Sekadar bertanya apakah perlantikkan khusrin sebagai SUK ada kena mengena dengan projek pembinaan hospital Shah Alam yang terbengkalai tu?
Apa nama syarikat tu. Alah yang ada kena mengena dengan kerabat sultan tu. Dengar cerita sampai nak kena saman.
Friday, December 31, 2010
Tuesday, December 28, 2010
SIAPA SIKITOL KERAJAAN SELANGOR?
Doesn't anyone from Sgor MB office call to check first to seek an audience with the Sultan? The Tuanku is not available.
Twitter dari khairy jamaluddin.
Apa semua ini? Apa hubungan ketua pemuda umno ini dengan pentadbiran kerajaan di Selangor? Apakah ini mengesahkan dan membuktikan memang ada ‘tangan-tangan’ di belakang Sultan Selangor yang cuba memkucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Ramai pihak lega bila tempoh Khusrin di Jais berakhir. Pentadbiran Khusrin yang dilihat dan terbukti masih berkiblatkan UMNO tidak menepati profesionalisme yang wajar diamalkan oleh semua yang bergelar pengarah jabatan. Beliau seharusnya bekerja selari dengan dasar-dasar kerajaan majoriti pilihan rakyat. Banyak tindakan yang dibuat tidak mematuhi kriteria yang dimaksudkan. Dalam setiap tindakan yang dilakukan biasanya menggunakan alasan ‘ setelah diperkenankan Sultan’. Apakah perkenan itu sebenarnya diberikan adalah satu persoalan. Ada pihak-pihak lain selain Khusrin yang duduk mereka ini ‘bergayut’ dengan Sultan Selangor sebenarnya berkhidmat untuk satu pihak tertentu.
Adakah rakyat Selangor akan membiarkan pihak-pihak ini membelakangkan aspirasi politik mereka? Membelakangkan demokrasi yang dilaung-laungkan bersama gagasan 1 Malaysia mereka? Barangkali mereka inilah ‘sikitol-sikitol’ yang dimaksudkan oleh TS Khalid Ibrahim, MB Selangor.
Jangan sampai sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ditangan 'sikito'l ini berulang.
Sunday, December 26, 2010
BN FAHAMKE UNDANG-UNDANG NI?
KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR SOKONG LARANGAN GUNA LOGO 1 MALAYSIA
PAS Selangor berdiri teguh dan mempetahankan keputusan kerajaan negeri Selangor dalam melarang penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan dan kain-kain rentang perniagaan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri. Ternyata slogan 1 Malaysia yang dipergunakan oleh Barisan Nasional sebagai slogan politik mereka adalah slogan politik dan tidak sesuai digunakan sebagai sebahagian dari iklan perniagaan kerana ia bakal meresah dan mengelirukan rakyat.
Selama ini tidak ada mana-mana iklan perniagaan di Selangor yang menggunakan logo atau slogan parti-parti politik samada dari kerajaan negeri mahupun pembangkang.
Walaubagaimanapun pihak BN dan parti-parti komponannya bebas menggunakan logo berkenaan pada kain-kain rentang dan poster mereka pada bila-bila masa selagi mana ia memperolehi permit dari PBT di Selangor.
Larangan ini bertepatan dengan peraturan negeri yang sedia ada yang diamalkan sejak zaman BN berkuasa di Selangor lagi. PAS Selangor menyeru pihak BN dan yang berkaitan agar menghormati undang-undang dan peraturan yang sedia ada dan tidak mempolitikkan larangan ini. Semua pihak selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab wajar mendaulatkan undang-undang dan peraturan sebagaimana termaktub dalam Rukunegara.
DIKELUARKAN OLEH:
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR
26 Disember 2010/ 20 Muharam 1431
(Diharapkan BN dalm kes ini jangan jadi gangster buat tak faham dan tak menghormati undang-undang macam selalu)
Saturday, December 18, 2010
KENDURI PILIHANRAYA
Seorang 'musuh lama' menghantar email kepada aku. Dia ini orang N9. Dulu aku jumpa masa zaman reformasi. Bersemangat betul dia masa tu sampai pernah kena balun oleh FRU, masuk lokap dan sampai dibuang kerja. Lebih kerana displin bukan pasal menyokong reformasi aku rasa. Dia ini jadi 'musuh aku kerana kalau berjumpa tak sah kalau tak bertekak.
Kadang-kadang idea dia tu bernas juga. Masa PRU 12 dia sonyap aje tak bantu pun aku kat Bangi ni. Dah frust ngan PKR katanya(dia ahli PKR). Bila PR menang di Bangi dia lagi sonyap. Hanya sesekali 'bergaduh' melalui SMS. Nak kata dia ni dah masuk UMNO tak juga kerana sesekali tu dia bantai juga UMNO ni terutama pasal isu judi dan rasuah. Pasal kroni dia bantai umno lagi teruk. Entah mana dia dapat sumber berita aku pun tak tahu.
Email yang dihantar menceritakan pengalamannya. Dia menceritakan bahawa jiran satu taman dengannya ialah orang kuat PAS. Ada jawatan jugalah. Maka ditakdirkan jiran itu membuat majlis kenduri. Jiran dia ini memang terkenal dengan protokolnya. Jadi majlis yang dianjurkan itu dirancang dengan rapi. Siap senarai nama jemputan dan tentatif kenduri. Dia berbangga dengan jemputan terdiri dari barisan kepimpinan PAS kawasan dan beberapa VIP orang korporat.
Yang dia bengang ialah dia sebagai jiran setaman di buat endah tak endah. Tak pasti samada dia dijemput sama atau tidak. Tapi yang pastinya orang-orang umno yang duduk ditaman itu tidak menerima sebarang jemputan. Banyak lagilah yang dicerita pasal majlis tersebut.
Diakhir email itu ia mengajukan beberapa persoalan dan komen. Katanya jika PAS Bangi ingin meneruskan kesinambungan sebagai pemerintah maka 'key word' yang diperlukan ialah 'humble'. Entah dimana ayat itu diambil kira hebat juga mamat ini.
1.Program-program yang PAS lakukan harus melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan seseorang itu.
2.Ahli PAS harus mendominasi program-program mengimarahkan surau dan masjid. Dalam waktu yang sama PAS harus menyediakan barisan pelapis yang menguasai surau dan masjid.
3. Pemuda PAS perlu kerap turun padang untuk menemui golongan muda kerana 60% pengundi PRK 13 nanti adalah golongan muda. Seharusnya tidak ada garis pemisah yang menjarakkan antara pemuda PAS dengan golongan ini. Jangan kau jumpa mereka ini dengan memakai jubah dan serban. Lari mereka nanti.
4. Ketua-ketua cawangan PAS harus diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Mereka harus diberikan sedikit 'autoriti' menentukan sumbangan atau pembangunan yang ingin dijalankan.
Dia juga mengingatkan bahaya beberapa agensi kerajaan yang digunakan bagi memastikan BN terus berkuasa.
Aku cuma berharap 'musuh' aku ni ikhlas dalam apa yang diperkatan.

Thursday, December 16, 2010
Saturday, December 11, 2010
Songkok hitam dan kopiah putih di Bangi
1.Baru sahaja hadir dalam program Selamatkan Selangor oleh umno serdang di padang awam depan SK Bdr Baru Bangi Jalan Dua. Ulang sekali lagi PADANG AWAM. Setahu aku ceramah ditempat terbuka ini memang tak dapat permit. Seperti yang diduga tiada sekatan jalanraya dibuat bahkan tiada seorang pun polis yang kelihatan. SB yang muka biasa hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat pun tak nampak. Cuti hujung tahun kot.
2. Kalau polis nak penuhkan buku saman mereka malam tadi mereka terlepas peluang. Berpuloh biji motor ditunggang oleh budak muda mengiringi Ezam hadir.
3. Dapat duit minyak, makan dan sehelai T-shirt hitam free kata mereka. Ada logo GAP. Brom Brem melanyakkan tayar motor mereka ke dalam padang. Rosak le rumput tu wei. Makan asaplah hadirin terutama kanak-kanak Tabika Kemas yang diundang sebagai tetamu khas untuk meramaikan hadirin.
4. Khemah 18 buah. Banyak tu standard jamuan hariraya. Dengar cerita bajet RM 30 k beb untuk setiap program Selamatkan Selangor. Peniaga muka tension. Balang air batu ¾ masih berbaki. Berkotak-kotak barang niaga dipunggah semula ke dalam lori.
5. Budak motor ni tak sempat Ezam habis ceramah dah belah. Yelah nak tunggu apa lagi?
6. Ezam seperti biasa ceramahnya lebih tertumpu menyerang Anwar Ibrahim. Salahkan orang PAS sokonng AI. Ulas sikit pasal rasuah kerana nak promosikan bukunya. Rasuah ni kan hak orang umno aje. Terdengar bisikkan hadirin dibelakang aku. Entah siapa aku tak kenal. Yang penting bukan SB.
7. Giliran Idris Harun cakap dah lenggang separuh. Ramai kanak-kanak merenggek ajak ibu bapa mereka balik. Boring agaknya.
8. Giliran Satim berucap dah mula lenggang tak de orang. Tinggal beberapa orang yang tunggu cabutan bertuah.
9. Ceramah umno sekarang banyak pakai ayat Al-Quran. Dulu umno cakap orang PAS start ceramah pakai ayat Quran lepas tu tak de isi lain maki, maki, maki aje. Bila ditanya apa yang dimaki tak cakap pula. Rupanya burung kakak tua. Dengar dari ketua mereka. Sendiri tak pernah dengar.
10. Hujah ceramah kosong. Ceramah macam ni tak sesuai di Bangi. Ternyata penceramah tidak mengambil kira faktor bahawa Bangi ramai cendekiawan. Kalau kat kampong atau kawasan felda mungkin ramai yang terpegun dan tepuk tangan. Kat sini sampai penceramah terpaksa minta hadirin tepuk tangan.
11. Bilangan mereka yang pakai songkok hitam tak sampai 10 orang. Ada ahli umno yang memang dikenal pasti pun hadir pakai songkok putih. Barangkali itulah gambaran dalam umno sekarang.
Friday, December 10, 2010
Thursday, December 9, 2010
4 + 1 in one kempen
Tidak cukup dengan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula, keserakahan nafsu pemimpin BN diteruskan lagi dengan kenaikan harga tarif elektrik.
Barangkali kroni-kroni mereka telah sekian lama menderita derita menanggung kemelesetan. Maka kroni-kroni yamg bakal membiayai dana piliharaya mereka dibiarkan bermaharajalela mengutip laba.
1 Malaysia bah: Kroni didahulukan.

Sunday, December 5, 2010
TAHNIAH KHIR TOYO DAPAT PAKAI GELANG
Setelah berpuloh aduan rasuah yang dikemukan oleh rakyat. Akhirnya rakyat dapat melihat Khir Toyo digari sebagai tertuduh untuk menerima rasuah.
Namun rakyat masih sangsi akan kesudahan pertuduhan itu. Rekod SPRM telah meninjukkan bahawa seringkali pertuduhan ketas mereka yang berprofil tinggi seperti ini biasanya akan berkesudahan seperti ini.
ATAS KESALAHAN TEKNIKAL MAKA PERTUDUHAN DIGUGURKAN DAN TERTUDUH DILEPASKAN TANPA PERBICARAAN.
Sehingga itu tanggapan rakyat bahawa kerajaan BN masih lagi korup tetap relevan. Tiada cara lain untuk mengubah situasi ini kecuali dengan 'menawan Putrajaya' dari tangan BN.

KESIAN NAJIB DIKETAWAKAN MASA KONVENSYEN BN
Apabila PM Najib bercakap mengenai kesetiaan seorang isteri membela suaminya. Betapa sang isteri kagum dengan kehebatan suaminya. Disebalik duduknya Najib sebagai PM yang dilahirkan dari golongan elitis ternyata beliau tidak mampu merasai kebahagiaan itu. Umum mengetahui bahawa perkahwinan sekarang adalah yang kedua baginya dan ketiga bagi isterinya.
Maka Najib PMku janganlah ikut ketawa bila perwakilan BN ketawa kerana barangkali ketawanya wakil-wakil dari BN itu ada makna. Barangkali Najib sebelum tidor nanti sempat berfikir - mereka tu ketawakan Anuar atau ketawakan aku. Sambil mengenagkan kembali peristiwa semasa konvensyen BN yang baru dihadirinya. Terbayang diwajahnya bahawa yang kuat sekali gelaknya adalah wakil-wakil dari UMNO.

Subscribe to:
Posts (Atom)