Satu ketika dulu sebelum PRU 12, kerajaan UMNO/BN Selangor pernah berura-ura menaikkan cukai pintu di MPKj. Beberapa pengumunan telah dibuat tetapi kemuncaknya ialah semasa DS Khir Toyo sendiri hadir di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Langkah itu jika diteruskan bakal menyaksikan kenaikan yang amat ketara pada cukai pintu untuk setiap premis di kawasan MPKj. Bayangkan rumah teres 2 tingkat perlu membayar cukai pintu lebih RM 1000. Seperti biasa alasan yang lunak didendangkan dengan bantuan media perdana. Akibatnya hanya segelintir mereka yang prihatin dan sentiasa cakna mula mempersoalkan langkah itu terutama parti-parti politik pembangkang. Bertitik tolak dari itu PAS Serdang terutamanya dan Cikgu Lee (sekarang YB Kajang) dari PKR bergabung tenaga menentang langkah itu.
Beberapa gerakan turun padang berjumpa rakyat umpamanya kempen mengumpulkan tanda tangan dan penerangan kepada orang ramai dilakukan secara berterusan. Aktiviti banyak tertumpu dikawasan orang ramai terutama di pasar Kajang. Akhirnya satu memorandum membantah kenaikan cukai itu telah berjaya dihantar kepada YDP MPKj pada masa itu. Ketika itu pejabat MPKj masih lagi dibangunan lama 2 tingkat disebelah balai polis Kajang. Sekarang tanah itu diberitakan sudah menjadi hak milik Metro Holding. Khabarnya Masjid Jamek Kajang hampir terjual kepada mereka ini.
Rancangan itu ditangguhkan dan bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya (2008). Turut tertangguh ialah kenaikan tariff air di Selangor yang juga menjadi isu hangat ketika itu. Rupanya penangguhan itu berkait rapat dengan pengumuman PRU 12 pada Mac 2008. Hasil perubahan kesedaran orang ramai kerajaan UMNO/BN terbungkam di Selangor dan segala kenaikkan yang dirancang sekira mereka memenangi Selangor tenggelam begitu sahaja sehingga kini.
Pada minggu ini berlaku peristiwa yang hampir sama seperti dulu. Pertama pindaan Akta Buruh yang telah diluluskan tiba-tiba ditarik balik oleh Timbalan Menterinya Dato’ Maznah yang lebih dikenali sebagai ‘The Iron Lady’. Kami menerima mesej dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) untuk mengadakan piket di hadapan Bangi Utama Shopping Complex pada 12 Oktober lalu tetapi pada saat akhir piket itu dibatalkan dan ditukar kepada siding media.
Kedua, berita penangguhan GST yang mendapat tentangan orang ramai kerana kesannya mengakibatkan kenaikan harga barang. Kedua-dua langkah ini jika dilasanakan sebenarnya merugikan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Apakah ini semua petanda awal PRU13 bakal terjelma? Jika benar ianya berlaku seperti dahulu tanda-tanda ini juga menjadi titik tolak terbungkamnya kerajaan UMNO/BN dari Putrajaya mengulangi terbungkamnya UMNO/BN di Selangor.
1 comment:
salam syeih,
ana sentiasa ada. cuma blog ana yg lama iaitu al-brangi.blogspot.com sudah kena serang 'Malware', jadi ana dah berpindah ke
http://al-brangionline.blogspot.com.
tolong deletekan url lama dan digantikan dengan url tersebut.
nama aje baru, baju tetap lama. hehhehehe
Post a Comment