Mengulas mengenai tohmahan satu pihak yang mendakwa bahawa pemberian wang ehsan RM 100 kepada semua warga emas P.PinangYAB Ketua Menteri , Lim Guan Eng berkata,“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,”
Media perdana cuba memanupulasi isu ini dengan berita 40 orang warga emas memulangkan semula wang tersebut. Dalam hal ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berpendapat ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.
Kes seperti ini berlaku pada Jawatankuasa Surau Al-Huda yang telah digantung oleh JAIS. Sekumpulah ahli PERKASA cuba mengaut keuntungan politik dengan menawar bantuan yang sama. Tidak mustahil pihak UMNO akan menggunakan cara yang sama cuba mempengaruhi warga emas yang terlibat kerana selama ini pun itulah kerja mereka. Menjadi musang berbulu ayam.
(Satu pesanan diterima memaklumkan bahawa YB Teo Nie Ching akan dipanggil untuk memberi keterangan di IPD kajang pada 2 oktober(Sabtu) jam 10 pagi esok. Diharapkan semua dapat bersama-sama menyatakan sokongan kepada beliau dan juga sokongan dalam menjelaskan Islam yang sebenar kepada JAIS.)
No comments:
Post a Comment