Monday, October 25, 2010

AIR KENCING NAJEEB MAHAL RUPANYA.


Air kencing unta Badwi yang dipanggil ‘najeeb’ lebih mahal dari harga susunya. Air kencing unta dipercayai digunakan untuk tujuan perubatan bagi penyakit ginjal, kencing manis dan obesiti. Caranya disapu pada perut, dikepala atau diminum terus.  Bayangkan harga susu unta untuk 500 mililiter sekitar RM 5 tetapi harga 250 mililiter adalah sekitar RM 100.

Dr. Haider Abdul Haidar dari Universiti Diraja Saudi, Riyadh bersama pasukannya terdiri dari Dr. Abdul Jalil Abdul Qadir dan Dr. Nirwana Musthafa Bayumi bekerjasama dengan Prof. Mark Duncan dari Universiti  Denver, Colorado, Amerika, seorang pakar terkemuka di dunia dalam hal pemisahan protein telah menemukan hasil bahawa kandungan protein yang terdapat pada susu dan air kencing unta amat tinggi berbanding dengan sumber protin yang lain.
Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari #2855, Muslim #1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi saw menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat.
Ibn Qayyim memetik kata-kata Ibn Sina (pengarang Kitab al-Qanuun) : Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. [Zaad al-Ma'aad, 4/47-48].
Ulama’ khilaf berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Berkata al-‘Izz bin Abdussalam rh. “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”
Walaubagaimana pun, Jumhur fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. WA.

No comments: