Saturday, August 7, 2010

BERTAHUN TIDUR SEBANTAL TAPI…

BN selalu berkempen kononya pemimpin Pakatan Rakyat tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Begitu jelas dalam usia yang begitu muda dalam kontek politik sukar untuk menyatukan segalanya. Namun apa yang paling penting ialah kita lihat ada kesefahaman, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain kian menyubur dikalangan komponen PR.

Pekara ini sebaliknya berlaku pada BN. Setelah 50 tahun tidur sebantal tapi tidak faham memahami. Melalui PERIKATAN dan kemudian BN, UMNO sebagai tunggak pemerintahan negara seharusnya merasa malu kerana gagal memahami dan memberi kefahaman yang jelas asas pemerintahan negara. Tidak hairan jika konsep  “baidatun taibatun warrabun ghaffur – sebuah negeri yang baik, aman dan makmur’ yang diidamkan gagal diresapi dikalangan mereka. Bahkan konsep ! Malaysia yang digagaskan berhadapan dengan kegagalan kerana kepentingan perkauman yang masih menebal dikalangan mereka. Yang wujud hanyalah kepura-puraan sambil melonjakkan ‘survival’ politik masing-masing. UMNO yang mendominasi BN sering ‘membuli’ komponen BN yang lain yang semakin hari terhakis kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Tidak mustahil jika kesedaran wujud pada generasi yang baru mererajui parti-parti itu maka satu hari BN akan dipinggirkan. UMNO bakal menjadi parti tunggal pembangkang dan seterusnya lenyap dimuka bumi ini. Menyedari hakikat ini UMNO cuba memancing PAS(satu lagi parti orang Melayu) lalu dirasuk akan sentimen kemelayuan. Mujur masih ada pemimpin lama PAS yang masih lagi terkesan akan pengalaman bersama UMNO ini. Telahan yang mudah boleh dibuat – mengapa perlu karam bersama dengan mereka yang telah mengaramkan banyak pihak.

Mungkin Chua Soi Lek sahaja yang perlu tinggal bersama UMNO kerana UMNO memerlukan orang-orang seumpamanya dalam BN. Mereka yang telah bertahun tidur sebantal bersama tapi masih lagi gemar ‘makan luar’.

pakatan2-horz

KERAJAAN RAKYAT UNTUK RAKYAT

Friday, August 6, 2010

‘USTAD’ CHUA SOI LEK BERDAKWAH HASIL TARBIAH UMNO

Perhimpuanan MCA di Alor Setar dengan Ustad Chua Soi Lek bercakap pasal kerajaan Islam. Jika orang Islam  berpandukan Al-Quran dan As-Sunah tetapi CSL berpandukan kitab oleh Syed Akhbar Ali. Siapa dia Akhbar Ali ini?

Barangkali CSL tidak mengkaji sejarah ketamadunan Islam. Tidak dapat dibezakan antara Islam dan sekularisme. Atau barangkali CSL cuba memadamkan sejarah itu dan juga SEJARAH dirinya yang hebat dengan DVDnya.

1ffab1f531bc59054d194a91577517ac

Thursday, August 5, 2010

KISAH ARNAB DAN KURA-KURA VERSI PERJUANGAN

(Hidup iniadalah perrjuangan. Apakah matlamat perjuangan itu hanya mencari kemenangan? Dimana keredhaan?)

penyokong pas Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.

(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.

Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.

Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.

Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.

Kisah ini belum berakhir....

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.

Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.

Perlumbaan dimulakan.

Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.

Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.

Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Tuesday, August 3, 2010

ANTARA HANG TUAH DAN HANG KEBUN

Hang Tuah pernah berkata "Tak akan melayu hilang didunia". Dengan kenyataan ayat tersebut dapat kita gambarkan begitu tinggi semangat kemelayuan yang ditunjangi. Namun kita sedia maklum luapan semangat kemelayuan itu diterjemahkan kearah menyatu padukan kerajaan Melaka. Kedudukan beliau sebagai seorang 'Laksamana" yang menjaga pelabuhan Melaka sudah tentunya bergaul dengan orang Cina, India, Arab, Gujerat dan sebagainya. Beliau diberitakan menguasai berbagai bahasa pertuturan bagi memudahkan beliau berkomunikasi dengan pedagang-pedagang lain.

Itu Hang Tuah yang ini Hang Kebun.


Kena belajar Bahasa Inggeris balik kerana tidak faham apa yang dikomentarkan oleh John Mallot.

Agak memalukan seorang yang pernah menjadi menteri tidak faham apa yang pihak lain kata.

Ataupun kita terpaksa bersetuju dengan kenyataan MP Khairy Jamaludin bahawa Ibrahim Ali ini adalah orang yang sentiasa menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk melonjakkan dirinya.

Malang sekali ramai orang melayu tidak sedar bahawa apa yang diperjuangkan oleh Ibrahim Ali ini adalah lebih kepada 'survival' politiknya.

Wednesday, July 28, 2010

Disebalik kempen “Selamatkan Selangor” Umno

ezam khir noh

Soldier of fortune Umno ini tidak menyedari bahawa dirinya umpama agung susut, ponggah masih.

Barangkali benar sapaan Datuk Hasan Ali terhadap Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan yang bertemakan “Selamatkan Selangor” wajar ditukar kepada kempen “Selamatkan Poket Pemimpin Umno Selangor”.

Monday, July 26, 2010

LEBAI REMPIT

35117_140800045947987_100000539772057_301225_2974519_n Semasa himpunan muslimat PAS di Kelantan ada perwakilan menyarankan golongan ustad muda mencontohi kepimpinan Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna. Semasa eranya memakai kot adalah dianggap sekular. Pakaian pendakwah adalah berjubah dan berserban dianggap satu kemestian. Langkah yang diambil oleh Hasan Al-Banna berlainan sekali. Beliau lebih senang dilihat memakai kot dan tarbus berjanggut menyesuaikan diri dengan masyarakat sekitar. Beliau juga seringkali dilihat berdakwah dikelab-kelab malam yang menjadi trend golongan-golongan yang mula dirasuki pengaruh barat.

Pengerusi Zentrum, Prof. Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah juga pernah memberi komen sama tentang perlunya ustad muda ini menyesuaikan diri agar dapat diterima oleh golongan muda-mudi yang hilang panduan. Menyedari bahawa lebih dari 60% pengundi pada PRU ke 13 nanti adalah terdiri dari golongan mereka yang berumur 20-40 tahun maka pemuda BN telah melakukan satu kajian yang sama terhadap golongan ini. kajian mendapati majoriti dari mereka tidak memihak kepada mana-mana parti dan sukar diramal kecenderungan mereka. Walau bagaimana pun semasa PRU ke 12 golongan ini dilihat cenderung memberikan undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat terutama dari PKR. Majoriti golongan ini menyantuni gaya kepimpinan Anwar Ibrahim. Mereka yang berada di IPT mula yang mempunyai kefahaman agama yang lebih mendalam lebih cenderung memilih PAS sebagai pilihan mereka. Agak aneh diperhatikan bila pendoktrinisasi melalui PLKN gagal menarik minat mereka ini kearah kerajaan BN.

38323_140800789281246_100000539772057_301273_7637356_n Kempen ‘ Orang muda geng kita’ lebih menampakkan impak dikawasan pantai timur(Kelantan dan Terengganu) namun agak berkurangan di kawasan pantai barat terutama di Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sedangkan kalau diperhatikan dikawasan Lembah Kelang adalah kawasan tumpuan golongan ini. Di Selangor jawatankuasa PeBT(Penggerak Belia Tempatan) yang ditubuhkan oleh kerajaan PR Selangor kurang menyerlah dengan hanya beberapa PeBT sahaja yang aktif.

Tindakan proaktif perlu dilakukan merekrut lebih ramai tenaga muda dan menyuntik kesedaran dikalangan mereka akan tanggung jawab yang bakal mereka pikul sebagai pewaris pemerintahan kerajaan akan datang.

Menteri yang bodoh cuba memperbodohkan rakyat

 nohomar_369298301 Akibat marah dituduh berak ditengah jalan maka dia menyepak dengan kakinya tahi yang ditinggalkan. Malang sekali tahi itu jatuh tepat kemukanya. Begitulah gambaran yang terjadi pada puak-puak Umno ini.

Tidak cukup dengan itu menterinya DS Noh Omar dalam ‘ceramahnya’ mendakwa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan PR melalui hasil jualan pasir yang meninggkat akan digunakan bagi menghadapi pilihanraya ke-13 nanti. Barangkali itulah sebabnya semasa BN berkuasa cukai pasirnya sentiasa dikekalkan dibawah RM 5 juta sahaja.Kecualilah kalau yang mendengar ceramahnya tidak berfikir menerima bulat-bulat kebodohan pemimpin mereka.

Mungkin dia sedar angka-angka ini:-

 

TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 JUN 2010
KEUNTUNGAN 3.4 JUTA 4.37 JUTA 4.29 JUTA 8.17 JUTA 13.76 JUTA 15.3 JUTA

 

telah membuktikan bahawa :-

1. Tuduhan yang dilemparkan oleh TPM Mahyuddin bahawa kerajaan PR Selangor tidak cekap adalah tuduhan liar dan tidak bertanggung jawab.

2. Kroni-kroni Umno sememangnya terlibat dalam aktiviti curi pasir dengan meninggalkan sedikit cukai bagi mengaburi mata rakyat.Kekayaan sebahagian besar daripada mereka berpunca dari hasil pasir dengan sokongan dari industri pembinaan yang rancak di Lembah Kelang.

3. Dasar- dasar kerajaan PR Selangor yang dilaksanakan oleh KKSB telah menyebabkan sumber kewangan kroni-kroni Umno yang menggunakan nama ‘usahawan Melayu’ telah terjejas

4. Keuntungan cukai dari pasir mampu dipertingkatkan jika mendapat kerjasama dari semua pihak (termasuk kerajaan persekutuan) dan pertambahan cukai itu dapat dinikmati bersama oleh rakyat.

5.Kejayaan kerajaan PR melaksanakan manifestonya. Dalam agenda MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) antaranya rakyat negeri Selangor berpeluang menikmati bekalan air percuma(utk 20 meter padu pertama) dan Skim Mesra usia Emas(RM 2500 untuk semua warga emas) dimana pembiayaannya berpunca sebahagian besarnya dari kutipan cukai pasir.

Cuma agak terkilan disebabkan masalah perundangan kita terpaksa menunggu sehingga tahun depan 2011 untuk mengambil tindakan yang sama pada kontraktor sampah yang sebahagian besarnya adalah kroni-kroni Umno.