Friday, October 22, 2010

ULAMAK MUDA UMNO SOKONG ROSMAH HINA NABI

Ketua fraksi ulamak muda UMNO Fathul Bari menyelar PAS yang membantah Festival Busana Muslim(IFF) di Monte Carlo. Festival itu mendapat liputan meluas di luar negara dengan penaungnya ialah DS Rosmah. Festival itu telah mencemarkan Islam kerana apa yang ditonjolkan bertentangan dengan Islam.Dalam festival itu model-model yang mendedahkan aurat telah menghina Nabi Muhammad kerana telah menggunakan ilustrasi khat “Muhammad” sebagai salah satu fesyen.

Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Lo’lo, muslimat PAS di  Harakahdaily turut mendapat liputan dari bloger-bloger. Dewan Pemuda PAS di tiga buah negeri telah menganjurkan perhimpunan membantah penghinaan itu dengan disertai oleh beribu-ribu penyokong PAS. Sehingga kehari ini tiada sebarang penafian yang dibuat dari pihak DS Rosmah. Dipercayai pendedahan yang dibuat telah  menjejaskan isteri PM yang kini sedang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. DS Rosmah yang selalu mendapat liputan berita perdana sejak kebelakangan dengan berita-berita seolah-olah beliau menteri sesuatu kementerian  terus tenggelam. Ini memberi peluang DS Sharizat Jalil untuk muncul semula didepan kaca tv. Tugasnya cuma satu mengampu kenyataan DS Najib.

Sekonyong-konyong itu muncullah ulamak muda ini(Fathul Bari) membidas pihak PAS yang didakwa sengaja membesar-besarkan isu penghinaan itu, Peluang berucap untuk pertama kali di perhimpunan agung umno digunakan untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin muda. Tidak ada satu pun ayat yang dikeluarkan membayangkan penyesalan terhadap tindakan penghinaan yang dibuat terhadap Nabi Muhammad saw. Ulamak muda yang pernah mencetuskan kontrovesi dengan pembohongannya mendakwa membawa 40 orang ulamak muda menyertai umno ini semakin menyerlah dirinya yang sebenar. Bersekongkol dengan mereka yang mendakwa pembela agama Islam.

No comments: