarai undi
2. Menreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5.  Akses media yang bebas dan adil
6. Kukohkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Apa pun semua pihak bersependapat pada tarikh 9 Julai 2011 dan masa pukul 2 petang. Tempat berkumpul di Sogo, Masjid Kg. Baru dan Bangunan DBKL (Dataran Merdeka). Jangan ada versi lain sudah.

Monday, June 20, 2011

NIAT SEBENAR IBRAHIM ALI MENENTANG BERSIH

Jika benar Ibrahim Ali seorang pejuang bangsa maka dari satu sudut BERSIH 2 sebenarnya adalah merupakan satu agenda perjuangan bangsa. Betapa bangsa melayu selama ini ditipu oleh pemimpin mereka yang terjerit-jerit melaungkan perjuangan nasib orang melayu. Namun nasib orang melayu tidak jauh berubah. Mereka yang hidup dibawah paras kemiskinan majoritinya masih orang melayu. Malang sekali majoriti  orang melayu ini masih  bergantung pada ehsan pemimpin umno yang hanya muncul menjelang pilihanraya.

Perkasa jangan perasan mereka sahaja boleh jadi gedebe.

Pemuda PAS sanggup menjadi perisai membentengi orang melayu dan kaum lain.




Ibrahim Ali dan gerombolannya  hanyalah terompah kayu untuk umno bersuara. Ehsan umno diperlukan agar kerjaya politiknya dilanjutkan. Ini melibatkan juga projek-projek ekonominya yang bergantung pada talian hayat survivalnya politik umno.

Friday, June 17, 2011

BENCI UMNO TAPI SUKA UM-NO

Kalau dulu, akhbar Denmark yang menghina Islam, tapi hari ini akhbar utama dalam negara kita yang menghina agama Allah yang maha suci. 
Justeru orang Islam diseluruh Negara diseru boikot Utusan Malaysia
"Kalau beli bermakna kita suburkan fitnah, lucah dan kita menghina Islam," 

(Sebelum ini kartunis Juragan telah melakukan kesilapan yang sama. Kini kartunis Miki turut sama. Apakah kartunis-kartunis ini bukan beragama Islam? Juragan = Mohd Desa Omar , Miki = Nazri Mohd Salleh)