Saturday, May 29, 2010

JUDI MERAPATKAN HUBUNGAN DAP-PAS

Satu artikel yang menarik dari tokpepijat dipetik habis tanpa edit.
Oleh tokpepijat

Dulu setiap kali PAS dapat menjadi kerajaan negeri selepas pilihanraya umum, maka berkunjunglah pimpinan tertinggi DAP mengunjungi MB baru Kerajaan PAS.

Oktober 1990, Lim Kit Siang bersama rombongannya mengunjungi MB Kelantan TG Nik Aziz di Kota DarulNaim. Perkara yang sama juga dilakukan pada November 1999 di Wisma DarulIman untuk kunjungan hormat berjumpa MB Terengganu TG Haji Hadi.


Umum melihat motif kunjungan pimpinan DAP adalah membawa mesej kebimbangan 3 perkara dari penduduk bukan Islam. Tiga perkara itu ialah Babi, Arak dan Judi.

Bagi DAP yang mewakili perasaan kebimbanganbukan Islam, jika PAS berkuasa 3 benda tentunya akan diharamkan. Barangkali itulah "ajaran sesat lagi menyesatkan" yang dipelajari dari UMNO.

Kini, masa dan keadaan telah berubah. Dan pemikiran DAP juga telah berubah.

PAS telah menguasai Kelantan masuk tahun ke 20. Orang bukan Islam boleh makan daging babi "bertan-tan" dan togok arak hingga "pecah perut". Tiada larangan. Bebas.

Cumanya judi sahaja diharamkan. Ini kerana ia memberi mudarat semua orang. Satu bentuk penipuan. Ramai keluarga merana dan sengsara akibat judi. Penyakit sosial bertambah akibat judi. Akibatnya semua rakyat Malaysia menanggung bahana akibat lesen yang diberikan oleh UMNO.

Inilah yang memberi "keinsafan" kepada DAP. Walaupun DAP sebuah parti sekular, tetapi pemikiran dan perjuangannya juga melihat nilai moral dan kemanusiaan sebagai perkara yang perlu diutamakan.

Apabila DAP menyatakan bantahan terhadap lesen judi bola, ini suatu yang "amat memeranjatkan" UMNO. UMNO terkejut "beruk"!

Bagi UMNO, tentunya DAP bersama mereka dalam isu judi kerana bagi UMNO judi adalah budaya orang Cina. Lebih "menyayatkan hati" UMNO, MCA juga senada dengan PAS dan DAP.
Dengan isu judi ini, terserlah lagi kemunafikan UMNO dalam Islam.

Cuba bayangkan di tangan kanan PM Najib memegang tasbih manakala tangan kirinya pula meluluskan lesen judi!

Barangkali setiap kali rakyat Malaysia melihat wajah Najib, mereka terbayangkan dan mengingatkan kepada dua perkara iaitu Mongolia dan kini judi pula.



Bagi PAS, kebersamaan DAP dalam isu judi adalah suatu yang menarik dan sebagai titik mula dakwah. Pimpinan dan jentera PAS perlu lipat ganda penerangan tentang keburukan segala judi kepada DAP. Bukan sekadar judi bola.

PAS perlu menerangkan bahawa segala judi hendaklah diharamkan di bumi Malaysia. Judi adalah satu simbol penipuan dan penyakit masyarakat.

Apapun, yang pasti kata-kata TG Nik Aziz mempunyai maksud tersirat tentang DAP, "Di dada Karpal ada bulan........! Sama-sama kita renungi.
http://tokpepijat.blogspot.com/

Cuma nak tambah sikit dalam kes di Bangi hubungan DAP-PAS kamcing maa.Kerana ADUN dari PAS dan MP dari DAP. Ini menyebabkan hubungan dengan PKR kurang ngam sikit. Orang PAS cakap orang PKR ini membuli PAS kerana Selangor diterajui oleh PKR. Orang PKR cakap PAS buli mereka kerana mereka tiada wakil rakyat PKR kat area sini. Kedunguan diperingkat akar umbi ini harus dirungkai bersama. Semangat Pakatan Rakyat harus disemarakan keperingkat akar umbi . Masing-masing harus menyelami hatibudi semua pihak agar tuduh menuduh sedemikian dilenyapkan oleh persaudaraan yang akrab.

Saturday, May 22, 2010

PERKASA DAN PERSEKOKONGLAN DGN PERJUDIANNYA.

Apa hubungan PERKASA dengan perjudian. Boleh lihat disini , disini , disini dan disini. Pasal tu dia suka berjudi (mencabar) kerajaan negeri PR menutup premis judi di PBT masing-masing. Kedunguan menyerlah pada bekas Menteri Undang-Undang (patutpun digugurkan oleh Pak Lah) kerana tidak memahami :-

a) Perlembagaan Persekutuan,
b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
c) Akta Pertaruhan Pool 1967
d) Akta Perlesenan Perniagaan 1948

MASALAH PR DI SELANGOR

Jika dibuat perbandingan antara kerajaan PR sekarang dan BN dahulu memang banyak perbezaan. Kerajaan PR dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) jika dieksploitasikan secara besar-besaran sebenarnya akan memanjangkan tempoh hayat kerajaan PR di Selangor. Salah satu sebab kenapa PR kalah di Hulu Selangor tempoh hari ialah maklumat mengenai MES ini tidak sampai kepengetahuan rakyat. Lebih teruk lagi ada berita mengatakan duit Skim Mesra Usia Emas (SMUE) itu dari kerajaan pusat.
(Gambar penyampaian SMUE fasa ke-2 di Pusat Komuniti Fasa 4 Bangi pada 22.5.2010)

Dr. Zulkipli Ahmad dalam satu seminarnya di PKNS Bangi pernah menyuarakan bahawa dasar MES ini sebenarnya adalah senjata yang ampuh namun kita berdepan dengan masalah 'delivery' iaitu penyampaian maklumat. Ini kerana semua media perdana lebih memihak kepada kerajaan BN.

Peranan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN (sekarang ADNS- Ahli Dewan Negeri Selangor) perlu diperkasakan semaksima mungkin. Begitu juga cawangan-cawangan perlu memainkan peranan yang lebih aktif membantu PKM . Disamping itu kerajaan negeri Selangor perlu membekalkan maklumat secukupnya mengenai MES ini.

Bangi wajar mencontohi Gombak yang menubuhkan satu skuad khas dipanggil Skuad MES. Skuad ini diterajui oleh Dewan Pemuda dengan keanggotaannya berjumlah 200 orang telah turun padang berjumpa rakyat di pasar malam dan dari rumah ke rumah. Menyampaikan risalah penerangan mengenai MES. Mampukah Bangi mencontohi Gombak?

Thursday, May 20, 2010

JUDI ITU MENGUNTUNGKAN?

Menguntungkan Vincent Tan towkei judi
Mengguntungkan BN kerana dapat cukai
Menguntungkan UMNO kerana boleh guna untuk beli ADUN
Menguntungkan UMNO untuk biayai pilihanrya
Mengguntungkan orang yg rapat dgn Vincent Tan utk mendapat daki duit judi.

Yang rugi ialah RAKYAT, RAKYAT dan RAKYAT.
Bila ditanya Najib pasal judi, "emmmmmmmNO comment"
Sama macam Rosmah bila ditanya pasal Altantuya. Agak-agaknya siapa arah siapa untuk menjawab stail gitu?
Siapa ajar siapa jawab gitu?

Wednesday, May 19, 2010

POLITIK AKAR UMBI

Orang kampung cakap 'grass root'. Ya barangkali itu yang tiada pada PKR ini. Memang di atas kertas PKR adalah parti yang idealis untuk percaturan politik di Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum. Namun hakikat pahit perlu ditelan adalah sejauh mana pengikutnya menghayati perjuangan parti itu. Kebanyakkan pengikut atau ahli parti ini adalah serpihan dari UMNO dan parti-parti lain. Memang cantik dilihat dari luar memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Perlu sedar yang menyertai parti ini bukan malaikat. Maka walaupun dasar perjuangan parti adalah untuk keadilan semua kaum tidak terlepas segelintir pemimpin parti ini terpesong dan cenderung ke arah memperjuangkan sesuatu kaum.

Yelah apa guna jadi pemimpin jika tiada pengikut. Sebagai umpan kepada pengikut ini pelbagai janji ditaburkan. Satu peristiwa semasa awal pemerintahan PR di Selangor dimana diadakan rombakan ketua-ketua kampung. Jika sebelum ini ketua cawangan UMNO secara 'autamatik' dilantik menjadi ketua kampung, dibawah MB Khalid berlainan. Dilantik mereka dari kalangan bukan ahli tegar parti. Betul ke itu berlaku? Maka setiap parti (PKR,PAS dan DAP) akan mencadangkan calun-calunnya yang cuba ditutup ketegaran terhadap parti.

Kedudukan ketua kampung ini sedikit sebanyak akan cuba dilenturkan menjadi selari dengan perjuangan parti dan akan cuba dimenmanfaatkan membina pengaruh dikampung-kampung yang selama ini tegar dengan UMNOnya.

PKR seperti yang kita sedia maklum sukar mempunyai pengikut di kampung. Jalan pintas yang diterokai ialah dengan menawarkan  jawatan ketua kampung kepada ketua cawangan UMNO sedia ada dengan bersyarat. Dibubarkan cawangan UMNO dan ditubuhkan ranting PKR. Hasilnya kita lihat ramai yang dulunya adalah pencacai UMNO tiba-tiba bertukar teriakan dari 'Hidup Melayu' kepada 'Reformasi'.

Setelah setahun berlalu barulah mereka menyedari 'hasil' dari kerajaan PR ini tidak memberi penambahan pendapatan peribadi seperti sebelum ini. Terjadi perselingkuhan dalam parti. Secara diam-diam mereka ini mula menjalin hubungan dengan majikan lama mereka (yang arif tentang serakah orang seperti mereka). Mereka inilah yang menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat. Bila peluang terhidang mereka akan beralih arah.

Mujurlah mereka ini mudah dikesan dan tidak perlu tunggu mejelang PRU 13 untuk membuat onar. Pembersihan perlu dibuat membuang daki-daki ini. Kesetiaan mereka perlu diuji dan keprihatinan mereka perlu dihargai sekiranya mereka ini benar-benar telah beriktikad untuk bersama PR.

Tuesday, May 18, 2010

AYAM DAH BERKOKOK HANGPA CAMANE

"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok maka ertinya hari sudah siang", demikian ulasan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud ekoran kekalahan calon BN dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu.





-Ulasan dari dunbangi pula ialah
"Jangan ayam dah berkokok Ketua Menteri masih diulit mimpi indah"

LU PIKIRLAH SENDIRI

Antara seorang pengubal undang-undang dengan seorang yang melanggar undang-undang.

Antara undang-undang Allah dan undang-undang ciptaan manusia.

Mungkin gambar ini untuk bagi 'clue' sedikit.

Agaknya apa yang difikirkan oleh sang suami yang duduk 'jauh' dari sang isteri. Macam berlakun plak. Lu jangan fikir yang kuning udah le yea.

Sunday, May 16, 2010

TSUNAMI KECIL DI SARAWAK

SMS dari Sarawak yang diterima pada jam 8 malam mengatakan PR melalui DAP mendahului BN dalam kiraaan undi. Kami belum yakin dengan keputusan itu. PRK Hulu Selangor pun sedemikian. Pukul 7 PKR masih mendahului BN dengan 1000 undi. Biasanya SPR akan menggunakan unsur-unsur yang dramatik untuk memenangkan BN. Mungkin memberikan masa untuk menteri-menteri membuat persiapan menyambut kemenangan. Apatah lagi maklumat awal dan semua petunujk yang ada mengatakan peluang BN untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu begitu baik sekali. Berdasarkan politik materialistik begitulah.

Rakyat ditawarkan bermacam kebendaan dan pembangunan yang selama ini tidak pernah mereka kecapi walaupun masih setia mengundi.

Jam 9.15 SMS diterima DAP 17120 BN 13656. Ada 7 peti undi dan undi pos yang masih belum dikira. Menconggak berapa undi yang mampu memihak kepada BN kami telah yakin DAP akan memenangi PRK Sibu ini walaupun dengan undi yang kecil.

Petunujk seterusnya ialah media perdana seolah tidak memperdulikan keputusan PRK. Maklumat sterusnya kami terima TPM, Mahyuddin mula meninggalkan tempat pengiraan. Barangkali balik ke hotel penginapan atau terus balik ke Semenanjung.


Jam 9.53 SMS dari Sarawak dengan ikon gembira mengumumkan "Dah Menang". Majoriti dengar berita besok pagi.

Secara rasminya majoriti tidak penting. Walau memnang dengan 1 undi tetap dikira menang. Tetap dikira telah merampas kerusi BN dari Sarawak secara bermaruah. Bukan melalui acara lompat parti.

Apa yang ada dalam pemikiran kami berubah. Kalau dulu mengatakan kawasan yang kurang pembangunan majoriti pengundi akan menyokong BN kerana rakyat merasakan hanya BN sahaja mampu memberikan pembangunan walaupun perlu menunggu bertahun-tahun. Teori dan persepsi itu sudah berubah. Barangkali penantian ada batas waktunya. Kematangan politik kaum Cina sebenarnya telah mengajar BN bahawa rakyat mahukan perubahan..

Friday, May 14, 2010

UMNO KEDAH MELELEH AIR LIUQ


Cita-cita untuk menduduki kerusi MB Kedah terpaksa dipendam semula. UMNO Kedah yang begitu ghairah sehingga meleleh air lioq menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan budaya ‘lompat katak’ mungkin terpaksa menelan air lioq semula .

4 ADUN PKR dan 1 DAP masih tetap bersama Pakatan Rakyat Kedah dibawah pimpinan DS Azizan yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah. Pujian harus diberikan kepada DS Azizan yang pandai membaca riak di ayaq.

Kalau diperhatikan semua ‘acara lompatan’ ini adalah kerana WANG. ADUN-ADUN yang  diperuntukkan sejumlah wang dari kerajaan negeri berdepan dengan pelbagai tuntutan dari rakyat dan parti. Sekiranya komitmen ini dilonggarkan sedikit sebanyak orang akan mengaitkan dengan prestasi ADUN. Umpamanya sekiranya permohonan mereka untuk meminta bantuan ditolak atau lambat diterima maka diperkatakan bahawa ADUN itu tidak berfungsi.

Dalam hal ini pujian harus diberikan kepada ahli-ahli PAS yang begitu memahami dan sentiasa sabar memohon. Tidak keterlaluan untuk memperkatakan orang PAS jarang sekali memohon bantuan kewangan berbanding parti lain terutama dari UMNO dan MIC. Anak nak sekolah tak cukup duit minta wakil rakyat. Sewa rumah dah berapa bulan tak bayar minta wakil rakyat. Kena saman minta wakil rakyat bayarkan atau batalkan. Sampaikan ada yang hutang ASTRO tak bayar minta wakil rakyat bayarkan.

Ini membayangkan bahawa masih lagi ada segelintir rakyat yang tidak dapat membezakan antara kepentingan peribadi dan kepentingan umum. Sekiranya fenomena sedemikian masih wujud dan menebal maka akan suburlah budaya ‘gula-gula’ semasa kempen  sesuatu pilihanraya. Dalam hal ini pujian juga wajar dikalungkan kepada kaum Cina. Mereka lebih mengutamakan kepentingan kaum mereka berbanding kepentingan peribadi. Mungkin kaum ini lebih terdedah kepada budaya berdikari dan malu untuk menerima subsidi peribadi.

Terbaca dalam satu blog (maaf tak ingat). Jika pihak lawan memberikan ‘gula-gula’ maka kita perlu larut (cair)kan dengan budi. Semestinya Pusat Khidmat Masyarakat ADUN perlu memainkan peranan mereka disini. Menyelami dan meraikan kesusahan rakyat tidak semestinya menggunakan wang. Bukan semua rakyat yang meleleh air lioq menunggu wang macam mat fit. Mereka harus didisplinkan dan difahamkan apakah peranan sebenar wakil rakyat.

Wednesday, May 12, 2010

PEMIMPIN PR TIDAK TURUN PADANG?

Selalu dengar cerita pasal pemimpin yang dipilih tidan turun padang atau susah nak jumpa untuk menceritakan pelbagai masalah. Kini tidak lagi. Caranya ditunjukkan oleh Saiful nie.

Sumber TheMalaysiaInsider
KUALA LUMPUR, 12 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan dia sebenarnya ada bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008. Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.


Bekas pembantu khas Anwar itu yang mendakwa diliwat beberapa kali hari ini memberitahu mahkamah, dia ada bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008, pada hari dia bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya dan juga seorang pegawai polis Rodhwan Yusof di Hotel Mulia. 


----------------------------------
Kepada rakyat Malaysia dan Pekan terutamanya. Kalau anda selalu komplain susah nak jumpa pemimpin anda. senang aje pi balai polis buat lapuran anda diliwat oleh sesiapa sahaja pemimpin utama Pakatan Rakyat. Lepas tu pakat buat sidang media. Gerenti anda akan dibenarkan berjumpa pemimpin anda (wakil BN sahaja). Kalau anda cakap diliwat oleh pemimpin PR yang rangking tinggi maka anda berpeluang berjumpa pemimpin BN yang lebih tinggi.Kalau diliwat oleh Anwar, Lim Kit Siang atau TGHH. Anda boleh jumpa PM najib, AGP, AG dan mungkin Mahathir. Kalau diliwat ketua cawangan PR anda hanya akanberpeluang berjumpa Mahyuddin atau yang samataraf dengannya.
Sonang bah gitu.

Friday, May 7, 2010

BARANG SECOND HAND DILABEL FIRST HAND

Mana aci nie. Semua orang tau barang yang dia pakai tu barang second hand. Tak payahlah nak dakwa first hand. Belanjalah iklan banyak manapun (dengar cita RM 10 juta) orang tetap akan cakap tu barang second hand. 'Big moma' sebelum berkahwin dengan PIEMM adalah isteri kepada seorang pembaca berita RTM.

Teringat satu cerita.

Seorang DJ radio di US membuat panggilan secara rawak pendengar rangkaiannya. Soalan spontan akan ditanya dan pendengar yang bernasib baik serta menjawab soalan itu akan menerima USD 100. Panggilan itu dijawab oleh seorang wanita yang telah berkeluarga. Secara kebetulan dia tidak mendengar siaran itu dari awal.

Maka DJ itupun bertanya. " OK lucky ladies for a hundred buck (USD 100) tell me who is the first man (merujuk kepada presiden US)?

Dengan nada marah wanita itu berkata,' xxx (sensor) even for thousand bucks (USD 1000) i won't tell no one!" sambil menghempas talipon.

Wanita itu sebenarnya beranggapan Dj itu ingin bertanya siapakah orang lelaki yang pertama menidurinya.

ORANG KIRA JUTA-JUTA KITA KIRA SEN-SEN

Apakah nilai duit kita sebenarnya Dulu masa kecik-kecik dulu bawa duit kesekolah 20 sen dah cukup. Beli nasi lemak 10 sen air 5 sen dan 5 sen lagi boleh beli jajan. Tak pun boleh main 'tikam-tikam' (dulu belasah aje mana tau haram) Tak pun beli biskut dapat nombor. yang geram tu ada hadiah kapal terbang. yang hampehnya biskut satu tin dah habis kapal terbang tak kena-kena. Masih tergantung. Nampak sangat tokey tu penipu. Padan muka aku.

La ni budak sekolah bawa duit RM 3. Kalau ada 4 orang anak RM 12. Satu bulan  koman-koman perlu ada RM 240.00. Belum masuk duit tambang bas, duit tiusyen, duit buku , duit belanja dapur, duit minyak dan segala macam duit yang perlu dikeluarkan untuk bernafas. Kalau takde RM 2000 sesak nafas tinggal di Bangi ini. So duit baki setiap bulan kalau ikut kunci kira-kira dibuat dalam kurungan (xxx) untuk dibawa ke bulan depan.

Tup-tup dengar BN perhabis duit RM 100 juta untuk PRK Hulu Selangor. Kicdafella pula cakap dia dapat RM 4 juta untuk jatuhkan Pak Lah. Barangkali ini termasuk duit gambar Tuan Guru Nik Aziz sedang mengalirkan air mata mengaminkan doa. Gambar itu digunakan secara meluas dan tidak dinafikan memberikan impak kepada kemenangan PR semasa PRU 2008.

Jika dibuat perbandingan RM 4 juta utk jatuhkan Pak Lah kira satu malaysialah dibanding dengan RM 100 juta nak menang kerusi parlimen Hulu Selangor. Ternyata nilainya amat kecil. Apatah lagi bila dibandingkan berapa juta RM terpaksa dibelanjakan untuk menjatuhkan kerajaan PR di Perak.

So apa yang kecoh-kecoh tu? Di Serdang sahaja baru dilancarkan kempen nak kutip dana RM 1 juta nak beli bangunan untuk PAS Serdang.

Yang aku musykil ialah camana duit RM 1 juta nie agaknya. Muat isi dalam beg besar mana? Pasal duit paling banyak aku pegang cuma RM 5 ribu masa aku keluarkan duit dari bank untuk belanja kawin dulu. Itupun isi dalam poket penuh depan belakang  dan pandang semua orang semacam aje...Macam nak rompak aku.

Sekarang nie aku selalu pegang duit sen-sen aje.

Tuesday, May 4, 2010

ANTARA DR. MAHATHIR DENGAN PAKLAH SIAPA LEBIH BAIK

Kontrovesi ini bermula bila Dr. M mengkritik Paklah dalam blognya berkaitan dengan penguasaan Petronas terhadap blok L dan M. Pertikaian Limbang sejak merdeka lagi kononnya selesai dengan penyerahan blok tsbt pada kerajaan Brunei. Kalau dikira dari sudut RMnya dapatan dari ekplorasi minyak dari kedua blok tersebut dianggarkan RM 320 B. Jika ini benar maka Sarawak akan kehilangan royaltinya.

Ada sumber lain mengatakan Limbang ini sebenarnya telah lama terjual zaman Dr. M lagi. Mungkin baru bayar deposit aje kot.

Apapun persoalan yang timbul ialah siapa yang meraih keuntungan dari tindakan tersebut? Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sentiasa membuat keputusan dengan mengutamakan rakyatnya. Bukan hanya berslogan "rakyat didahulukan''.