Monday, August 30, 2010

NASHARUDIN NASIHATKAN PENGARAH JAIS N MAIS

1.Akhir – akhir ini agak kasar dan keras bentuk “serangan politik” yang dilakukan oleh UMNO dan BN ke atas PAS dan Pakatan Rakyat . Media cetak dan elektronik pastinya menjadi “peluru tembaga” yang cuba untuk mensasarkan kekebalan “jantung” Pakatan Rakyat.

2. Modus operandi mereka cukup mudah untuk dibaca kerana ia diatur dan digerakkan dalam keadaan cemas dan terdesak demi meningkatkan kembali reputasi mereka yang jatuh teruk dan meraih semula kepercayaan rakyat kepada prestasi mereka.

3. Tindakan UMNO dan BN mutaakhir ini demi memburukkan nama baik PAS semakin liar dan kelihatan tidak terkawal. Baru – baru ini ditimbulkan isu doa kepada Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat yang kononnya salah dan bertentangan dengan Islam malah didakwa cuba menggantikan nama Yang di Pertuan Agong. Akhirnya mereka kantoi apabila didedahkan perbuatan doa malah membaca Yassin dan solat hajat yang dilakukan oleh UMNO buat calon BN Kamalanathan di Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil baru – baru ini .

4. Sedang doa yang dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Zakaria Ahmad dalam khutbahnya adalah untuk memohon hidayah Allah swt kepada Lim Guan Eng agar Lim Guan Eng menerima Islam . Satu doa yang terpuji dari pandangan agama Islam agar pemimpin itu diberikan hidayah .

5. Terkini UMNO dan BN memainkan isu Yb Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang masuk surau dan ia dianggap sebagai suatu yang terlarang . Mereka menggambarkan kononnya MP Serdang itu menyampaikan “tazkirah” kepada ummat Islam di surau tersebut . Sepantas itu pihak JAIS dan MAIS bertindak disamping turut menyelar tindakan tersebut . Lebih malang mereka cuba mengheret pihak ke bawah Duli Yang Maha Mulia sultan Selangor untuk kepentingan politik mereka .

6. UMNO kantoi lagi apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :

pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

7. Tindakan dan sikap yang diambil oleh Pengarah JAIS Khusrin Munawi dan Pengerusi MAIS Mohamad Adzib Mohd Isa yang tidak membenarkan non muslim memasuki masjid dan surau adalah bertentangan dengan fatwa yang telah diputuskan baru – baru ini .

8. Sebelum ini Khusrin Munawi juga menolak keras cadangan saya yang mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat agar Nikah Khitbah dipopularkan sebagai salah satu kaedah atau pendekatan untuk mengatasi bencana sosial yang melanda negara .

9. Kegagalan mereka memberi gambaran dan nasihat yang betul dan tepat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Selangor berhubung kes ini adalah sangat dikesali dan ia dianggap sebagai suatu kegagalan ketara dalam menjalankan tugas .

10. Sikap yang saya ambil bukan kerana mahu mepertahankan MP Serdang tersebut tetapi satu sikap dan tindakan yang berasaskan ilmu . Jika ianya satu tindakan yang tidak menyalahi hukum Islam kenapa saya mesti membantahnya. Sebab itu , saya nasihatkan semua pihak agar bertindak dan memberi pandangan mestilah berasaskan ilmu dan Islam adalah agama ilmu bukan agama emosi dan fantasi . [ perbahasan agama dalam perkara ini , saya akan lampirkan dalam posting saya akan datang insyaallah ...]

11. Saya melihat Khusrin dan Mohd Adzib wajar memberi perhatian bagaimana mereka boleh bertindak untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran ummat Islam yang masih ramai melanggar syariat Islam . Masih ramai isteri – isteri pemimpin negara yang beragama Islam tidak menutup aurat ketika menghadhiri majlis – majlis rasmi negara samaada di dalam masjid atau di luar masjid. Perlu diingat bahawa malaikat Allah yang mencatat rekod perilaku ummat manusia bukan hanya beroperasi di dalam masjid sahaja .

12. Sepanjang bulan Ramadhan ini saya melihat bagaimana pusat – pusat hiburan masih beroperasi sehingga ke awal pagi dan kelihatan ummat Islam yang derhaka tidak segan silu mengunjunginya. Sepatutnya dalam hal seperti ini , Khusrin dan Mohd Adzib menasihati ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan agar Baginda murka dan mengambil tindakan tegas ke atas muslim derhaka kerana ia lebih menghina Islam dan kesuciannya .

13. Saya telah meminta pihak sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat supaya menganjurkan Nadwah Kefahaman Islam [ NKI ] bersiri setiap bulan untuk menjelaskan apa jua isu yang timbul dalam negara kita menurut perspektif Islam dan disiplin ilmunya . Sebagai contoh isu berkait hukum hudud , nikah khitbah dan lain – lain termasuk hukum non muslim memasuki masjid semuanya boleh ditimbulkan dalam nadwah tersebut . Kita akan undang tokoh – tokoh penting yang sering salah faham terhadap Islam atau keliru mengenainya untuk menghadhiri siri nadwah yang akan kita anjurkan kelak .

14. Kini Dewan Pemuda PAS Pusat telah bersedia dengan segala keupayaan dan kemahiran untuk menangani dan mengurus isu serta konflik yang melibatkan hukum Islam secara ilmiah , bersemuka , dialog dan hujjah .

15. Apa jua keadaan yang agama benarkan maka kita benarkan walau ia melibatkan orang lain . sementara keadaan yang bertentangan dengan agama , kita tetap akan kata salah walau ia melibatkan diri kita sendiri . Ini prinsip perjuangan saya dan rakan – rakan Dewan Pemuda PAS Pusat .

Nasrudin Hassan Tantawi

Sunday, August 29, 2010

SAMA AJE. MANA UTUSAN MALAYSIA?

44279_424330467311_303331692311_5553671_4305144_n

Gambar ini dari anak sungai derhaka(link).

Pencacai Utusan Malaysia tak nak komen ke?

Saturday, August 28, 2010

ISU MP SERDANG: PERKASA CUBA JADI BATU API

6c165fdfa1a3df8b661635d4b35b52e2 Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari. Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

“Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan.” demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surua tersebut.

Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat.

Friday, August 27, 2010

BOLEHKAH NON MUSLIM BERI UCAPAN DI SURAU/MASJID

Seperti biasa Utusan Malaysia dibulan yang penuh berkat ini sentiasa mensensasikan isu agar umat Islam berpecah. Fokus umat Islam pada ibadat puasa diganggu gugat oleh picisan berita seolah mereka(Utusan Malaysia) begitu Islam pada bulan puasa ini. Benar apa yang YB Dr. Shafie ucapkan dalam blognya drshafie.blogspot.com bahawa Surau Al-Huda ini begitu kecil tetapi besar peranannya.

Niat untuk mencari kebenaran. Kalau-kalau Jawatankuasa Surau Al-Huda khilaf mereka perlu ditegur tetapi sekiranya tidak salah perbuatan mereka pujian harus diberikan atas keberanian mereka. Juga dituntut Pengarah JAIS yang kononnya mantan Setpol Muhd Taib tidak menambah sensasi berita ini. Buatlah ulasan berdasarkan ilmu yang anda miliki. Melainkan anda benar-benar orang yang tidak mempunyai ilmu yang sesuai untuk jawatan anda. Maka disarankan anda meletakkan jawatan dan terserah kepada DYMM Sultan Selangor untuk membuat perlantikan baru bagi jawatan Pengarah JAIS ini.

Kami menjumpai artikel ini.


Soalan:
Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?

Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid

Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:

Allah SWT berfirman, (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Allah SWT berfirman lagi, 
(Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…) (An-Nisaa’ 4: 43)
Berpandukan ayat-ayat ini, majority Fuqaha, termasuk mereka dari Mazhab Fiqah Maliki, Shafi`i dan yg lain, menegaskan yg musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan utk memasuki Masjidil Haram di Makkah.

Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna-pakai kpd Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya. Abu Hanifah, bagaimanapun, berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi dia tidak tinggal atau menetap disitu. Dia menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran spiritual (syirik).


Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims.

Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”


Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.

Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung. Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.

Sheikh M. S. Al-Munajjid, penceramah dan pengarang Islam dari Arab Saudi, menyatakan:

Adalah diharamkan kpd Muslims utk membenarkan sebarang non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci, kerana Allah berfirman: (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Menurut pendapat mazhab Shafie dan Hambali: orang-orang kafir boleh masuk kedalam masjid lain selain dari Masjidil Haram kerana ada urusan tertentu, dengan syarat mendapat keizinan dari orang Islam. Ini adalah kerana tegahan dalam ayat tersebut khusus bagi Masjidil Haram sahaja…dan Nabi (S.A.W) pernah dikunjungi oleh satu rombongan dari penduduk-penduduk Taif dan mereka ditempatkan dalam masjid sebelum memeluk Islam.

Kesimpulan:

Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainy. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)

Maka, jika non-Muslims memohon utk masuk ke masjid dgn tujuan utk melihat bagaimana Muslims bersolat, tiada salah dlm hal itu, selagi mereka tiada sesuatu yg boleh mencemarkan masjid itu, dan perempuan mereka tidak berpakaian menjolok mata, atau sebarang alasan lain yg menghalang mereka dari masuk ke masjid. Jadi mereka boleh masuk dan duduk di belakang Muslims utk melihat bagaimana mereka sembahyang.


Berdasarkan kpd Fatwa diatas , kita boleh katakan yg non-Muslim, termasuk Orang Kristians dan Yahudi, dibenarkan utk masuk ke masjid, tetapi mereka patut mentaati syarat berikut:

1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.

2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.

3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.

4- Lelaki dan perempuan tidak dibenar membuka aurat semasa masuk ke masjid.Berkenaan dgn hal baik-pulih/ubah-suai, Kita berpendapat yg Muslims mesti diberi keutamaan dlm melaksanakan kerja itu, melainkan jika ia sangat perlu utk meminta pertolongan dari non-Muslims. Ada keperluan yg memerlukan pertolongan dari mereka, terutamanya dlm hal berkaitan masjid.

Thursday, August 26, 2010

UMNO BERI SECUPAK AMBIL SEGANTANG

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.
Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang
Wow. Ini baru betul duit raya. Bukan potong duit peneroka setiap bulan lepas tu time nak raya umumkan satu malaysia felda beri duit raya RM 500.00 setiap peneroka.Apa yang semua peneroka Felda boleh pelajari dari situasi ini ialah jangan terlalu percaya pada tangan yang menyuapkan kita makanan kerana tangan sebelah lagi mungkin akan mengambil hak kita . Ini budaya UMNO beri secupak ambil segantang.

Tuesday, August 24, 2010

SAMBUNGAN DIALOG IBLIS DGN RASULULLAH

"Segala puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan ummatku bahagia dan mencelakakanmu sampai pada waktu yang ditentukan", tutur Rasulullah SAW.
"Tidak dan tidak mungkin, dimana ummatmu bisa bahagia sementara saya senantiasa hidup dan tidak mati sampai pada waktu yang telah ditentukan. Lalu bagaimana engkau bisa bahagia terhadap ummtmu, sementara saya bisa masuk kepada mereka melalui aliran darah dan daging, sedangkan mereka tidak melihatku. Demi Tuhan yang telah menciptakanku dan telah menunda kematianku sampai pada hari mereka dibangkitkan kembali (Kiamat), sungguh saya akan menyesatkan mereka seluruhnya, baik yang bodoh maupun yang alim, yang awam maupun yang bisa membaca Al-Qur'an, yang nakal maupun yang rajin beribadah, kecuali hamba-hamba Allah SWT yang mukhlis (murni)," tutur iblis.


"Siapa menurut engkau hamba-hamba Allah SWT yang mukhlis itu?" Tanya Rasulullah SAW.

Iblis menjawab dengan panjang lebar, "Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa orang yang masih suka dirham dan dinar (harta) adalah belum bisa murni karena Allah SWT. Apabila saya melihat seseorang sudah tidak menyukai dirham dan dinar, serta tidak suka dipuji, maka saya tahu bahwa ia adalah orang yang mukhlis karena Allah, lalu saya tinggalkan. Sesungguhnya seorang hamba selagi masih suka harta dan pujian, sedangkan hatinya selalu bergantung pada kesenangan-kesenangan duniawi, maka ia akan lebih taat kepadaku daripada orang-orang yang telah saya jelaskan kepadamu.
Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa cinta harta itu termasuk dosa yang paling besar? Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa cinta kedudukan adalah termasuk dosa yang paling besar? Apakah engkau tidak tahu saya memiliki tujuh puluh ribu anak, sedangkan setiap anak dari jumlah tersebut memiliki tujuh puluh ribu setan. Diantara mereka ada yang sudah saya tugaskan untuk menggoda ulama, ada yang saya tugaskan untuk menggoda para pemuda, ada yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang yang sudah tua. Anak-anak muda bagi kami tidak masalah, sedangkan anak-anak kecil lebih mudah kami permainkan sekehendak saya. Diantara mereka juga ada yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang yang tekun beribadah, dan ada juga yang saya tugaskan untuk menggoda orang-orang zuhud. Mereka keluar-masuk dari kondisi ke kondisi lain, dari satu pintu ke pintu lain, sehingga mereka berhasil dengan menggunakan cara apapun. Saya ambil dari mereka nilai keikhlasan dalam hatinya, sehingga mereka beribadah kepada Allah dengan tidak ikhlas, sementara mereka tidak merasakan hal itu.


Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa Barshish seorang rahib (pendeta) yang berbuat ikhlas karena Allah selama tujuh puluh tahun, sehingga dengan doanya ia sanggup menyelamatkan orang-orang yang sakit. Akan tetapi saya tidak berhenti menggodanya sehingga ia sempat berbuat zina dengan seorang perempuan, membunuh orang dan mati dalam kondisi kafir? Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya dengan firman-Nya: "(Bujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (bujukan) setan ketika dia berkata kepada manusia : 'Kafirlah kamu', maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata, 'sesungguhnya aku cuci tangan darimu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Semesta Alam". (QS.Al-Hasyr:16).
Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa kebohongan itu dari saya, saya adalah yang berbohong pertama kali. Orang yang berbohong adalah temanku. Barangsiapa bersumpah atas nama Allah dengan berbohong maka ia adalah kekasihku.


Apakah engkau tidak tahu wahai Muhammad, bahwa saya pernah bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan atas nama Allah, "Bahwa saya akan memberi nasihat kepada kalian berdua'. Maka sumpah bohong itu menyenangkan hatiku. Sedangkan menggunjing dan mengadu domba adalah buah santapan dan kesukaanku. Kesaksian dusta adalah penyejuk mataku dan kesenanganku. Barangsiapa bersumpah dengan menceraikan istrinya (talak) maka hampir tidak akan bisa selamat, sekalipun hanya sekali. Andaikan itu benar, yang karenanya orang membiasakan lidahnya mengucapkan kata-kata tersebut, istrinya akan menjadi haram. Kemudian dari pasangan tersebut menghasilkan keturunan sampai hari Kiamat nanti yang semuanya hasil dari anak-anak zina. Sehingga seluruhnya masuk neraka hanya gara-gara satu ucapan.


Wahai Muhammad, sesungguhnya diantara ummatmu ada orang yang menunda-nunda shalatnya dari waktu ke waktu. Ketika ia hendak menjalankan shalat maka saya selalu berada padanya dan mengganggu sembari berkata kepadanya, 'Masih ada waktu, teruskan engkau sibuk dengan urusan dan pekerjaan yang engkau lakukan' sehingga ia menunda shalatnya, dan kemudian shalat diluar waktunya. Akibatnya dengan shalat yang dikerjakan diluar waktunya itu akan dipukul di kepalanya. Kalau saya merasa kalah, maka saya mengirim kepadanya salah seorang dari setan-setan manusia yang akan menyibukkan waktunya. Kalau dengan usaha itu saya masih kalah, maka saya tinggalkan sampai ia menjalankan shalat.


Ketika dalam shalatnya saya berkata kepadanya, 'Lihatlah ke kanan dan ke kiri'. Akhirnya ia melihat. Maka pada saat itu wajahnya saya usap dengan tangan saya, kemudian saya menghadap didepan matanya sembari berkata, 'engkau telah melakukan apa yang tidak akan menjadi baik lamanya'.
Wahai Muhammad, engkau tahu, bahwa orang yang banyak menoleh dalam shalatnya, Allah akan memukul kepalanya dengan shalat tersebut. Kalau dalam shalat ia sanggup mengalahkan saya, sementara ia shalat sendirian, maka saya perintahkan untuk tergesa-gesa. Maka ia mengerjakan shalat seperti ayam yang mencocok benih-benih untuk dimakan dan segera meninggalkannya. Kalau ia sanggup mengalahkan saya, dan shalat berjamaah, maka saya kalungkan rantai dilehernya. Ketika ia sednag ruku' saya tarik kepalanya keatas sebelum imam bangun dari ruku' dan saya turunkan sebelum imam turun. Wahai Muhammad, engkau tahu, bahwa orang yang melakukan shalat seperti itu, maka batal shalatnya, dan di hari Kiamat nanti Allah akan menyalin kepalanya dengan kepala keledai.


Kalau dengan cara tersebut saya masih kalah, maka saya perintahkan meremas-remas jari-jemarinya sehingga bersuara, sedangkan ia sedang shalat, karenanya ia tidak termasuk orang-orang yang bertasbih kepadaku padahal ia sedang shalat.
Kalau dengan cara tersebut masih juga tidak mempan, maka saya tiup hidungnya sehingga ia menguap, sementara ia sedang shalat. Kalau ia tidak menutupi mulutnya dengan tangannya maka setan masuk kedalam perutnya, sehingga ia semakin rakus dengan dunia dan berbagai perangkapnya. Ia akan selalu mendengar dan taat kepadaku.
Bagaimana ummatmu bisa bahagia wahai muhammad, sementara saya memerintah orang-orang miskin untuk meninggalkan shalat, dan saya berkata kepadanya, 'Shalat bukanlah kewajiban kalian, shalat hanya kewajiban orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah'. Saya pun berkata kepada orang yang sakit, 'Tinggalkan shalat, karena shalat bukanlah kewajibanmu. Shalat hanyalah kewajiban orang-orang yang diberi nikmat kesehatan. Sebab Allah sudah berfirman, '...dan tidak apa-apa bagi seorang yang sedang sakit...' (QS An-Nur:61). Kalau engkau sudah sembuh baru melakukan shalat. Akhirnya ia mati dalam kondisi kafir. Apabila ia mati dengan meninggalkan shalat ketika sedang sakit, maka ia akan bertemu Allah dengan dimurkai.
Wahai Muhammad, jika saya menyimpang dan berdusta kepadamu, maka hendaknya engkau memohon kepada Allah agar saya dijadikan debu yang lembut. Wahai Muhammad, apakah engkau masih juga merasa gembira terhadap ummatmu, sementara saya bisa memurtadkan seperenam dari ummatmu untuk keluar dari Islam?".


Kemudian Rasulullah SAW meneruskan pertanyaannya, "Wahai mahluk yang terkutuk, siapa teman dudukmu?".
"Orang-orang yang suka makan riba", jawab Iblis.
"Lalu siapa teman dekatmu?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang berzina", jawab Iblis.
"Siapa teman tidurmu?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang mabuk", jawab Iblis.
"Siapa tamumu?", tanya Rasulullah SAW.
"Pencuri", jawab Iblis.
"Siapa utusanmu?", tanya Rasulullah SAW.
"Tukang sihir", jawab Iblis.
"Apa yang menyenangkan pandangan matamu?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang bersumpah dengan talak", jawab Iblis.
"Siapa kekasihmu?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang meninggalkan shalat Jum'at", jawab Iblis.
"Wahai mahluk yang terkutuk, apa yang mengakibatkan punggungmu patah?", tanya Rasulullah SAW.
"Suara ringkik kuda untuk berperang membela agama Allah SWT", jawab Iblis.
"Apa yang membuat hatimu panas?", tanya Rasulullah SAW.
"Banyak beristighfar kepada Allah, baik di malam hari maupun di siang hari", jawab Iblis.
"Apa yang membuatmu merasa malu dan hina?", tanya Rasulullah SAW.
"Sedekah secara rahasia", jawab Iblis.
"Apa yang menjadikan matamu buta?", tanya Rasulullah SAW.
"Shalat diwaktu sahur", jawab Iblis.
"Apa yang dapat mengendalikan kepalamu?", tanya Rasulullah SAW.
"Memperbanyak shalat berjamaah", tutur Iblis.
"Siapa orang yang paling membahagiakanmu?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang yang sengaja meninggalkan shalat", tutur Iblis.
"Siapa yang paling celaka menurut engkau?", tanya Rasulullah SAW.
"Orang-orang yang kikir", jawab Iblis.
"Apa yang paling menyita pekerjaanmu?", tanya Rasulullah SAW.
"Majelis orang-orang alim", jawab Iblis
"Bagaimana cara engkau makan?", tanya Rasulullah SAW.
"Dengan tangan kiriku dan jari-jemariku", jawab Iblis.
"Dimana engkau mencari tempat berteduh untuk anak-anakmu diwaktu panas?", tanya Rasulullah SAW.
"Dibawah kuku manusia", jawab Iblis.
"Berapa kebutuhan yang pernah engkau minta kepada Tuhanmu?", Tanya Rasulullah SAW.
"Sepuluh macam", jawab Iblis.
"Apa saja itu wahai mahluk terkutuk?", tanya Rasulullah SAW.


Iblis pun menjawab : "Saya meminta-Nya agar saya bisa berserikat dengan anak-cucu Adam dalam harta kekayaan dan anak-anak mereka. Akhirnya Allah mengizinkanku berserikat dalam kelompok mereka. Itulah maksud firman Allah SWT : 'Dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh setan kepada mereka melainkan tipuan belaka'. QS.Al-Isra':64).
Setiap harta yang tidak dikeluarkan zakatnya, maka saya ikut memakannya. Saya juga ikut makan makanan yang bercampur riba dan haram serta segala harta yang tidak dimohonkan perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.


Setiap orang yang tidak memohon perlindungan kepada Allah dari setan ketika bersetubuh dengan istrinya, maka setan akan ikut bersetubuh. Akhirnya melahirkan anak yang mendengar dan taat kepadaku.
Begitu pula orang yang naik kendaraan dengan maksud mencari penghasilan yang tidak dihalalkan, maka saya adalah temannya. Itulah maksud firman Allah SWT: 'Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki'. (QS.Al-Isra':64).


Saya memohon kepada-Nya agar saya punya rumah, maka rumahku adalah kamar mandi. Saya memohon agar saya punya masjid, akhirnya pasar menjadi masjidku. Saya memohon agar saya punya Al-Qur'an, maka syair adalah Al-Qur'anku. Saya memohon agar saya punya adzan, maka terompet adalah penggilan adzanku. Saya memohon kepada-Nya agar saya punya tempat tidur, maka orang-orang mabuk adalah tempat tidurku. Saya memohon agar saya memiliki teman-teman yang menolongku, maka kelompok Al-Qadariyyah menjadi teman-teman yang membantuku.


Dan saya memohon agar saya memiliki teman-teman dekat, maka orang-orang yang menginfakkan harta kekayaannya untuk kemaksiatan adalah teman dekatku. Itulah maksud firman Allah SWT : 'Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya'. (QS.Al-Isra':27) ".


Rasulullah SAW berkata kepada Iblis, "Andaikan tidak setiap apa yang engkau ucapkan itu didukung oleh ayat-ayat dari Kitab Allah tentu aku tidak akan membenarkanmu".

Lalu Iblis berkata lagi, "Wahai Muhammad, saya memohon kepada Allah agar saya bisa melihat anak-cucu Adam, sementara mereka tidak bisa melihatku. Kemudian Allah menjadikan aku bisa mengalir melalui peredaran darah mereka. Diriku bisa berjalan kemanapun sesuai kemauan diriku dan dengan cara bagaimana pun. Kalau saya mau dalam sesaat pun bisa. Kemudian Allah berfirman kepadaku. 'Engkau bisa melakukan apa saja yang kau minta'. Akhirnya saya merasa senang dan bangga sampai hari Kiamat. Sesungguhnya orang yang mengikutiku lebih banyak daripada orang yang mengikutimu. Sebagian besar anak-cucu Adam akan mengikutiku sampai hari Kiamat".


Iblis melanjutkan lagi, "Saya memiliki anak yang saya beri nama Atamah. Ia akan kencing di telinga seorang hamba ketika ia tidur meninggalkan shalat Isya'. Andaikan tidak karenanya tentu manusia tidak akan tidur terlebih dahulu sebelum menjalankan shalat.
Saya juga punya anak yang saya beri nama Mutaqadhi. Apabila ada seorang hamba melakukan ketaatan (ibadah) dengan rahasia dan ingin menutupinya, maka anak saya tersebut senantiasa membatalkannya dan dipamerkan ditengah-tengah manusia, sehingga semua manusia tahu. Akhirnya Allah membatalkan sembilan puluh sembilan dari seratus pahala. Sehingga yang tersisa hanya satu pahala. Sebab setiap ketaatan yang dilakukan secara rahasia akan diberi seratus pahala.


Saya punya anak lagi yang bernama Kuhyal, dimana ia bertugas mengusapi celak mata semua orang yang sedang berada di majelis pengajian dan ketika khatib sedang berkuthbah. Sehingga mereka terkantuk dan akhirnya tidur, tidak bisa mendengarkan apa yang dibicarakan para ulama. Mereka yang tertidur tidak akan ditulis pahala sedikitpun untuk selamanya".


Iblis melanjutkan lagi, "Setiap kali ada perempuan keluar mesti ada setan yang duduk di pinggulnya, ada pula yang duduk di daging yang mengelilingi kukunya. Dimana mereka akan menghiasi kepada orang-orang yang melihatnya. Kedua setan itu kemudian berkata kepadanya, 'Keluarkan tanganmu'. Akhirnya ia mengeluarkan tangannya, kemudian kukunya tampak, lalu kelihatan nodanya".
Iblis melanjutkan lagi, "Wahai Muhammad, sebenarnya saya tidak bisa menyesatkan sedikit pun. Akan tetapi saya hanya akan mengganggu dan menghiasi. Andaikan saya memiliki hak dan kemampuan untuk menyesatkan, tentu saya tidak membiarkan segelintir manusia pun di muka bumi ini yang masih sempat mengucapkan dua kalimat Syahadat, 'Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan-Nya'. Tidak akan ada lagi orang yang shalat dan berpuasa. Sebagaimana engkau wahai Muhammad, tidak berhak untuk memberikan hidayah sedikit pun kepada siapa saja. Akan tetapi engkau adalah seorang utusan dan penyampai amanat dari Allah. Andaikan engkau memiliki hak dan kemampuan untuk memberi hidayah, tentu engkau tidak akan membiarkan segelintir orang kafir pun di muka bumi ini. Engkau hanyalah sebagai argumentasi (Hujjah) Allah SWT terhadap mahluk-Nya. Sementara saya hanyalah menjadi sebab celakanya orang yang sebelumnya sudah dicap oleh Allah sebagai orang celaka. Orang yang bahagia dan beruntung adalah orang yang dijadikan bahagia oleh Allah sejak dalam perut ibunya, sedangkan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan celaka oleh Allah sejak dalam perut ibunya".


Rasulullah SAW kemudian membacakan firman Allah SWT : "Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia ummat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu'. (QS.Hud:118-119).

Kemudian beliau Nabi SAW melanjutkan dengan firman Allah SWT : "Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku". (QS.Al-Ahzab:38).
Lantas Rasulullah SAW berkata lagi kepada iblis, "Wahai Abu Murrah (iblis), apakah engkau masih mungkin bertobat dan kembali kepada Allah, sementara saya akan menjaminmu masuk surga".


Iblis menjawab, "Wahai Rasulullah, Ketentuan telah memutuskan dan Qalam pun telah kering dengan apa yang terjadi seperti ini hingga hari Kiamat nanti. Maka Maha Suci Allah Yang telah menjadikanmu sebagai tuan para Nabi dan Khathib para penduduk Surga, Dia telah memilih dan mengkhususkan dirimu. Sementara Dia telah menjadikan saya sebagai tuan orang-orang celaka dan Khatib para penduduk Neraka. Saya adalah mahluk yang celaka lagi terusir. Ini adalah akhir dari apa yang saya beritahukan kepadamu, dan saya mengatakan sejujurnya ".


Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, Awal dan Akhir, Zhahir dan Bathin Dan semoga Shalawat dan Salam sejahtera tetap diberikan kepada seorang Nabi yang Ummi dan kepada para keluarga dan sahabatnya serta para Utusan dan para Nabi.

Saturday, August 21, 2010

DIALOG RASULULLAH DENGAN IBLIS

DIRIWAYATKAN oleh Muadz bin Jabal RA dari Ibn Abbas RA, ia berkata..

"Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang kawan dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar..

“ Ooo tuan rumah, boleh aku tumpang masuk, kerana kamu perlu padaku!"

"Kamu tahu tak siapa yang panggil itu?" Tanya Rasul pada kawannya.

"Tentu Allah dan Rasulnya lebih tahu." Jawab kawannya.

"Dia adalah Iblis terkutuk, semoga Allah laknatkannya." Jawab Rasul.

Umar bin Khattab membalas,"Ya Rasulullah, izinkan aku bunuh sahaja?"

"Sabar Umar." Bisik Rasul perlahan. "Engkau tak tahu ke, dia termasuk mereka yang ditunda kematiannya hingga waktu tertentu? Sekarang, sila buka pintu untuknya, kerana dia sedang diarahkan Allah SWT. Fahami apa yang dia kata dan dengar apa yang dia beritahu kamu."

Begitu kata Ibnu Abbas RA. Beliau terus bercerita lagi..

“Pintu dibuka, Iblispun masuk di tengah-tengah kami. Ternyata dia seorang tua bangka dan buta pula sebelah mata. Dagunya berjanggut tujuh helai, rambut panjang seperti rambut kuda. Dua kelopak matanya panjang. Kepalanya seperti kepala gajah sangat besar. Gigi taringnya panjang keluar macam taring babi. Dua bibirnya seperti bibir harimau/kerbau.

Dia (Iblis) berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”.

Nabi SAW jawab :” Assamu lillah ya la’iin. Aku tahu kau ada keperluan pada kami. Apa yang kau mahu Iblis?"

"Ya Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa.” Jawab Iblis.

Nabi SAW tanya lagi, "Terpaksa kerana apa ke sini hai yang dilaknat?"

Iblis menjawab, "Aku didatangi seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung. Ia (Malaikat) berkata padaku, ‘Allah SWT suruh kau jumpa Muhammad SAW, dalam keadaan hina dan bersahaja sahaja. Kau beritahunya, bagaimana tipu muslihat, godaan dan putarbelit engkau terhadap Bani Adam, bagaimana engkau pujuk dan merayu mereka. Engkau kena jawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan padamu’.

Allah SWT berfirman, "Demi kemuliaan dan keagunganKu, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas angin lalu dan Aku puaskan musuhmu dengan bencana yang menimpamu”.

Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika (jawapan) aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanya itu, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku dengan leganya musuh-musuhku, dari menimpa diriku”. (Demikian jawapan panjang dari Iblis).

"Jika kamu jujur, beritahuku, siapa yang paling kamu benci?” Rasul mula bertanya lagi.

Jawab Iblis, "Engkau.. Muhammad. Engkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci.. Kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.

Rasulullah SAW : "Siapa lagi yang kamu benci?”.

"Anak muda yang taqwa, yang serahkan jiwanya kepada Allah SWT”. Jawab Iblis.

”Lalu siapa lagi ?” Tanya Rasul.

"Orang alim dan wara aku tahu, lagi penyabar” jelas Iblis

"Lalu, siapa lagi?”, tanya Rasul.

"Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”, jelas Iblis.

Rasulullah: "Lalu, siapa lagi?”.

”Orang miskin yang sabar, tidak cerita fakirnya kepada orang lain dan tidak mengadu keluh-kesahnya“. Kata Iblis.

Rasulullah: "Bagaimana kamu tahu dia penyabar?”.

"Muhammad.. jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak masukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar." Jelas Iblis.

Rasulullah:”Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis: "Orang kaya bersyukur".

Rasulullah bertanya: "Bagaimana kamu tahu ia bersyukur?”.

"Jika aku lihat dia ambil dan letakkan pada tempat yang halal..”, jelas Iblis.

Rassulullah:”Bagaimana keadaanmu jika umatku kerjakan sholat ?”.

Iblis: "Aku merasa panas dan gemetar!”.

Rasulullah: "Kenapa, hai yang dilaknat?”.

"Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah dengan sekali sujud saja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat”.

Rassulullah:”Jika mereka shaum (berpuasa) ?”.

"Aku terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”. Jelas Iblis.

Rasulullah:”Jika mereka menunaikan haji?”.

Iblis: "Aku jadi gila!”.

Rasulullah: "Jika mereka membaca Al Qur’an?".

Iblis: "Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.

Rasulullah: "Jika mereka berzakat?”.

Iblis: "Seakan-akan perzakat itu mengambil gergaji/kapak dan memotongku jadi dua”.

Rasulullah: "Mengapa sampai begitu sekali, Abu Murrah?”.

Jawab Iblis, "Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu.

Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan penzakat itu disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Keempat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.

Rasululla :”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”.

Jawab Iblis, "Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, dia tidak taat kepadaku, bagaimana dia akan taati padaku semasa Islam?”.

Rasulullah: "Apa pendapatmu tentang Umar?”.

Iblis: "Demi Tuhan, takkan aku bertemu dengannya kecuali aku lari darinya!”.

Rasulullah: "Apa pendapatmu tentang Utsman ?”.

Iblis: "Aku malu dengan orang yang malaikat saja pun malu kepadanya”.

Friday, August 20, 2010

UMNO TAKUT GUAN ENG DIBERIKAN HIDAYAH?

Petikan laman sharpshooterblogge
Muka depan Utusan Meloya hari ini terus memainkan sentimen perkauman Melayu meloya sempit dan yang terbaru umno cuba mengheret Guan Eng dengan Agong pula kononnya khutbah kedua Jumaat menggantikan nama Guan Eng dari nama Agong.

Sebagai rakyat P.Pinang, sharpshooter terasa amat malu dengan sikap dangkal umno yang seolah gila talak meroyan tak tentu pasal

Bukti tidak ada tetapi terus serang Guan Eng dengan tuduhan tersebut malah Guan Eng semalam menafikan dan beliau tidak tahu menahu pun dan telah arahkan YB Malik Kassim selaku Exco Agama untuk menyiasat perkara tersebut.Tetapi seperti yang kita semua sedia maklum, kenyataan Guan Eng menafikan isu tersebut tidak disiarkan dalam surat khabar Melayu seperti juga kenyataan Guan Eng tentang bonus duit raya RM400.

Begitulah peranan surat khabar Melayu milik umno yang terus memperbodohkan orang Melayu terutamanya Melayu umno dari dulu...kini...dan selamanya....
Sebelum Ramadhan, Sharpshooter pernah solat Jumaat di Masjid Tok Lebai Hashim, Bukit Minyak. Ketika itu Khatib berkhutbah bukan membaca khutbah. Ada beza khatib berkhutbah dengan khatib membaca khutbah.Khatib membaca khutbah bermakna khatib hanya membaca teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam P.Pinang tetapi khatib yang berkhutbah adalah khatib yang berkhutbah tanpa teks dan beliau berkhutbah dengan niat memberi kesedaran kepada jamaah yang hadir.

Dalam khutbah keduanya dalam doanya khatib tersebut berdoa kepada Tuan Yang Terutama P.Pinang dan juga kepada Yang Di-pertuan Agong, Tuanku Mirzan Zainal Abidin. Malah khatib tersebut juga berdoa kepada Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng agar Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya, agar Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam dan dapat menjalankan pemerintahan dengan seadil-adilnya.

Persoalannya adakah ia satu kesalahan jika kita berdoa untuk Ketua Menteri yang bukan Islam agar suatu hari Allah akan memberi taufik dan hidayah kepadanya dan akan memeluk Islam.Tidak ada salahnya pun malah memang ini dituntut oleh Islam tetapi malangnya lebai malang umno tidak boleh terima dan pada fahaman mereka yang jumud seolah-olah hanya Melayu yang Islam dan Islam itu Melayu. Ini adalah satu fahaman kurafat yang ditegah oleh Islam sama seperti hanya umno yang boleh perintah negeri dan negara.

Sementara itu di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong, Guan Eng berhasrat untuk berkunjung ke masjid tersebut dan bertemu dengan pengurusan masjid tersebut untuk berbincang dan seterusnya ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat pada 20 Ogos 2010 Jumaat (hari ini).
Tetapi sekali lagi malangnya, Apa yang terjadi pihak pengurusan Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong menolak kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang ke masjid dengan memberi berbagai-bagai alasan oleh pihak pengurusan masjid.

Sekali lagi peristiwa Masjid Terapung Tanjung Bungah pada tahun 2008 memberi peringatan usaha menolak kehadiran Ketua Menteri ke masjid adalah salah satu agenda perancangan UMNO Bukit Bendera.

Sementera itu, Utusan Meloya melaporkan semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.

Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.

Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.

Pada masa sama, seorang lelaki yang sangat dikenali rakyat negeri ini memerhatikan Guan Eng dengan reaksi yang amat marah.

Justeru, pasukan Cawangan Khas yang menyaksikan perkara itu meminta pihak pengurusan masjid menasihatkan Guan Eng supaya pulang lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku dan beliau akur dengan permintaan itu.

Kejadian itu merupakan kontroversi terbaru melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut kerana sebelum ini sekumpulan peniaga bazar Ramadan di Komtar mengadakan demonstrasi selepas mereka tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut walaupun boleh berbuat demikian sejak dua dekad lalu.

Ekoran kejadian tersebut juga, seorang lelaki bertindak cuba membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan Guan Eng berhubung isu perniagaan di Komtar.

Baru-baru ini juga, seorang lelaki, Ali Ahmad Ariff, 63, terpaksa bersemuka dengan Guan Eng sendiri bagi mendapat penjelasan daripada mulut pemimpin itu sendiri mengenai beberapa isu khususnya yang melibatkan orang Melayu.

Lelaki tersebut yang juga dikenali Pak Ali sempat menepuk bahu kiri Guan Eng berikutan tidak puas hati dengan Ketua Menteri itu yang didakwa bersikap rasis dan menindas orang Melayu di negeri ini.

Kejadian itu berlaku di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP) di tingkat dua Menara Komtar.

Inilah bahan cerita yang dimuatkan dalam Utusan Meloya yang berterusan menyerang Guan Eng.

Tetapi terus terang dikatakan, semasa sharpshooter pernah hadiri sidang media bersama Guan Eng di KOMTAR, beliau percaya dan berkata ini semua ada hikmahnya dan beliau akan terus bersedia menghadapi serangan berterusan dari UMNO dan BN.

Inilah ilmu yang ada pada Guan Eng yang banyak mendalami ilmu Islam. Semoga Allah membuka pintu hatinya...InsyaAllah...

Syabas diucapkan kepada Guan Eng yang terus mempertahankan dirinya dan menyerang balas terhadap UMNO dan BN.

Cuma ramai yang bertanya pada sharpshooter, mana hilangnya suara TKM 1 dalam isu Melayu yang berbangkit. Saya kata adaaaaaa...

(Din Binjai)

WEE KA SIONG KATA BERDUA LEBIH BAIK

1_084903 (link)

Thursday, August 19, 2010

NURUL IKON BARU WANITA MUDA MALAYSIA?

41600_37447942417_1526_n Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih?  Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

Demikian ulasan YB Nurul Izzah Anwar yang diberi gelaran “Puteri Reformasi”. Menjawab kritikan Menteri Pertahanan Dato’ Ahmad Zahid Hamidi yang melabel beliau sebagai pengkhianat negara.

Semasa kempen PRU ke 12 dulu beliau sering menghantar wakil untuk mendengar ucapan lawannya, DS Sharizat Jalil. Kemampuannya berhujah balik terhadap isu-isu yang dilemparkan amat dikagumi. Terbukti dengan keputusan DS Sharizat yang terkenal dengan “Ratu Publisiti” itu kecundang ditangan muka baru dalam politik.

Dalam rangkaian Facebook beliau mempunyai puluhan ribu ‘sahabat’ dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa beliau adalah ikon kepada perjuangan wanita dinegara ini. Sahabatnya terdiri dari mahasiswi universiti dan golongan muda profesional wanita. Bahkan  diberitakan ramai dikalangan puteri UMNO  yang dulu menyokong kepimpinan Azalina menjadi sahabat Nurul dalam facebook. Disebalik kelembutan wajah keibuannya beliau sebenarnya mewarisi kelantangan bersuara mewarisi dari ayahnya DS Anwar Ibrahim.

Apakah beliau mampu mempertahankan kedudukannya sebagai ahli parlimen? Mungkin rakyat Lembah Pantai lebih bijak menilai kepimpinannya berbanding dengan bekas penyandangnya yang sentiasa menunggu peluang untuk mengembalikan maruahnya yang tercalar oleh ‘budak mentah’ seperti yang diungkapkan sewaktu berkempen dahulu. Dengan imej dan kepopulariti yang ada pada Nurul Izzah Anwar ini DS Sharizat kena bekerja lebih keras dan jangan hanya bersikap suka mencari publisiti sahaja.

Wednesday, August 18, 2010

PEGUAM MANGKUK AYUN

Bagi seseorang yang tidak memahami karenah perundangan biasanya berpandangan bahawa perbicaraan bergantung pada hujah dan pembuktian. Tapi mangkuk ayun punya peguam ini yang kononya dah 24 tahun jadi peguam. Katanya perundangan bergantung pada majoriti.

Razak kemudiannya mengulangi soalan kepada Pornthip bahawa pendapatnya adalah berlainan dengan empat orang doktor yang hadir pada bedah siasat kedua.
Razak: Satu lawan empat...

Pornthip:
Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak:
Kita bekerja berdasarkan majoriti.

 

Mangkuk ini cuba main politik dalam makhamah. Kalau majoriti pegawai SPRM kata Teoh bunuh diri kena ikut majoriti ke?

Hakim jadi tunggul. “Kalau aku cakap tutup kau tutup”. Arahan Labu kepada Labi.

Friday, August 13, 2010

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran

31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

Wednesday, August 11, 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan



1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Tuesday, August 10, 2010

Tabiat Pemakanan Di Bulan Ramadhan.

Puasa yang dilakukan dengan betul memberi kesan baik pada kesihatan. Puasa membantu menyingkirkan toksin, mengurangkan berat badan dan merehatkan sistem penghadaman. Kajian juga menunjukkan berpuasa boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah.
Menahan lapar dan dahaga sepanjang siang ada kalanya menguji daya ketahanan seseorang. Justeru, tidak hairan ada yang cepat berasa letih, mudah diserang sakit kepala, gayat, masalah penghadaman, sembelit, gastrik, peptik ulser dan pedih ulu hati. Namun, ada yang berupaya menurunkan berat badan manakala yang lain bertambah gemuk hingga tidak boleh menyarung baju kebaya baru yang ditempah untuk Hari Raya Puasa.

Tabiat Makan;
Ramai tidak mengambil perhatian mengenai tabiat makan sepanjang bulan puasa. Kita boleh lihat ada orang yang makan secara berlebihan ketika berbuka puasa dan ada pula yang tidak bersahur. Kita semua biasa melihat orang ramai berpusu-pusu ke bazar Ramadan yang menjual aneka juadah berbuka puasa. Permintaan yang meningkat bagi bufet buka puasa di hotel dan restoran juga mencerminkan tabiat makan berlebihan ketika berpuasa.
Tabiat makan secara berlebihan bertentangan dengan prinsip puasa kerana berpuasa tidak bermakna seseorang itu perlu makan banyak untuk menyimpan tenaga atau menggantikan khasiat pemakanan yang kurang.
Diet kita ketika puasa tidak seharusnya berbeza daripada diet biasa yang sihat dan seimbang. Kita tidak perlu makan lebih ketika berbuka puasa kerana badan kita mempunyai mekanisme kawalan yang diaktifkan ketika berpuasa. Ia akan menggunakan lemak badan dengan cekap untuk membekalkan tenaga yang kita perlukan. Justeru, diet biasa dengan pengambilan jumlah makanan secara normal dan seimbang adalah mencukupi untuk membolehkan kita sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadan.
Sebaliknya, kebanyakan orang memilih untuk tidak bersahur atau makan terlalu sedikit ketika sahur. Sahur penting kerana seseorang itu akan makan makanan terakhir sebelum mula berpuasa sepanjang hari. Walaupun susah atau penat, kita perlu makan ketika sahur. Ini untuk membekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari.
Apabila bersahur, segelas air sejuk atau secawan minuman panas tidak mencukupi. Katanya, setiap orang perlu mengambil makanan yang betul sekalipun lebihan makanan daripada juadah berbuka puasa.

Diet Makanan Seimbang;
Satu lagi aspek yang tidak dihiraukan ketika berpuasa ialah pilihan makanan, khususnya diet makanan berkhasiat dan seimbang.
Ketika berpuasa, badan memerlukan makanan sebelum subuh dan selepas senja untuk memastikan imbangan pemakanan yang sihat dan membekalkan vitamin, mineral selain tenaga yang tahan sepanjang hari.
Badan kita juga memerlukan nutrien untuk pemulihan pada waktu malam. Disebabkan kekurangan tenaga dan kandungan gula dalam darah menjelang penghujung waktu puasa, terdapat kecenderungan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat dan kuih manis ketika berbuka puasa hingga kita mengabaikan kumpulan makanan yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perbezaan antara karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas juga perlu difahami. Karbohidrat ringkas cepat mengenyangkan tetapi tidak dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Antara contoh karbohidrat ringkas adalah kuih, kek, roti putih dan emping jagung bersalut gula. Alternatif lebih sihat termasuk roti mil penuh, nasi bijian penuh dan mi.
Sebaliknya, makanan berkarbohidrat kompleks yang lambat hadam membekalkan tenaga selama 8 jam, berbanding makanan cepat hadam yang hanya membekalkan tenaga untuk 3 hingga 4 jam.
Diet yang sederhana dan meliputi semua kumpulan makanan utama adalah penting dan lebih baik daripada satu kumpulan makanan saja.
Sekiranya nutrien, vitamin dan mineral tidak dapat diperoleh dengan secukupnya pada bulan puasa, disyorkan mengambil multivitamin sebagai tambahan.
Kesihatan ketika berpuasa bukan saja bergantung kepada makanan yang seimbang tetapi juga air yang secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 9 gelas atau satu liter air sehari walaupun pada hari berpuasa. Strategi terbaik ialah minum 9 gelas air ini secara beransur-ansur dari saat kita berbuka puasa hingga sahur.

Panduan Mudah Untuk Kekal Sihat Ketika Berpuasa;
# Ambil makanan rendah glisemia (GI) ketika bersahur untuk membantu mengawal paras gula dengan memilih makanan lambat hadam yang membekalkan tenaga sehingga 8 jam.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.

Makanan Yang Disyorkan Untuk Bersahur;
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Makanan Yang Disyorkan Berbuka Puasa;
# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.
Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :
# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.

Ramadhan - Penyucian Diri Untuk Kembali Kepada Fitrah

clip_image001Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.


Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).
- Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :


رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431

Monday, August 9, 2010

AYAM 2 KEPALA

Rooster-Hen--32465 Bulan puasa menjelang kembali. Mahluk yang paling teracam ialah mahluk spesis dalam gambar ini. Tapi kalau nak cari macam dalam gambar itu susah. Tak payah cari kat reban ke kat ladang ke susuah nak jumpa. Tapi semalam di Jalan Kebun mahluk ini muncul.

Pandai pulak buat cabaran kepada  Kerajaan Selangor agar menutup semua premis hiburan semasa ramadhan ini. Samada niatnya ikhlas atau tidak wallahualam. Cuma agak terkilan kenapa hanya disuruh kerajaan negeri Selangor sahaja. Mahluk ini yang juga sebagai ahli parlimen dari kerajaan pusat BN sebenarnya mampu untuk menyarankan menteri yang menjaga bahagian perlesenan berbuat demikian.

Mungkin spesis ini perangainya macam ayam jantan yang berkokok lantang tapi ekor bergelumang tahi disatu kepala dan dikepala lain menjadi ayam betina tunduk mematuk padi yang ditabur. Mungkin ada yang ingin komen spesis ini tidak berekor.Memang benar kerana ekornya telah tercabut. Ekornya yang selama ini menjadi ekor sendiri tidak sanggup menjadi ekornya. Asyik bergemulang dengan tahi aje. Sementara kepalanya sentiasa diangkat untuk berkokok mungkin nak kenen ayam betina aje kerjanya.

Spesis ini hanya menunggu waktu untuk diawetkan bagi menjadi tontotnan orang ramai.

Saturday, August 7, 2010

FELDA TIPU PENEROKA… TAKPE

Warga Felda Prihatin: Membongkar Penyelewengan Jual Beli Buah Sawit oleh Felda

Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.

Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.

PENIPUAN KILANG

Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.

Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).

Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.

Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.

Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.

Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.

(Nota: Biasanya dalam kes-kes gini orang melayu felda akan cakap,”Takpe. Selama inipun felda dah banyak bantu kita. Anak pakcik yang masuk u pun kerana duit felda. La nie felda susah jadi mika ambil untung sikit. Tak pe…”

Tanpa menyedari sewatu pakcik itu bermandikan peluh mengusahakan ladangnya ada segelintir manusia yang kesejukan kerana ‘aircond’ dibawah kot dan tali leher mereka merancang membahagikan keuntungan hasil titik peluh peneroka. Ketika sesekali pakcik itu mengeluh kenaikan harga barang ada segelintir ‘haiwan ekonomi’ mula mengira ‘percent’ yang diperolehi dari projek yang diluluskan mula merancang membina rumah jutaan ringgit dan menambah koleksi kereta digaraj yang bakal diperbesarkan.

Sehingga itu pakcik peneroka akan tetap berkata TAKPE…

YANG HALAL DAN YANG HARAM

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
(1)Mcdonald   (2) A&W (3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
(1) Victoria Station (2)Kam Lun Tai (3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
(1) San Francisco Steakhouse (2)Chicken Rice shop (3)Kiwi Express

Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :

1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam .Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis   yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5.   Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California pizza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
King’s Confectinery
telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.