Monday, April 26, 2010

DIMANA AL-MATHURAT?


Pencapaian Malaysia sebagai negara yang semakin maju tidak seimbang dengan perkembangan politik yang seharusnya semakin adil berdemokrasi. Begitulah ucapan penutup Ust. Wan Abdul Rahman, Pengarah Penyelidikan PAS dalam usrahnya di UPU Zon Reko. Usrah yang dihadiri oleh ahli PAS dari cawangan West Country, Taman Langat Jaya dan Seksyen 5. Turut hadir ialah Hj. Nik Pa selaku wakil dari AJK Kawasan.
Sebelum itu seperti biasa usrah dimulakan dengan membaca Al-Mathurat. Wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW bagi mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Allah dan memberi kelapangan hidup serta sebagai senjata yang utuh membentengi diri kita. Ternyata ramai ahli yang tidak membawanya. Mungkin sudah lama tidak berusrah tegur Ust. Wan.
Usrah selepas solat Isyak berjemaah itu lebih berkisar pada ahlak dan adab berjemaah. Barat menafsirkan akhlak sebagai displin minda tanpa mengaitkan dengan kerohanian. Contohnya selalu menepati masa, berhemah tinggi dsbnya.
Akhlak menuntut penafsiran merangkumi jasmani dan rohani. Akhlak merupakan sendi terpenting menghubungkan  akidah (teori) dan syariat (praktikal). Rasulullah SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia. Beliau juga menyatakan beberapa peringatan Allah kepada mereka yang beriman tetapi kemudian kufur terhadapNya.
Bila kita rasa takut pada musuh Allah maka Allah akan cabutkan rasa takut musuh Allah terhadap kita. Tidak memadai jika kita hanya berdiri di atas kebenaran tanpa memperjuangkannya. Antara peribadi sebagai pejuang ialah ikhlas, istiqamah, taat, ukhuwwah, kerahsiaan, tidak leka dengan pencapaian yang ada, tidak memungkiri janji dan sentiasa beriltizam menyempurnakannya dan tidak melampau terhadap sesuatu tindakan.
Menyentuh sedikit mengenai PRK Hulu Selangor diakhir usrah. Sehingga jam 7 petang keputusan pilihanraya lebih memihak kepada calun Pakatan Rakyat dengan majoriti 1000 undi. Malangnya bila tiba peti undi dari kawasan Felda keputusan adalah sebaliknya. Ini memberikan gambaran seolah Felda merupakan satu ‘fixed deposit’ bagi BN. Kawasan Felda telah memberikan 48  buah kerusi pada BN sebelum ini.
Bagi memenangi hati mereka kita perlu pada pentarbiahan diri. Surau dan masjid perlu diperluaskan lagi peranan dalam berdakwah.

No comments: