40 ulamak UMNO ulasannya berterusan. Ada kata mereka diperdaya. Ada kata diperdayakan oleh orang yang memperdaya.. Ada kata apakan daya nak buat apa. Cuma satu sahaja yang belum terdaya. UMNO lakukan iaitu untuk MENYENARAIKAN 40 ulama itu.
Jadi kita seharusnya cuba sedaya upaya untuk mencabar UMNO menyenaraikan semua nama 40 ulamak yang masuk' tong tait ' UMNO itu. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO ini gagal dibersihkan dari dalam. Ramai yang telah kecundang Anwar Ibrahim, Nakhaie Ahmad, Mashitah Ibrahim, Firdaus, Abdullah Mohd Zain, Hamid Othman, Yusof Nor. Puad Zakarsih dan mereka yang berbaris panjang terkenal dengan tarbiah agama mereka. Hakikatnya UMNO sebenarnya hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka.. Tiada nawaitu untuk berubah.Rakyat diperdaya (daya lagi) dengan kenyataan bahawa UMNO telah menubuhkan Bank Islam, Universiti Islam, Masjid dan berbagai kosmetik Islam yang lain.
Kenyataan 40 ulamak masuk UMNO akan memberikan 'mileage' politik terutama kepada mereka yang hanya mengetahui sesuatu perkembangan semasa melalui TV dan akhbar. Inilah politik Shahidan Kasim dari dulu. Perlis kekal dalam BN kerana politik hipokrit dengan rakyat dipasung pemikiran dan penglihatan mereka untuk hanya melihat sisi putih pemimpin BN. Selagi masalah ini tidak dirungkai Perlis dan Malaysia amnya akan terus kekal dibawah pemerintahan BN.
Tuesday, June 29, 2010
Friday, June 25, 2010
UMNO TARIK BALIK JUDI MCM PENCURI PULANGKAN COLI N SELUAR DALAM
Samada menyedari bahawa membenarkan judi itu sesuatu yang menjejaskan kepada agama atau mejejaskan peti undi hanya Allah yang tahu. UMNO akhirnya menarik balik lesen judi bola. Macam cerita pencuri yang curi coli dan seluar dalam mangsanya dan kemudian memulangkannya semula. Namun kita harus sedar pencuri tetap pencuri dan UMNO tetap UMNO walaupun setelah mengimport 40 ulama.
Jika berpeluang pemcuri akan terus mencuri, UMNO akan terus mengeluarkan lesen judi. Melainkan pencuri yang telah insaf serta bertaubat. Begitulah juga UMNO. Tapi macam mana UMNO nak bertaubat?
Mereka yang menjadi ahli atau pengundi UMNO perlu memikirkan semula sokongan mereka.
TOLAK PENCURI TOLAK UMNO.

Monday, June 7, 2010
HARI PENGADILAN MAHATHIR HAMPIR TIBA
Semasa pemerintahan namanya dijulang melangit. Berbagai gelaran yang molek dikalungkan. Ketika itu semua tindakan adalah bermula dari beliau. Buat ini hasil dari idea beliau buat itu hasil idea dari beliau. Hatta buat 'rumah kecil tempat meneranpun' hasil idea dari beliau. Kini dah tak memerintahpun masih lagi ada pencacai yang mengagungkan beliau tanpa memperdulikan sisi hitamnya.
Tapi hukum alam tetap akan termakan padanya. Satu persatu gagasannya runtuh dan seterusnya mengundang derita pada rakyat marhaen. Di era kemuncaknya kemahuan akan projek empangan Bakun diteruskan walau negara menghadapi kemelut kewangan ketika itu. Ekran Berhad adalah nama yang cukup gah ketika itu kerana dipertanggungjawabkan pada mereka akan empangan Bakun ini. Nama Tey Pek King cukup hebat. Dicabar membangunkan industri perlancungan di Langkawi. Kini membungkam.
Gagalnya konglomerat itu terhadap Bakun mewariskan dosa-dosa kepada Sime Darby, Golden Hope dan semestinya RAKYAT untuk dipertanggungjawabkan. Namun manusia yang bernama Mahathir ini begitu licik mencuci tangan terhadap dosa-dosanya. Apakah rakyat masih belum sedar akan sisi hitam Mahathir ini? Doa Almarhum Ustaz Fadil Noor dilihat dimakbulkan oleh Allah agar Mahathir terus hidup menyaksikan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Tuesday, June 1, 2010
KENAPA SESUDAH?
Hanya setelah 20 nyawa melayang semasa Misi Kemanusiaan Gaza terjadi barulah Mesir membuka pintu Rafah untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Israel mengepung Gaza dan mengharapkan penduduknya tunduk kepada mereka. Namun semangat kental penduduk Semenanjung Gaza yang rela mati dibumi sendiri dari menjadi pak turut kepada Zionis wajar disanjung tinggi. Disebalik kepungan oleh Zionis itu mereka melakukan berbagai cara untuk membawa bekalan bahan mentah seperti minyak dan bahan binaan dan yang paling popular ialah melalui terowong yang digali. Agak aneh juga melihat fenomena ini. Biasanya orang akan mengali terowong untuk melarikan diri dari kepungan. Di Gaza mereka membina terowong untuk keluar mencari bahan mentah dan kemudian masuk semula untuk bersama penduduk yang lain menghadapi kepungan Zionis. Semoga Hosni Mubarak mendapat pengajaran dari apa yang telah berlaku.
Begitu juga dalam konteks di Malaysia. Persengkokolan dengan APCO wajar ditamatkan segera. Jangan kita menunggu saat dimana kita akhirnya menjadi barua Zionis baru mahu bertindak. Jangan tunggu sehingga Malaysia sudah muflis baru mahu mengharamkan judi.

Subscribe to:
Posts (Atom)